Category Archives: Chicken & Meat

Resepi Asam Pedas Tetel

Pernah cuba masak asam pedas tetel?? Kalau kat Melaka ni memang lah tersohor sangat. For me, I lagi prefer asam pedas ikan to asam pedas tetel. Asam pedas tetel ok lah tapi tak seterangkat asam pedas ikan. Maybe I ni bukan peminat daging kot? kan ? kan? kan?

ANW, dalam tak berapa suka masak lah jugak sebab ada daging dalam freezer. Nak masak kurma hari tu dah masak kurma dah . Kena masak benda lain lah plak. Something easy and senang. Daging yang ada kat rumah ni memang part tetel … ada urat ada lemak ada daging memang complete lah…  Mungkin I tak suka rasa dia mungkin sebab daging ni berlemak sangat kot??? ke sebab ada daun limau purut? Since ni pun intai-intai kat blog orang, so kita follow je lah. Ohhh asam pedas ikan ku… I miss you

So let’s cook

image

  • 400g tetel potong kecil
  • 2 senduk cili kisar
  • bawang merah 8 biji/bawang besar 1 biji – kisar
  • bawang putih 2 ulas -kisar
  • belacan sebesar ibu jari – kisar
  • 1 serbuk kunyit satu sudu
  • lengkuas 2 inci – ketuk
  • halia 1 inci – kisar
  • serai 2 batang – ketuk
  • air asam jawa – semangkuk kecil
  • sedikit minyak untuk menumis
  • segenggam daun kesum dan 2-3 helai daun limau purut
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  • panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama serai dan lengkuas
  • kacau hingga garing dan masukkan serbuk kunyit
  • bila tumisan nampak garing, masukkan daging, kacau rata
  • tutupkan periuk dengan tudung periuk dan masak daging hingga empuk
  • Bila daging dah empuk, masukkan air asam jawa, daun kesum, limau purut
  • rasakan garam dan gula
  • bila dah masak..sedia dihidangkan

 

Ayam Pongteh

image

Dah lama sebenarnya nak masak ayam ponteh. Dok lah berangan tapi tak jugak masak nak nak bila tengok Chef Wan masak. Tak boleh jadi ni kena masak jugak ni.  So I give a try. Knowing that Kheirul takleh makan mushromm, tapi try lah buat mana tau ok ke kan? Tu pun sebelum masak tanya dulu nak masak resepi ayam yang ada mushroom boleh ke? And finally masak lah… guna cendawan shitake yang segar. Semua bahan ada kat rumah…

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam – potong kecil
  • 1 labu bawang – kisar
  • 3 biji bawang purtih – kisar
  • 1 inci halia – kisar
  • 3 sudu  besar taucu – tumbuk kasar
  • 4 sudu besar kicap manis
  • sedikit air
  • 2 biji kentang
  • 2 batang cili  hijau dan merah
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 5-6 cendawan shitake – belah 2

Cara-cara

  • Tumis bahan yang telah dikisar  bersama taucu hingga garing
  • Masukkan ayam dan biar hingga ayam kecut
  • masukkan sedikit air, biar tenggelam ayam tu
  • masukkan kentang, dan kicap
  • masak sampai kentang empuk dan masukkan cendawan shitake
  • Bila cendawan dah masak/kecut masukkan cili potong kasar
  • Dah siap

Rasa dia? sedap jugak, Ada rasa macam ayam kicap jugak. I masak lama sikit suruh dia pekat. Garam dan gula tak letak pun sebab dah cukup rasa. Bebudak pun suka makan. Kheirul pun makan tapi dia tak makanlah cendawan tu. Gambar di atas ttak lawa pun…malas le nak nambik gambar. takde kamera

Citrus Roasted Chicken

Saja nak share resepi untuk surirumah eurirumah jelita yang tetiba rasa malas nak masak bila husband takde kat rumah.   I masak roasted chicken je. Kat rumah ni, ni kira masakan paling malas, tapi sedap , berkhasiat dan sangat simple tak payah nak cuci kuali perouk bagai.  Normally kalau Kheirul balik lambat ke, dia akan cakaplah, dia tak makan malam ke kan, so I mula lah malas nak masak. So masak bendi gini je lah. Pastu buat mashed potato. senang kan?

image

 

Ini adalah citrus roasted chicken. Guna lemon dan orange  untuk bakar ayam. Resepi dia senang je.

Bahan-bahan

  • Ayam setengah ekor
  • 1 orange
  • 1 lemon sebiji
  • 5 biji bawang putih
  • 1 sudu kecil rosemary
  • 1 sudu kecil mixed herbs
  • 3 sudu minyak zaitun
  • pepper and salt

 

Cara-cara

  • Bersihkan ayam – potong kepada saiz yang anda gemar, taknak potong pun takpe
  • campurkan garam dan pepper bersama minyak zaitun , rosemary dan mixed herb
  • perap ayam dengan miyak campuran dan citrus yang di hiris nipis
  • tabur bawang putih sebij-sebiji macam tu je
  • perap selama 2 jam ke
  • Lepas tu bolehlah bakar dalam suhu 180-200 untuk setengah jam

 

image

Macam I , pukul 4 dah perap, pastu amik budak sekolah, pukul 6 sampai rumah, terus bakar. Lepas maghrib boleh makan dah. Sos  plak, sbb I  malas, I just beli serbuk sup cendawan, tu, lepas tu tumis bawang dengan butter then letak mushroon sup  tu, talaa jadilah gravy. Itu kalau malas. Tapi sebenarnya kalau tak nak buat buat gravy pun takpe sebab , jus ayam yang diabar tu pun sedap. Rasa masam-masam gitu.

image

Lepas tu buat, mashed potato dan makan dengan romaine lettuce ni. Senangkan?