Category Archives: Review & Nice Places

Pakej Urutan Selepas Bersalin

ramai plak yang tanya pasal urut mengurut lepas bersalin. Kali ni , saya amik pakej yang datang rumah. Tukang urut ni saya search kat internet. since duduk Rawang, tak tau mana nak cari.

But I am telling you… inilah tukang urut paling best yang pernah rasa. Hehehe memang berbaloi bayar

Kakak tukang urut ni berdaftar dengan Mamacare by LPPKN. Kira kakak ni memang belajar mengurut dengan teknik yang betul bukan main dapat dalam mimpi.

Urutan dia memang best walaupun kekadang ada jugak tergenggam penumbuk sbb tahan sakit bila kena urut untuk banyakkan susu.

Haaa ni pakej 3 hari

copy n paste dari messager je

3 hari rawatan akak adalah seperti berikut.

Urutan pemulihan
Urutan hilang angin kepala
Urutan byk kan susu
Bertungku pulih rahim
Berbengkong rapat tulang punggung
Daun herba
Sapu param dan pilis
Consultation post natal

Semua di atas keje (1 sesi dlm 2 ke 3 jam) average dlm (Rm180) x termasuk pengangkutan. Jumlah dalam RM540 . Caj pengangkutan lain

Kakak ni namanya Rohaya… muda lagi. Dah 18 tahun pengalaman mengurut. Selain postnatal massage, dia ada buat perinium massage, acupuncture,  bekam n ada lagi tapi lupa.

semua dia atas memang best. Daun herba yang Kakak Rohaya bagi untuk mandi memang terbest.Segar badan mandi

so far hari ni dah 40 hari. Masih lagi pantang. Pantang makan dan masih tak buat kerja berat hatta sapu sampah atau buat laundry walaupun gigil tangan nak amik penyapu geram tgk sampah kat laman rumah. Nasib baik Ashraff n Afriena buat walaupun kadang tak berapa bersih. Pejamkan jelah mata tu.masak memasak dah buat tapi ban cuci mencuci org lain buat. Geram je tgk dorang buat kerja sinki tak lap kering. Mak kita cakap… pejamkan dulu mata

bab makan… baru sekali mkn bergoreng pastu byk mkn bakar , rebus n kukus

bebudak ni senang makan…. sbb dorang ala ala italian sikit… pasta je manjang

oh ye kot kot sapa nak contact kak Rohaya ini nombornya 

012 2572258- Kak Rohaya

sekian ulasan ikhlas saya

 

 

Krabi Forest Homestay

Nak update pasal hotel yang kami menginap hari tu masa pegi Krabi hari tu. Best jugak hotel tu. Sesuai untuk bulan madu di awan biru. 

Hatyai-Krabi-7819

tempat lepak luar

Hatyai-Krabi-7821

dalam bilik, ada tv alamri, fridge

Hatyai-Krabi-7822

toilet dia best… very forestly

Hatyai-Krabi-7829

katil dia muat tiga orang ……..lagi dua orang tido atas comforter. Selalunya kiterang amik dua bilik tapi sbb bilik penuh… takpe lah. Bilik cukup besar

Hatyai-Krabi-7830

NAsib baik bawak comforter…Ni macam 

Hatyai-Krabi-7831

Romantik tak. Macam honeymoon tapi ada budak tiga orang ikut. hehehe

Harga semalam cuma THB1000, hah kiralah sendiri ye. Dekat dengan pantai, dekat ngan town. Jalan kaki sampai. Depan hotel ada tempat makan tapi mahal lah… so sapa nak makan murah drive lah atau sewa motor pergi ke kawasan masjid for halal food. Harga lagi murah.Ada swimming pool rasanya tapi bebudak tak heran pun sebab dorang dah nampak laut and swiming pool selalu jumpakat rumah kan. Oh ya ada Spa kat sini, betul betul depan bilik kita tau. Harga pun murah je. Tapi I tak boleh urut, so kena diam je lah

moga perkongsian ini membantu pada yang nak pergi Krabi. Hotelnya cantik dan harganyab pun murah 

Makan-Makan @Tesco Songkla

4
Biasalah …kalau jadi pemgembara budget, makan pun kena tempat budget. Takpe asalakan halal. Kami ke food court Tesco. Halal. Ada dua tiga gerai halal, gerai yang lain, kiterang round je, menahan rasa nak muntah. Sensitif betul hidung. So kiterang order kat gerai ni je. Tuan punya gerai ni cakap kelate ngan kiterang. terbaikkk….

11

Kami order mee celup. Semua suka makan yang simple and soup macam ni. Semua order benda sama.12

Ni mee celup daging…sampai sekarang dok pikir apa resepi rahsia dia yang sedap. 13

Afriena tak makan daging, dia order ayam. Not bad. Harga semangkuk adalah TB50. Murah kan15

Kami makan kat area yang khas untuk muslim. Dia memang tulis, seat untuk muslim. Sudu garpu dia pun memang untuk muslim, siap sedia air panas untuk celup sudu garfu, untuk lebih rasa bersih. Jangan celup tangan dalam tu, air  tu memang panas..almost boil.

14

Beli air kat sini. NAmpak botol sebelah tin-tin susu tu, sebab air dia rasa sedap, cuma akak-akak siam ni buat manis sangat rasa nak pitam manis. Gula murah kot kat sini. Kami beli 4 botol sirap dia ni bawak balik Malaysia.

5

Lepas makan, kami round dalam Tesco cari barang dapur dan barang yang susah nak dapat kat Malaysia. Jangan risau packed food kat sini banyak dah yang halal. Makanan import kat Malaysia pun banyak dari Siam dah. Cek tanda halalbetul-betul, takde jangan beli. Jangan cari pasal. Contohnya masa kat Yala, kiterang masuk 7-11 dorang, mostly pengunjung muslim, yang jaga cpounter muslim, tapi kat sebelah counter ada jual non-halal sausage… jadi do not assume semua halal. Kalau kita yang bertudung, mungkin local kat sana akan cakap… ” hok ni tok halal ni” jange beli… tapi yang tak bertudung tu susah sikit…Dorang bukan tau kita muslim ke tak… Beli roti pun kena baca lah bebetul, ada cop halal ke tak, kot kot company tu ada gak buat roti yang ada pork ke….

3

LEpas tu ke section beras. Harga beras kat sini murah-murah. Beras paling murah pun , kalau kat malaysia tu tahap mahal kot. Sebab beras dia tak hancur.  Kalau beras wangi yang selalu kiterang beli harga yang 5Kg ada dalam RM36 ke atas, bergantung pada jenama lah, tapi kat sini yang paling mahal pun TB199. ye ye jangan convert, jangan kira yang beras mahal yang kita beli beras import….Kiterang beli beras gak kat sini hehehe… takleh nak say no…geram

6

Beli gak susu pekat manis, selalu kat rumah tak beli pun tapi sebab murah…so beli 2 tin je. Kami bukan peminat susu pekat manis. mau keluar masuk toilet kalau minum susu pekat manis.

2

Beras lagi…. kami tengok je…rasa geram plak hahaha… banyak barang kat sini murah kalau nak di bandingkan dengan kat sini…so envy..takpelah rezeki orang siam…