Dah nak balik dah.
Macam biasa pukul 7 dah bangun semua. Dorang ni memang kalau bercuti je, memang awal pagi dah bangun. Pastu tanya nak breakfast pukul berapa. Sepanjang 4 hari 3 malam kami dia Deevanaa Resort And Spa, memang kiterang breakfast kat situ je. Oleh kerana kedatangan kami ni kira macam dalam kumpulan yang besar, maka segala arrangemakan minum untuk sarapan adalah halal. Alhamdulillah Allah permudahkannya. Kebetulan pulak another group from India and dorang memang vegetarian. Senang lah nak arrangekan.
Spread not bad. western, Indian and local spread. Bebudak suka lah sangat dengan Egg and pancake bar. ulang alik lah dorang makan. I suka dgn local spread dia. Orang siam ni suka makan sayur kot. Kalau mee goreng dia,Sayur lagi banyak dari mee. Masa tengah makan ada gak tanya… halal ke.. I cakap halal..ayam semua sembelih, no pork kecuali satu tempat yang tersedia hujung corner je . Pastu boleh tanya lagi..betul ke halal… I jawab ye halal..sambil makan ayam depan dia. hahaha jahat tak?
Ketua group cakap pukul 9 tepat nak gerak. Phuket Hatyai amik masa 7 jam. Jadi kalau bertolak pukul 9 , campur 2 jam berenti in total campur 7 jam, boleh sampai pukul 6lah. Tapi hampehh sebab ada jugak yang tak reti nak menepati masa. Pukul 10.30 eh pukul 11 gerak tau sbb ada yang sesat , ada yang tak take serius pasal masa… hish , nasib baik Kheirul ni penyabar, kalau I memang kena dengar ceramah lah kat walkie talkie. Lambat 30 minit boleh terima, tapi lambat 2 jam memang melampau. Memang affect satu group yang 18 biji kereta lah menunggu. Bayangkan bebudak dalam kereta yang jenis cepat bosan? Bayangkan…haaa pejam mata ok
So lepas habis menunggu kiterang gerak je…ada stop kencing kejap, lepas tu terus kan perjalan berhenti kat Big C Krabi. Berhenti Solat dan Makan. Big C adalah sebuah shopping mall. Kat sini banyak makanan halal. Kat food court dia. Kena try mee celup dia. Memang terbaik pedas berasap telinga. KFC kat sini halal as told by our friends lah. Diorang makan hot spicy chicken. Kiterang tak pi lah apa kelas makan KFC, mesti pekena local food kan…
Lepas makan gerak lagi, dah sampai hatyai berenti lagi. Kali ni ada orang siam nak belanja makan. So dinner dulu. Ada nasi, siakap sweet sour, sup , sayur and fruits. Wahh memang makan je lah kalau travel.
Actually..sepanjang perjalanan pergi balik, MIL duduk depan, I duduk belakang so yang best dok belakang ialah, boleh tido kuak lentang. sebab, 7 seater kan. 2 orang satu roll. hahaha…bila dah dok belakang memang takdelah nak ganti drive kereta. Masa berhenti makan, kiterang terjumpa satu family dari France. Dorang ni motohome travellers.
Dah 8 bulan on the road. Dah sampai Malaysia katanya, now pusing balik nak ke BAngkok dan seterusnya mungkin balik negara kot. Ntah dah lupa . I berbual ngan dia tanya pasal anak punya scholl, bla bla basic thing lah.. saja cari info sebab ada jugak keinginan macam ni tapi takdelah berbulan atas motorhome kan. Anak-anak dia homeschool, husband is a teacher. Memang speak good English. Wife dia gitu gitu je..
And finally, kiterang sampai hotel. Macam biasa amik 2 bilik. Kali ni kids satu bilik ngan I sebab, Kheirul penat and biarlah dia share with MIL. Sbb bebudak ni mana penat kan, taknak lah dorang kacau Wan or papa dorang. Pukul 11 gak dorang tido selepas layan cerita kat TV tu. Tengok gambar je sbb dia cakap siam. Bangun pagi solat, pastu Kheirul datang melawat.Ajak pi breakfast .
Next ..I akan cerita pasal perjalanan dari Hatyai ke Kota Bahru.