Category Archives: SawaTalks

GPS Waypoints to Krabi & Phuket

tt1

Salam semua. Ini nak bagi Tips memandu ke Krabi dan Phuket skit

Setiap hari ada aja orang tanya saya “kalau nak travel ke Siam by car camne? “ or “Weh! hari ko pi Siam ko ikut jalan mana?” or “Bro! ko boleh forwardkan aku GPS koordinat pitstop masa ko pi Siam hari tu boleh tak” or seangkatan dengannya.. so untuk mempermudahkan lagi saya sertakan Waypoint Route dari Bukit Kayu Hitam ke Krabi & Phuket. Korang yang dah season driving kat Siam tu mungkin dah familiar dah so takde la hairan sangat cuma kepada yang first timer yang nak driving kat Siam tu boleh guna GPS Waypoints ni sebegai rujukan untuk pitstop, makan dan sambung perjalanan ke destinasi yang dituju.

Ok.. Skit penerangan… Jumlah Jarak dikira dari border Bukit Kayu Hitam dan Beza Jarak dikira beza antara Lokasi ke Lokasi selepasnya. Jalan yang korang kena ambil adalah Thenom Phet Kasem (4). Ingat tu Thenom Phet Kasem dan kod highway tu adalah (4)…. Dari Hatyai ke Phuket korang perlu belasah Highway nih aja….

Waypoints Route dari Bukit Kayu Hitam ke Krabi (Ao Nang Beach)

# Lokasi Jumlah Jarak Beza Jarak GPS Koordinat
1 Kastam Bukit Kayu Hitam 0 km 0 km N6 30.744 E100 25.201
2 Caltex – Phet Kasem 62.2 km 62.2 km N7 00.432 E100 24.823
3 Rest Area Trang (Halal) 192 km 129.8 km N7 33.627 E99 42.921
4 Caltex- Krabi 327 km 135 km N8 06.364 E98 54.972
5 Aonang Beach Krabi 347 km 20 km N8 01.908 E98 49.308

Nota:

– Untuk ke Krabi.. syor sangat-sangat untuk berhenti di semua lokasi diatas dan perhentian WAJIB adalah pada No.3 (Rest Area Trang)

– Jangkamasa perjalanan dari BKT ke Ao Nang (Krabi) dalam 3 jam setengah hingga 5 jam… bergantung kepada cara korang drive.

Waypoint Route dari Bukit Kayu Hitam ke Phuket (Patong Beach)

# Lokasi Jumlah Jarak Beza Jarak GPS Koordinat
1 Customs Bukit Kayu Hitam 0 km 0 km N6 30.744 E100 25.201
2 Caltex – Phet Kasem 62.2 km 62.2 km N7 00.432 E100 24.823
3 Rest Area Trang (Halal) 192 km 127.8 km N7 33.627 E99 42.921
4 Caltex- Krabi 327 km 135 km N8 06.364 E98 54.972
5 Esso Ao Luek 367 km 40 km N8 23.193 E98 44.492
6 Rest Area & Fuel – Mueang 406 km 39 km N8 25.885 E98 31.163
7 Patong Beach 501 km 134 km N7 53.867 E98 17.756

Nota:

– Untuk ke Phuket. Perhentian WAJIB pada No.3, No.4 dan No.6.

– Satu lagi.. Orang Gila aja yang akan terus pi Phuket dari KL….. so pitstop perlu dirancang dengan baik….

– Jangkamasa perjalanan dari BKT/Danok/Hatyai ke Phuket (Patong) dalam 5 jam hingga ke 7 jam.. so rancanglah perjalanan korang semua…

Tambahan GPS Point of Interest (POI)

Ni ada skit tambahan untuk korang sebagai bonus…

# Lokasi Daerah GPS Koordinat
1 Salma Halal Restaurant Hatyai N7 00.374 E100 28.354
2 Hamid Restaurant (Halal) Hatyai N7 00.371 E100 28.295
3 Lee Gardens Plaza Hatyai N7 00.336 E100 28.288
4 Klonghae Floating Market Hatyai N7 02.718 E100 28.478
5 Ao Nang Mosque Ao Nang,Krabi N8 02.119 E98 49.872
6 Kasuma Seafood Patong, Phuket N7 53.979 E98 18.002

Nota: kalu nak tambah or kongsi GPS koordinat tempat-tempat menarik.. ajukan kat ruangan komen ok

Ok Sekian terima kasih… kalu korang suka tekan LIKE… pas tu kalau ada apa-apa pertanyaan… sila ajukan kat ruangan komen..

