Monthly Archives: January 2023

Jalan-jalan Krabi 2022

Alhamdulillah Krabi lagi, Entah berapa kali dah ke Krabi. Tapi memang best lah. Best tentang makan, aktiviti dan suasana. Dan murah. Kebetulan Ashraff cuti, sekolah cuti and yang bekerja boleh ambik cuti..jeng jeng.last minute arrangement, Booking hotel pun last minute .

Kiterang Jalan kaki je Dari hotel. baru nak malam… Jalan menuju ke pasar malam. . Jalan kaki je tak sampai 1km, ke lebih tapi best lah Jalan kaki

meriah dalam ni. Banyak makanan halal
tengah order pizza.

We drove to Krabi. Urusan imegresen pun senang dan lancar. 15 minit semua dah siap. Perjalanan lebih kurang 5 jam sebab banyak berhenti. berhenti makan sebelah masjid, Ada masakan Kengsom yang sedap lepas tu berhenti toilet lepas tu pantang nampak 7-11 mesti nak berhenti. Akhirnya pukul 1 sampai lah . KIerang ambik dua bilik, hotel siap ada swimming pool yang besar macam water park. memang hari-hari terjun pool. Lepas swimming makan. hehe

swimming sepanjang Hari. Lepas swimming makan, pas tu tido, pas tu keluar pi pantai

First night , kami makan kat pasar malam je. macam-macam makanan ada. halal jangan risau.. Kami order pizza, nasi goreng, pancake Dan banyak lagi.

esok plan, untuk breakfast, pi bungkus kat kedai sebelah Masjid. Macam² dia jual. Pulut Ayam, roti canai, nasi komok, bubur nasi, nasi kerabu, kuih-muih banyak lah. Lepas makan pergi swimming pool. Kalini kami tak ambik pakej island hoping, sebab dah selalu sangat, lagi pun cuaca tak berapa cantik.. Ada nampak tourist yang pergi island hoping balik dah maghrib dgn basah kuyup. Hujan lah tu.

.breakfast..kita bungkus untuk first day. Second day malan sana

makan tengah Hari kami pergj Big C, saja sebenar nya nak shopping beras. Sambil tu makan terus kat food court. Malam tu baru makan kat kedai tomyam. Kat Krabi banyak kedai halal. Dorang pun boleh berbahasa Pattani. Macam kami.. Best lah boleh cakap kelate. Kat Sana.. Asal malam je hujan.

malam last makan menu sama jugak tapi kedai lain. Area Masjid jugak. Esok pagi dah bertolak balik Malaysia. Kali ni masa balik, lalu ikut Wang Kelian. Easy exit. Takde orang. Tapi otw nak sampai singgah makan Kat RnR dorang. Apa nama tab. Masa tu, rasa macam dah boleh cakap Siam dah.

Lepak – lepak

makan Kat kedai ni.. Semua menu Ada bunga ok. Kedai dia depan laundry. Nama apa tah kedai. Satu bar is dengan Masjid.

Macam biasa.. .. Air kita air dia jugak
kan Ada bunga lagi

makanan Kat sini semua sedap. alhamdulillah. Harga pun tak semahal Kat Keyel atau Langkawi. Ada ikan, tomyam, sayur, ayam and dapat free buah Dan nugget. Actually, travel Hari tu, layanan orang Thai semya superb. Mana pergi makan mesti dapat free makan atau free air.

ALHAMDULILLAH