Category Archives: Kids & Family

Tongkeng Ayam goreng kunyit

lauk fav anak-anak ni. Dorang kalau nampak tongkeng ayam kat AEON, senyum je dorang. Pastu siap tanya, tak nak beli ke bontot ayam ni mama? Hish apa lah makan bontot ayam, tak sedaplah, katanya mama lah… tapi dorang jawab, sedap lah mama..

terpaksalah beli and masak. Berebut 3 beradik tu makan. Selalunya kalau beli tongkeng, I buat goreng kunyit macam ni lah. Malas nak goreng satu satu. Kalau goreng gini tak payah letak minyak dah. Cuci bersih-bersih, buang bahagian unwanted, pastu perap dengan garam kunyit halia sejam dua, then masukkan dalam kuali kasi kering air dia. Bila air kering minyak ayam akan keluar, bolehlah kacau goreng sampai sedikit garing, then letak sayur dan bawang, Kejap je masaknya, kalau kurang rasa, tambah garam. Letak cili potong pun sedap. Dah siap

Ni kira lauk budget ni, mana-mana yang hujung bulan dah kering boleh masak macam ni je. No joke okay. Sedap dan boleh buat lauk. Tambahlah telur mata.

Senangkan?