Restoran Marhaba,Publika Solaris

M1

Pada hari Sabtu 2 minggu lepas… Kami sekeluarga pergi makan kat restoran Arab.  Haih..  sebelum pergi lagi kepala dah terbayang-bayang kambing, nasi mandi, roti tempayan dan seangkatan dengannya… adehhh meleleh air liur kalau fikir semua tu. Makan kat restoran makanan Arab ni memang senang kalau bawak bebudak sebab ada banyak variaties. Ashraff suka flavoured rice, Afriena suka roti, Rayyan hantam sajalah mama, semua dia makan.

So kali ni kami ke Restoran Marhaba di Solaris Dutamas (Publika). Sampai je restoran tu, tengok persekitaran restoran yang sangat lawa dan cantik serta dihiasi dengan perabot dan hiasan dalaman yang mahal-mahal… wow hati terpegu dan teruja… macam pergi ke Dubai plak

M2

Sangat terpesona dengan hiasan dorang. Sangat ekslusif dan bercirikan budaya timur tengah. Terdetik terus dalam hati, ni mesti makanan kat sini mahal-mahal harganya agaknya.  Tapi sangkaan kami meleset… nak tahu kesah kesudahannya, kenalah baca sampai habis ya….

M3

Ok. Gambar kat atas tu adalah meja yang berada diluar restoran, dan sesiapa yang suka kepada angin luar bolehlah makan disini.

M4

Yang ini plak untuk mereka yang nak duduk bersila. Muat sepuluh orang ni dan kalau yang nak merasa macam mana orang Arab menjamu selera, saya syorkan sangat duduk kat tempat ni.  Nampak comfy je kan.

M5

Ini Wall of Fame dorang. Wah glamour nye restaurant ni. I like. Ada pak menteri, ada artis, yang femes-femes pon ada… ni mesti sedap ni. Kepala pun terus terbayang-bayang hidangan kambing yang sedap.

Alhamdulillah.. kami dapat satu private room yang boleh memuatkan 6-8 orang.. tapi kami berlima aja so senang skit nak menjamu selera dengan bebudak yang super hyper active ni..  Senang kan duduk dalam bilik bila ada anak. Takdelah ganggu pelanggan lain.

M7

Look at me… I tengah mengagumi keindahan lampu dia. Kalau MIL datang mesti dia suka. Sebab dia suka lampu, Kristal. Tapi hiasan ni semua I suruh simpan, nanti Rayyan start dia punye exploration dia , susah plak. Sudah tentu punah ranah jadinya.  Oh ya itu adalah En. Azlan , rakan kongsi niaga restoran ni a.k.a tokey kedai la… Peramah dia. Terima kasih banyak-banyak sebab bagi layanan dan penerangan pasal makanan yang terbaik…..

M6

Haaaa… tengok tu ada complementary , air apa tu? Ashraff tanya..

Mama… ni Pu Er tea ke?

No ni Arabian tea, ada rasa mint

So dia minum, pas minum muka kelat-kelat . Tanya kenapa? Dia cakap macam ubat gigi. Hahaha….terus dia mintak watermelon juice…

Tapi Mr. Husband (Kheirul) suka teh nih… dia cakap macam teh yang dia rasa kat Mesir dulu.

M8

Ini pun komplementeri starter ni. Ada carrot, timun dan daun kaler hijau ..lupa nama dia. En. Azlan cakap bagus untuk lelaki :) .

M9

Nampak tak sup kosong ni? Sup kambing uolls. Sedap sampai bertambah tau. Hirup masa panas-panas. Komplementari jugak. I cakap kat Kheirul, bila minum sup ni teringat cerita Madu Tiga yang P. Ramlee hirup sup ni pastu terbayang muka Sarimah kat pinggan. Sup ni sedap, tengah menaip ni pun terasa macam kena lap air liur. Cukup rasa kambing dia.

M10

Ini adalah Roti Mulauwah. Roti yang dihidangkan ini adalah saiz yang paling kecil. Saiz kecil pun adalah sebesar dulang dan boleh makan untuk 4 orang.  Kalau nak paling besar, En Azlan cakap boleh buat selimut.

Roti ni sedap sangat, garing dan lembut. Makan masa panas-panas. Lembut dan yang istimewanya, ada habbatussauda. Makan plak dengan Saltah Fahsah. Saltah Fahsah tu sebenarnya daging kambing yang di masak dalam periuk sizzling tu.

Rasa Saltah Fahsah ni sangat istimewa dengan rasa ramuan rempah ratus rahsia. Lidah I tak dapat nak teka apa ramuan resepi dia, gabung plak dengan rasa kambing yang sedap. Afriena makan banyak roti mulauwah ni sebab dia suka rasa habbatussauda. Special sangat. Rayyan plak lepas makan nasi, dok ulang makan roti. Makan macam tu je takde dia nak cicah dengan saltah fahsah tu. Dia cakap sedap.

