Category Archives: Postnatal

Baby Aqilah updates

Dah 2 bulan baby Aqilah. Baby gangsta Rayyan cakap. last Thirsday, 9 Nov pergi jumpa Paed kat Hospital. Pergi timbang.. ha kau berat dah 5.05kg gitu. Hahahaha doktor kata ada beeat lebih sikit. 

Dah timbang, amik tinggi, ukur kepala masuk jumpa Paed, doktor consult sikit sikit then kena inject 2 bulan punya imunisasi. Sebelum amik Rotavirus dulu… amboi mkn ubat mcm minum susu. Suka dia sia hisap lg shrink sbb lmbt sampai mulut dia. Lepas tu inject. Amek kau suara dia nangis… nasib baik kejap je

next app bulan depan

pada yg tanya pasal Rotavirus vaksin… yang tu kena bayar sendiri . Kat Tropicana MC dlm RM170++ campur itu ini jdlah RM200.20 tunai

 

 

Pakej Urutan Selepas Bersalin

ramai plak yang tanya pasal urut mengurut lepas bersalin. Kali ni , saya amik pakej yang datang rumah. Tukang urut ni saya search kat internet. since duduk Rawang, tak tau mana nak cari.

But I am telling you… inilah tukang urut paling best yang pernah rasa. Hehehe memang berbaloi bayar

Kakak tukang urut ni berdaftar dengan Mamacare by LPPKN. Kira kakak ni memang belajar mengurut dengan teknik yang betul bukan main dapat dalam mimpi.

Urutan dia memang best walaupun kekadang ada jugak tergenggam penumbuk sbb tahan sakit bila kena urut untuk banyakkan susu.

Haaa ni pakej 3 hari

copy n paste dari messager je

3 hari rawatan akak adalah seperti berikut.

Urutan pemulihan
Urutan hilang angin kepala
Urutan byk kan susu
Bertungku pulih rahim
Berbengkong rapat tulang punggung
Daun herba
Sapu param dan pilis
Consultation post natal

Semua di atas keje (1 sesi dlm 2 ke 3 jam) average dlm (Rm180) x termasuk pengangkutan. Jumlah dalam RM540 . Caj pengangkutan lain

Kakak ni namanya Rohaya… muda lagi. Dah 18 tahun pengalaman mengurut. Selain postnatal massage, dia ada buat perinium massage, acupuncture,  bekam n ada lagi tapi lupa.

semua dia atas memang best. Daun herba yang Kakak Rohaya bagi untuk mandi memang terbest.Segar badan mandi

so far hari ni dah 40 hari. Masih lagi pantang. Pantang makan dan masih tak buat kerja berat hatta sapu sampah atau buat laundry walaupun gigil tangan nak amik penyapu geram tgk sampah kat laman rumah. Nasib baik Ashraff n Afriena buat walaupun kadang tak berapa bersih. Pejamkan jelah mata tu.masak memasak dah buat tapi ban cuci mencuci org lain buat. Geram je tgk dorang buat kerja sinki tak lap kering. Mak kita cakap… pejamkan dulu mata

bab makan… baru sekali mkn bergoreng pastu byk mkn bakar , rebus n kukus

bebudak ni senang makan…. sbb dorang ala ala italian sikit… pasta je manjang

oh ye kot kot sapa nak contact kak Rohaya ini nombornya 

012 2572258- Kak Rohaya

sekian ulasan ikhlas saya

 

 

Our 14th wedding anniversary

dah 15 hari bersalin… baru nak update

dah nak buat cam mana, berpantang kat bilik bawah, komputer kat atas

TV pun tak tengok

 

alhamdulillah bersalin gak … awal 6 hari. 11/9/2017 adalah hari ulangtahun perkahwinan yang ke 14 dan hari tu ada check up ngan doktor dan hari tu jugak Afriena UPSR

lepas settle Afriena ke sekolah, hantar Rayyan pi KAFA n Ashraff dok rumah buat laundry, kiterang ke hospital utk weekly check up

ni kira first time pregnant tak check up ngan usual gynea iaitu dato doc Nora jat Primanora sbb rumah kat Bandar Country Homes, kalau ngan DDNora kena beranak kat Pantai Bangsar.jauh kan? Esp me jenis cepat nak keluar baby so we chose Tropicana Kota Damansara. Dekat ngan rumah dlm 20 minit n dekat ngan office Kheirul. Dia jln kaki pun sampai

so sampai hospital, settle daftar, amik berat- berat turun 1kg menjadikan ia 59kg. Lepas turun pi cafe. Kafe kat Tropicana MC jual makanan yg sedap sbb nyonya food. That day mkn dry curry noodle n kuih muih nyonya. Perut asyik mengeras tapi tak sakit. Clock dlm contractions app, dia ckp get ready to hospital. Kita mkn dulu ye. Habis mkn naik atas jumpa gynea. Doktor Norhazinat. Doktor yang tenang n selalu senyum.

