Yearly Archives: 2021

Cuti-cuti Penang 2021

alhamdullilah tercapai jugak hajat nak pi Penang. 5th attempt tau since 2019 lagi.

date : 13/11-15/11 2021

hotel : Shangri-la Golden Sand, Penang

rancangnya pergi 17 sebab ikut penggiliran, sekolah, sekali date Tu sekolah cakap nak buat trial SPM. Kami dah booking hotel kat Parkroyal, kena cancel pulak.. so last minute lah, tahun Lepas pun dah booked Parkroyal tapi cancel SBB PKP pulakkk

Cuti kali ni Kami banyak habiskan masa kat hotel. kalau boleh bebudak ni tak nak keluar Dari hotel. Dok main kat swimming pool dan tepi pantai. 3 Hari kat Penang, 3 Hari dok tepi pantai n kat pool. Kulit pun gelap. Makan pun banyak tapau atau makan kat cafe hotel. Salah satu sebabmya taknak pergi tempat sesak Dan Mei Mei jenis tak boleh pergi tempat crowded. Dia Kan baby PKP.

Walaupun percutian Kali ni tak berjalan mana pun..tapi best. Madam taknak keluar hotel. Makan pagi cuma kat hotel je, Malam first buffet dinner kat hotel, petang keluar sekali pi Padang Kota nak makan pasembur end up bungkus, ramai gila manusia and tempat Tu panas, berbau, banyak gagak and pwminta sedekah ramai. Bayangkan seminit sekali datang mintak duit. Afriena cakap takut nak duduk makan situ, dia pegang je Aqilah. handbag pun kiterang kepit. so last sekali bungkus makan dlm bilik hotel. Malam Tu keluar bungkus nasi kandar. ye bungkus makan kat bilik sebab budak2 tak nak keluar.

Haha begitulah percutian ke Penang musim COVID-19.Dan ini adalah Kali pertama untuk Mei Mei check in hotel.❤️❤️❤️

Berkhemah Di Teratak Tok Alang, Batang Kali

Deepavali 2021

tak dapat balik kampung, Kami pergi camping.

  1. Nama tempat ; Teratak Tok Alang
  2. Harga Tapak :- RM65 untuk 3 hari 2 malam
  3. Jenis Khemah :- khemah unta saiz L
  4. Website/FB if got :-google je , mesti jumpa

Review:

Tandas 5/5 ,tandas bersih tapi sebab tandas cangkung jadi bau dia semacam. All of us cannot do business inside the toilet. Jenis nak toilet duduk yang takde bau. Kalau pagi tu, mesti banyak nyamuk keluar kot lubang tilet hahaha… punya tahan 2 hari simpan bawak balik rumah segalaisi perut.

Plugpoint takde, jadi pandai-pandai la survive. Boleh bawak power pack, atau apa apa power yang ada la untuk pasang lampu atau kipas. KAlau nak pasang aircond tak dapat la. TApi jangan bawak genset, itu mengganggu ketenteraman hutan.

Kitchen and sink , sink dia takde tapi tempat cuxi pinggan ada. tapi kami cuci sendir kat khemah, ambik air kat sungai. Nak cuci kat tempat yang tersedia macam tak berapa lalu sebab dekat ngan toilet. seriously.. kami mahkluk pelik kot. jenis penyegan

Sungai dia best. Dalam banyak camping , so far sungai dia paling best sebzb air jernih ada tempat cetek untuk anak – anak kecil dan ada tempat dalam untuk orang tua. Air agak laju tapi tak deras, siap boleh main pelampung ala ala hanyut ke hilir. best

Suasana kat sana best, takde orang karaoke, tak sunyi tapi boleh layan. Malam sejuk. Pagi lagi sejuk. MEmang best lah.

Line telepon takde kecuali DIGI yang lain kirim salam.

Kali ni camping, kami lebihkan masak kat rumah, packed n freeze it. Sampai sana kami panas kan.

Tengah buat caramelise onion untuk burger. Not me cooking. It’s them

Lauk yang dimasak kat rumah dan dibekukan

Gulai kawah tetel

sambal sotong kembang untuk nasi lemak

telur rebus siap-siap

senang sebab sampai sana, masak yang simple taknak susahkan diri sendiri.

Menu semasa kat sana

Day 1 – Dinner

Burger Ramly

Day 2

Breakfast

Roti canai frozen masak dan makan dengan gulai kawah tetel

Lunch

Fetucinni Carbonara with bacon & mushroom

Dinner

Nasi putih, Ayam golek (jiran campers belanja) n gulai kawah n ulam timun

Day 3

NAsi lemak sambal sotong

Bukan main lagi menu kan. aduhhh… kalau selalu macam ni habis lah diet. Kalau dok camping ni, asyik lapar je perut. LEpas makan terjun sungai, lepas tu naik sambung makan. I dah macam bebudak plak layan tayar lori main hanyut ke hilir dengan anak-anak sendiri sekali ngan anak-anak jiran. Sabar je lah..hehehehe.

We had so much fun and looking forward for another adventure

Penat Mandi sungai, makan pastu tidur..

Mei Mei admitted to Hospital

musim pandemik ni kalau kena masuk hospital is big thing..Dalam Kita dok elak, Jaga, takmo demam, demam jugak.

Sebenarnya, dr 11/9 LG dia dah demam. Masa I balik Dari Vaksin, Lepas Mandi , nak sukan dia. Pelik badan panas.bagi makan PCM dah tak panas. Malam Tu panas balik, esok pagi Tu bawak pi jumpa doktor. Makan ubat,,, Lepas 3 Hari Tu dah tak demam tapi dia MCM cirit birit plak, tapi suspek SBB ubat bontot dia. Ok Lepas 3 Hari dia dah Sembuh.

19/9 ytime maghrib demam balik. Sebab ubat Masih Ada,mkn ubat doktor bagi. 21/9 pagi dah ok, to petang Tu tiber badan dia panas balik. 40⁰c.. bawak pi klinik mintak refer letter, balik rumah dinner n terus ke hospital. Dorang masukkan ubat, mandikan, ambik darah, xwab test…haih macam2 kena. I pun kena swab test sbb nak stay hospital. Dekat pukul 12 jugak baru dapat bilik sbb nak tunggu result covid n Mei Mei Ada denggi to sikit dah.

masuk hospital, check urine, check darah semua clear. So dia on antibiotic to demam still tak turun, tukar antibiotic kuat sikit.. Alhamdulillah demam turun sikit, Lepas 3 Hari, makan pun berselera. Tp kena stay sampai betul2 tak demam,

masa baeu masuk. 1-2 Hari tidur je
nangis SBB Jena ambil darah
dah ada selera makan

Finally…after 5 days..baru dapat balik alhamdulillah. She now is ok n active cuma kena sambung makan supplement. Twice a month mama kena pergi hospital kena ambik ubat dia. . To, aq