DSC_6153

 

Ini yang ditunggu-tunggu. Lamb Hanith. Satu portion ni boleh 4 orang makan. Tapi kami tak dapat habiskan, makan separuh pastu mintak bungkus aja. Maklumlah portion orang Arab nih besar-besar belaka. Banyak sangat.

Ni masa tengah tulis ni, dok telan air liur. Sedapnya kambing tu sampai tak terkata. Lembut. Kalau goyang-goyangkan tulang kambing tu, memang daging dia runtuh macam tu je. Tekstur daging dia lembut, pastu bila masuk mulut, macam cair je dalam mulut.

Nasi dia, begini SEDAP #angkatibujarimataterbeliak. Mana tak sedap, kambing import ni. Selalu kalau makan kat restoran Arab lain, nasi selalu berminyak. Kat sini nasi tak berminyak dan kambing dia tak kering. Dapat plak bahagian rusuk. Tangkap nangis woo makan sedap. Terima kasih Pak Yunus- Pengurus Restoran sebab rekomenkan hidangan ni.

M12

Ada lagi… Chicken Mandi. Die-die must try juga yang ni, kalau tak try nanti menyesal. Yang ni Rayyan dan Ashraff yang suka. Daging ayam dia sangat lembut. Walaupun bahagian dada. Selalunya Ashraff tak suka daging putih tapi kali ni dia makan penuh nikmat. Daging  ayam cukup rasa rempah ratus. Yang Rayyan plak nak makan sendiri, nasib baik tak bersepah.. kejap-kejap, mama nak chicken. Ashraff dah sampai rumah, dah panjat katil tu masih boleh bercerita, nasi yang dia makn tu sedap. I kenal sangat dia, kalau sedap dia akan makan banyak dan akan bercerita pasal makan. Kalau tak dia tak makan dan senyap je.

M13

Yang ni pon MUST TRY. I memang suka yang ni. Layan dengan nasi pon sodap, dengan roti pun sedap. Namanya Tabbouleh.  Ada timun, tomato,salad, perahan lemon dan yang best ada feta cheese. Rasa dia sangat menyegarkan. Pinggan besar tu I makan separuh kot. I kan peminat salad. Yang ni pun Pak Yunus yang rekomen. Terima kasih Pak Yunus…. Memang terbaik..

M14

Nampak tak roti tu besar mana. Besarkan . Tengok yang lain tu, semua big portion. Lain kali kalau I nak datang kena datang, ramai sikit sebab baru enjoy makan beramai-ramai ni. Nampak bos kecik tu. Nak duduk situ. Kira sangat ok lah dia . Behave sebab dapat makan sedap yang dia suka.

M15

Oh lupa nak selit sini. Ada promotion la makan kat sini. Lunch Treats  at RM30. Nasi dia banyak tu, kena kongsi makan ni. Pastu sebab restoran baru je buka, dia ada promotion. Beli 1 Lamb Hanith, dapat Chicken Mandi dengan harga RM1. Datang berempat  cukup dah ni kenyang perut. Murah kan. Itulah bila dah habis makan, rasa sangat berbaloi, suasana restoran yang sangat menenangkan, dah rasa macam kat arab, makan sedap layanan yang superb pastu harga plak berpatutan. Sangat puas hati dan memang nak ke sana lagi.  Ha sapa-sapa nak lunch ke nak dinner ke apa lagi , pergi je Publika cari Marhaba Restoran. Memang I rekomen sangat-sangat kalau nak rasa makanan asli Yemen dalam suasana “fine dining, datanglah ke sini. Kalau nak tau, semua bekalan makanan mentah diimport dari Yemen. Patutlah nasi dia, panjang-panjang

M16

Selesai menjamu hidangan dan masa nak balik, sempat lagi kami sekeluarga bergambar dengan En Azlan. Terima kasih En Azlan, Pak Yunus dan semua staff kat situ atas layanan yang sangat baik. Sebenarnya nak try dessert, tapi keadaan perut tak mengizinkan. Kenyang sangat-sangat sampaikan kena bungkus bawak balik. Esok tu panaskan makan untuk lunch. Punyalah besar portion dia. Insya’ Allah nak pergi lagi. Nak makan kambing, mulauwah dan this time nak makan dessert plak.