dia cek bukaan, katanya 3cm dah. Puan kena beranak hari ni tau

Hah.. ye ke doktor?

ye datang pukul satu nanti kita monitor. Jgn lambat plak nanti tetiba bukaan 8cm plak

dup dap jantung ku ini.. maklumlah mcm beransk sulung kan

balik rumah, beli lunch for kids, sampai rumah lepak kejap sambil round kebun  pastu sambung makan kuih, pukul 12-45 pi spital balik, berat hati nak tinggalkan anak2 kat rumah dahlah rumah blackout tetiba. Ashraff kena ponteng sekolah hari tu sbb rayyan takde org jaga n afriena pun takde kunci rumah 

ok sampai hospital, admitted masuk delivery suite tukar baju n lepak atas katil. 

Dah lepak biasalah.. dorang nak pasang itu ini kat badan utk monitor. Dorang kata naknpecahkan ketuban utk cepatkan kelahiran sbb dah ada bukaan tapi tak sakit. So ckp kat team Med, lepas solat zohor bolehlah .. they said ok

pukul dua.. pecah kan ketuban. Then lepak sampai lepas asar. Dah settle call family n beberapa kali call anak2 kat rumah. 30 minit sekali dorang dtg cek n tanya ada rasa sakit ke tak.

last mkn was masa sarsoan, si mcm tau tau je suami terchenta pi brli A&W waffle, kita mkn dulu 

habis makan… still tak sakit… dah buka 5cm , then finally kena induce.  5.30 kot induce. Adehhh dah lah tak suka jarum huhuhuhu pastu tak jumpa urat lg

dah induce pukul 6 lebih ada sakit manja- manja boleh lepak- lepak. 6.30 misi datang cek bukaan… dah 6cm tapi belum sakit betul

dah cuak dah ni kot kot kena sorong masuk OT for czer ke kan… doctor pun dah standby sbb dia puasa.. tgh pikir nak balik ke tak.

pukul 7 baru rasa sakit… nak beranak. Finally. Misi kasi gas hehehe sedut gas lega gitu

bunyi azan… Kheirul cakap nsk pi surau kejap untuk solat. Nurse ckp dah 8cm ni. 10 minit je kot  dia pi… masa kheirul takde nurse kah yg urut blkg…suruh bertenang huhuhuhu

bertenang la sangat. Dia main tetiba sakit… takde by stage punya

sampai je Kheirul terus sakit gila… tak sempat nak tarik katil… doktor yg agaknya tgh berbuka puasa pun berlari…

satu tgn pegang gas, satu tangan pegang Kheirul… luka kot tangan dia hehehehe

dengan sekali push… bloop bunyi baby pun keluar

Allahu akbar  …

lepas tu doktor settle lah semua tu. Keluar je baby.. hilang sakit bertarung nyawa. Tapi badan menggigil plak

semua kena selimutkan… kena test gula, bp semua ok

mungkin sakit terkejut

Alhamdulillah berkat doa semua orang esp doa suami, doa mak n abah dan MIL serta adik beradik sepupu2

urusan dipermudahkan…. 

mungkin juga pregnant kali ni saya tersangat aktif kot. Aktif dengan taekwondo sampai 8 bulan, tak lupa untuk streching buat split, berjalan setiap hari, berkebun dan mcm2 lg. Agaknya itu juga byk membantu

wallahualam

Rayyanlah yang paling tak sabar nak jumpa baby. Till today, very protective, sgt memahamilah.. baby berak tak payah suruh dia amik kan nappy. Baby nak susu dia pi amik dalam fridge, baby nak mandi dia pi isi air dlm tub

alhamdulillah… Allah mudahkan dari seorang yg sgt manja takleh buat itu ini, dia jadi seorang abang yg loving. Nak pi sekolah cium bb, nak pegang bb.. pi cuci tgn dulu…

ashraff n afriena helped a lot. Tolong buat laundry, cuci pinggan mangkuk, cuci toilet sapu sampah n lot more

n as usual husband yg byk  menolong esp bab masak

❤️ All of you

insya allah nanti, kita share pasal pengalaman bersalin kat. tropicana medicsl centre ye