Category Archives: Soup & Curry

Kari Kepala Ikan Salmon

Dah lama tak menaip resepi. Semalam keluar berdua ngan Rayyan sebab nak renewe lesen yang sebulan expired. Hahahaha sebulan expired baru teringat . Masa tak ingat bawak kereta merata, bila dah ingat mata dok melilau takut kena tahan polis. Bila dah keluar semalam kat AEON tu, Pejabat pos kat AEON je, so boleh lah singgah kat supermarket. Saja , terapi tu kalau masuk supermarket. Mula-mula ingat nak beli lala… tapi tengok lala macam tak happy je muka dorang sekali kat sebelah tu nampak kepala ikan salmon fresh lagi. Sekilo 29.99, amik dua keping dapatlah RM14. Catikk nih buat kari memandangkan semua suka makan kari kat rumah kan. Ashraff dan Afriena dah jadi macam mama dorang lah, kalau makan kari mesti kuah banjir.  I kalau makan kat kedai mamak, makan nasi daun pisang, mintak kuah banjir, mamak yang tuang kuah tu, geleng kepala sambil bulat mata tengok banjirnya kuah atas nasi. hahahha… Memang suka makan kari kan. Tu belum kuah asam pedas lagi.

Ok ok meh kita citer pasal kari kepala ikan salmon. First time ni masak kari kepala ikan salmon sebab selalu rasa macam pelik je bila pikir kepala ikan salmon masak kari kan. Tapi semalam bila dah masak, kena dengan pedas kari, rasa asam dia, mmmm subhanallah memang sedap. Rasa lemak ikan sangat sesuai dengan pedas kari.Rempah kari tu , I gua yang takde jenama pun, beli yang timbang kati kat pasar tani MAEPS. Rasa  rempah kari ni sedap. Lagi sedap dari yang jual kat kedai.

image

Ok lah ini resepi dia. Sama je dengan kari lain tapi biarlah kita share kat sini

  • 2 keping kepala ikan salmon
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 sudu kecil rempah campur
  • 7 Bawang kecil -mayang halus
  • 3 Bawang putih   -mayang halus
  • seinci Halia -mayang halus
  • 2 sudu Cili kisar – tak letak sebab budak-budak tak tahan pedas
  • 5 -6 sudu  Serbuk kari ikan – tapi I main, tuang je
  • 2 senduk kecil santan pekat
  • 2 Asam keping
  • 2 tomato dan bendi ikut suka banyak mana
  • air 2 cawan
  • garam secukup rasa
  • Tumis daun kari  dan rempah campur (ala yang ada biji sawi, halba, jintan)  sampai naik bau
  • masukkan bawang yang dimayang dan halia , tumis lagi sampai layu
  • bila dah layu masukkan cili kisar yang dibancuh dengan serbuk kari dan air – tumis sampai pecah minyak
  • Bila dah pecah minyak, masukkan air dan santan,asam dan garam gula
  • bila dah mendidih, masukkan ikan
  • Masak lebih kurang 15 minit dgn api pelahan supaya kari masuk dalam ikan
  • Bila dah masak, masukkan sayur, nampak sayur bendi tukar kaler hijau menarik atau tomato dah nak lembik tutup api.
  • Biar je sayur masak dgn kepanasan yang ada
  • siap untuk dihidangkan

Note: tujuan masuk garam dan gula sebelum ikan adalah untuk mengelak kita dari selalu mengacau kuah, takut ikan hancur.

 

Resepi Paling Hit dalam Sawanila.com

Inilah resepi yang paling hits dalam sawanila.com. Kari sotong yang mudah dan sedap.  Memang sedap kari sotong ni, nak plak kalau dapat sotong yang ada teluur. juling-juling mata makan nasi. Kena pulak ada sambal belacan atau sambal tempoyak, Ikan masin goreng dan ulam…. pehhh memang meleleh je air liur. Total hits untuk resepi ni dari sejak di “publishkan” adalah 21252 hits and akan mungkin lebih. Setiap hari ada je orang cari.

kari sotong

Alhamdulillah…moga dapat membantu ibu-ibu yang busy bekerja, anak-anak dara yang baru  belajar nak masak atau anak-anak bujang yang dok rumah sewa. kata GST kan haa masak lah tapi jangan lah korang tayang  masakan dorang dalam kuali dengan dihiasi timun dan cili tak buang tangkai kan.heheheh gurau je jangan marah ha…

kalau nak resepi

click kat bawah ni

Resepi Kari Sotong Mudah dan Sedap

Resepi Kari Sotong Yang Sedap

 

Resepi Kari Sotong Mudah dan Sedap

image

Alhamdulillah..hits blog ni makin naik. Walau dah lama tak dapat advertorial, ambe tak kisah. Ok lah… resepi kari sotong kat blog ni hit mesti ada hari-hari tinggi plak tuh. So I nak kongsi resepi kari sotong yang resepi lain sikit. Cara masak sama tapi rempah lain dan guna santan sikit je

image

  • 7 ekor sotong saiz medium – I guna 2 ekor sotong yg panjang 15cm
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil Biji sawi
  • 5 Bawang kecil -mayang halus
  • 2  Bawang putih   -mayang halus
  • seinci Halia -mayang halus
  • 1 / 2 pkt  Serbuk kari ikan
  • 1/2 pkt serbuk kari udang
  • 3 sudu santan pekat
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa – ni ikut rasa masing -masing
  • 5-6 biiji bendi
  • garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA

  • Tumis daun kari dan biji sawi sampai naik bau
  • Lepas tu masukkankan bawang yang dimayang dan halia , tumis lagi sampai layu
  • bila dah layu masukkan serbuk kari  – tumis sampai pecah minyak
  • Bila dah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan garam gula
  • bila dah mendidih, masukkan santan , sotong dan bendi
  • masak hingga mendidih, bila mendidih tutup api
  • Biar je sayur masak dgn kepanasan yang ada
  • siap untuk dihidangkan

I tak guna air pun sbb sotong akan keluarkan air. Masak sotong pun kejap je sbb tak nak dia overcook. Kalau overcook , nanti dia keras. Macam semalam I masak, I tumis siap,-siap sampai garam dan gula, then keluar ambik anak-anak dari sekolah, Bila balik rumah dekat-dekat dinner baru sambung masaka letak sotong. Haaaa baru power makan. Kena plak dengan Ikan tenggiri goreng, letak bawang tuang kicap perah asam limau…pehhhh rasa nak amik daun pisang makan jer. Ada plak samba belacan hahahah.

Okaylah selamat mencuba ok.