Yearly Archives: 2013

Back To School

Lagi seminggu sekolah Ashraff n Afriena nak start. Rasanya semua dah cukup. Baju Sekolah dah siap beli dgn sekolah. Cuma kena cari tudung hitam je untuk Afriena. Alat tulis dah siap beli. Mahalnya alat tulis sekarang. Tu pun beli kat Tesco je.Buku-buku dah bayar kat sekolah, nanti dapat lah tu.  Beg sekolah and kasut sekolah tak payah beli, pakai je tahun lepas punya sebab baru lagi.

Tahun depan masing-masing dah darjah 3 dan empat. Makin banyak la homework.  heheheh Mama dia yang risau dengan homework sebab letih nak monitor homework ni. Nak kena tukar sistem pembelajaran dan sistem menyiapkan homework. Masing-masing kena buat dalam bilik masing-masing kot supaya takde aktiviti nak bergaduh, bergurau sesama sendiri. English and Malay speaking day masih diteruskan sebab senang nak monitor penggunaan ayat, tatabaha dan vocabulary mereka.

So, macam mana dengan persiapan sekolah you all? Buka sekolah nanti legalah sikit  dapur tu. Ni kalau tak asyik masak, masak, masak, cuci pinggan cuci pinggan adei…Ok lah got to go. Si kecik ni nak guna komputer. Oh Rayyan tak pi sekolah laggi tahun depan, tunggu umur 5 tahunla. pergi awal sangat pun nanti dia bosan kat sekolah.

Sticky Date Pudding

Pertama kali buat Sticky Date Pudding, dan pertama kali merasainya…

image

Terus Kheirul cakap, sedaplah.  Boleh buat lagi ni. Itu adalah kata-kata seorang lelaki yang tak suka makan dessert orang putih.

Kalau tanya Afriena,

I suka lah mama sos dia. Macam ada rasa pancake syrup, ada rasa caramel…. haaa gitu. Kecik-kecik dah pandai kritik dan komen pasal makan

Ashraff plak… sedap lah mama. Apa ni? Dah tiga biji masuk mulut baru tanya apa

Rayyan? Tak cakap banyak. Suap kat mulut dia, dia pejam mata pastu cakap sedapnyaaaaa. Pastu makan banyak

Kalau saya? Saya suka sangat. Memang kena dengan selera.

image

Oleh kerana kat rumah banyak sangat kurma yang takde orang nak makan, maka saya buatlah Sticky Date Pudding. Sticky Date Pudding sedap kalau kena gaya dia. Kek dia jangan manis sangat, sos dia kena manis, creamy dan mesti ada rasa yang unik. Bila makan terus terasa macam makan coclairs. Lepas kalau makan Sticky Date Pudding , mesti nak sos lebih. Buat lubang kat tengah then letak sos. Biar sos dia meresap, then baru suap ke mulut. Budak-budak ni, makan dalam mangkuk. Nak sos lebih.

Saya buat saiz kecil. First time buat, lepas tu hari Rabu buat lagi. Bukan untuk makan sendiri tapi untuk pelanggan yang menempah lasagna dan BBQ meatball. Kita kasi free gift sebab beliau tempah lebih dari RM200, untuk party harijadi anak beliau. Alhamdulillah…lasagna dan meatball licin. Tak sangka orang suka. Yang pudding tu tak nampak kat mana, tapi katanya habis licin buat makan dalam family. Terima kasih di atas sokongan anda. Insya’ Allah…Sticky Date Pudding  akan menjadi salah satu menu dessert untuk jualan nanti.

Dan kepada sesiapa yang nak tempah Lasagna, BBQ Meatball  with Mashed Potato atau BBQ Meatball with Mac n’ Cheese, boleh lah hubungi saya dia. Insya’ Allah kami boleh sediakan untuk sebarang majlis,  Harga sentisa boleh dirunding.

Oh ya, resepi Sticky Date Pudding ni senang je.  Boleh je tengok kat Nigella .com

For the pudding

  • 275 grams dried dates (seeded)
  • 310 ml boiling water
  • 1 teaspoon bicarbonate of soda
  • 50 grams butter
  • 110 grams brown sugar (firmly packed)
  • 2 eggs
  • 150 grams self-raising flour

For the sauce

  • 165 grams brown sugar (firmly packed)
  • 300 ml cream
  • 80 grams butter

Method

  1. Preheat oven to moderate (180C/160Cfan). Grease deep 20cm round cake pan; line base with baking paper.
  2. Combine dates and the water in food processor. Stir in soda; cover with lid, stand 5 minutes.
  3. Process date mixture with butter and sugar until pureed. Add eggs and flour; process until just combined. Pour mixture into pan.
  4. Bake, uncovered, about 1 hour.
  5. Make butterscotch sauce by stirring ingredients in small saucepan over low heat until sauce is smooth and thickened slightly.
  6. Stand cake 10 minutes; turn onto serving plate.
  7. Serve warm with butterscotch sauce.

Saya tak tiru bulat-bulat, sebab ada penambahan dan pengurangan untuk sesuaikan rasa. In case, Nigella Lawson baca, Thank you Nigella for recipe.

Resepi Talapia Bakar

Kan Sabtu lepas pergi Pasar Tani MAEPS kan? Ha kami beli 2 ekor talapia merah. Jarang sebenarnya kami beli ikan talapia sebab saya tak suka kadang-kadanag ada bau . Tapi yang ni, ikannya dari Sungai Pahang, bukan dari lonbong, haruslah suami membeli. Dah dia orang Pahang, mesti dia nak beli punya. Beli 2 ekor je. Test power. Dia suruh bakar. Saya buat bakar cara yang senang je.

image

Ini resepi dia

BAHAN-BAHAN

  • 1 ikan talapia – cuci bersih
  • 3-4 sb cili giling
  • 1sk bawang putih
  • 1 sk gula perang
  • garam secukup rasa
  • 2 sb kicap manis
  • jus limau dari 1/2 limau

 

CARA-CARA

  • campur semua bahan dalam mangkuk, gaul sebati
  • sapukan kepada ikan
  • balut ikan dengan aluminium foil atau daun pisang atau daun kunyit
  • Bakar sehingga masak.
  • Bila dah masak hidangkan dengan sambal kicap.

Ikan bakar…ekena plak dengan sayur pucuk paku goreng. sedap betul

 

image

Pucuk paku goreng. Memula ingat nak masak lemak, tapi suami saya bukan pecinta masak lemak…. Ikan talapia kalau kat luar Malaysia ni spesis ikan mahal. Saya pernah order talapia steak. Sedap. Harga dia mahal lah sikit. Tapi tak kisahlah sebab makan orang belanja.