GPS Waypoints to Krabi & Phuket

tt1

Salam semua. Ini nak bagi Tips memandu ke Krabi dan Phuket skit

Setiap hari ada aja orang tanya saya “kalau nak travel ke Siam by car camne? “ or “Weh! hari ko pi Siam ko ikut jalan mana?” or “Bro! ko boleh forwardkan aku GPS koordinat pitstop masa ko pi Siam hari tu boleh tak” or seangkatan dengannya.. so untuk mempermudahkan lagi saya sertakan Waypoint Route dari Bukit Kayu Hitam ke Krabi & Phuket. Korang yang dah season driving kat Siam tu mungkin dah familiar dah so takde la hairan sangat cuma kepada yang first timer yang nak driving kat Siam tu boleh guna GPS Waypoints ni sebegai rujukan untuk pitstop, makan dan sambung perjalanan ke destinasi yang dituju.

Ok.. Skit penerangan… Jumlah Jarak dikira dari border Bukit Kayu Hitam dan Beza Jarak dikira beza antara Lokasi ke Lokasi selepasnya. Jalan yang korang kena ambil adalah Thenom Phet Kasem (4). Ingat tu Thenom Phet Kasem dan kod highway tu adalah (4)…. Dari Hatyai ke Phuket korang perlu belasah Highway nih aja….

Waypoints Route dari Bukit Kayu Hitam ke Krabi (Ao Nang Beach)

# Lokasi Jumlah Jarak Beza Jarak GPS Koordinat
1 Kastam Bukit Kayu Hitam 0 km 0 km N6 30.744 E100 25.201
2 Caltex – Phet Kasem 62.2 km 62.2 km N7 00.432 E100 24.823
3 Rest Area Trang (Halal) 192 km 129.8 km N7 33.627 E99 42.921
4 Caltex- Krabi 327 km 135 km N8 06.364 E98 54.972
5 Aonang Beach Krabi 347 km 20 km N8 01.908 E98 49.308

Nota:

– Untuk ke Krabi.. syor sangat-sangat untuk berhenti di semua lokasi diatas dan perhentian WAJIB adalah pada No.3 (Rest Area Trang)

– Jangkamasa perjalanan dari BKT ke Ao Nang (Krabi) dalam 3 jam setengah hingga 5 jam… bergantung kepada cara korang drive.

Waypoint Route dari Bukit Kayu Hitam ke Phuket (Patong Beach)

# Lokasi Jumlah Jarak Beza Jarak GPS Koordinat
1 Customs Bukit Kayu Hitam 0 km 0 km N6 30.744 E100 25.201
2 Caltex – Phet Kasem 62.2 km 62.2 km N7 00.432 E100 24.823
3 Rest Area Trang (Halal) 192 km 127.8 km N7 33.627 E99 42.921
4 Caltex- Krabi 327 km 135 km N8 06.364 E98 54.972
5 Esso Ao Luek 367 km 40 km N8 23.193 E98 44.492
6 Rest Area & Fuel – Mueang 406 km 39 km N8 25.885 E98 31.163
7 Patong Beach 501 km 134 km N7 53.867 E98 17.756

Nota:

– Untuk ke Phuket. Perhentian WAJIB pada No.3, No.4 dan No.6.

– Satu lagi.. Orang Gila aja yang akan terus pi Phuket dari KL….. so pitstop perlu dirancang dengan baik….

– Jangkamasa perjalanan dari BKT/Danok/Hatyai ke Phuket (Patong) dalam 5 jam hingga ke 7 jam.. so rancanglah perjalanan korang semua…

Tambahan GPS Point of Interest (POI)

Ni ada skit tambahan untuk korang sebagai bonus…

# Lokasi Daerah GPS Koordinat
1 Salma Halal Restaurant Hatyai N7 00.374 E100 28.354
2 Hamid Restaurant (Halal) Hatyai N7 00.371 E100 28.295
3 Lee Gardens Plaza Hatyai N7 00.336 E100 28.288
4 Klonghae Floating Market Hatyai N7 02.718 E100 28.478
5 Ao Nang Mosque Ao Nang,Krabi N8 02.119 E98 49.872
6 Kasuma Seafood Patong, Phuket N7 53.979 E98 18.002

Nota: kalu nak tambah or kongsi GPS koordinat tempat-tempat menarik.. ajukan kat ruangan komen ok

Ok Sekian terima kasih… kalu korang suka tekan LIKE… pas tu kalau ada apa-apa pertanyaan… sila ajukan kat ruangan komen..

2 thoughts on “GPS Waypoints to Krabi & Phuket

  1. Mie

    Bro,dua tempat ni sama koordinat:

    6 Rest Area & Fuel – Mueang 406 km 39 km N7 53.867 E98 17.756

    7 Patong Beach 501 km 134 km N7 53.867 E98 17.756

    Nak travel ni next month. koordinat2 ni sgt membantu thankssss!!!!!

    Reply
    1. Kheirul Mohamed Post author

      Bro Mie… terima kasih sbb highlight tu…

      kesilapan masa cut n paste..
      Koordinat sepatutnya adalah 6 Rest Area & Fuel – Mueang N8 25.885 E98 31.163

      sudah diperbetulkan…. terima kasih

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.