OK… Kepada semua readers yang nak cuba hidangan di Restoran Marhaba ni boleh hubungi terus:

D1 -G4 -1, Publika Solaris Dutamas,

No 1 Jalan Dutamas , 50480 Kuala Lumpur

Tel: +603 – 6207 8222 / 9222

http://www.marhabarestaurant.com.my/

Lokasi

image

 

Takwim Cuti Sekolah Dan Cuti Umum 2014

Saya sertakan Takwim Cuti Umum 2014 dan Takwim Cuti Sekolah 2014 

January 2014
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31
February 2014
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28
March 2014
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
30 31 1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
April 2014
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30
May 2014
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31
June 2014
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30
July 2014
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31
August 2014
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
31 1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
September 2014
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30
October 2014
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31
November 2014
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
30 1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
December 2014
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
29 30 31

Mouse Over pada Tarikh Untuk Maklumat Cuti

Cuti Umum Seluruh Negara
Cuti Negeri
Cuti Sekolah

Takwim Cuti Sekolah 2014 Malaysia

Kumpulan A: Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL-1

21.03.2014 – 29.03.2014

CUTI PERTENGAHAN TAHUN

27.05.2014 – 14.06.2014

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2

12.09.2014 – 20.09.2014

CUTI AKHIR TAHUN

21.11.2014 – 03.01.2015

Kumpulan B : Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL-1

22.03.2014 – 30.03.2014

CUTI PERTENGAHAN TAHUN

28.05.2014 – 15.06.2014

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2

13.09.2014 – 21.09.2014

CUTI AKHIR TAHUN

22.11.2014 – 04.01.2015


 

Takwim Cuti Umum 2014 Malaysia

Tarikh

Cuti

Negeri

01-01-2014 Tahun Baru 2014 Seluruh Negara – kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu
14-01-2014 Maulidur Rasul Seluruh Negara
14-01-2014
(ganti 15-01-14)
Hari Keputeraan Yang Di-pertuan Besar Negeri Sembilan Negeri Sembilan shj
17-01-2014 Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor Sahaja
19-01-2014 Hari Keputeraan Sultan Kedah Kedah shj
31-01-2014 Tahun Baru Cina Seluruh Negara
01-02-2014 Tahun Baru Cina Kecuali Kelantan & Terengganu
01-02-2014 Hari Wilayah Kuala Lumpur, Labuan & Puterajaya Sahaja
04-03-2014 Hari Pertabalan Sultan Terengganu Terengganu Sahaja
15-04-2014 Hari Pengishtiharan Melaka Bandaraya Bersejarah Melaka Sahaja
19-04-2014 Hari Keputeraan Sultan Perak Perak Sahaja
26-04-2014 Hari Keputeraan Sultan Terengganu Terengganu Sahaja
01-05-2014 Hari Pekerja Seluruh Negara
07-05-2014 Hari Hol Pahang Pahang Sahaja
13-05-2014 Hari Wesak Seluruh Negara
17-05-2014 Hari Keputeraan Raja Perlis Perlis Sahaja
27-05-2014 Israk & Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis Sahaja
30-05-2014 Pesta Keamatan Sabah Sabah & Labuan Sahaja
31-05-2014 Pesta Keamatan Sabah Sabah & Labuan Sahaja
01-06-2014 Hari Gawai Sarawak Sarawak Sahaja
02-06-2014 Hari Gawai Sarawak Sarawak Sahaja
07-06-2014 Hari Keputeraan DYMM Agong Seluruh Negara
29-06-2014 Awal Ramadhan Johor, Kedah & Melaka Sahaja
07-07-2014 Hari Pengishtiharan Tapak Warisan Dunia Penang Sahaja
12-07-2014 Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Pulau Pinang Sahaja
15-07-2014 Nuzul Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Trengganu Sahaja
28-07-2014 Hari Raya Aidil Fitri Seluruh Negara
29-07-2014 Hari Raya Aidil Fitri Seluruh Negara
31-08-2014 Hari Merdeka Seluruh Negara
13-09-2014 Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak Sarawak Sahaja
16-09-2014 Hari Malaysia Seluruh Negara
04-10-2014 Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah Sabah Sahaja
05-10-2014 Hari Raya Aidil Adha Seluruh Negara
06-10-2014 Hari Raya Aidil Adha Kelantan & Terengganu Sahaja
10-10-2014 Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka Melaka Sahaja
23-10-2014 Deepavali Seluruh Negara
24-10-2014 Hari Keputeraan Sultan Pahang Pahang Sahaja
25-10-2014 Awal Muharram Seluruh Negara
11-11-2014 Hari Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan Sahaja
12-11-2014 Hari Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan Sahaja
22-11-2014 Hari Keputeraan Sultan Johor Johor Sahaja
29-11-2014 Hari Hol Johor Johor Sahaja
11-12-2014 Hari Keputeraan Sultan Selangor Selangor Sahaja
25-12-2014 Hari Krismas Seluruh Negara

Kepada rakan-rakan semua, sekiranya ada ralat, sila ajukan diruangan komen ye…

*Updated – 21-10-2013 – pembetulan pada ralat dan sumber dari
http://www.kabinet.gov.my
– http://www.moe.gov.my