Monthly Archives: September 2019

Printcious : Create your own gift

Zaman sekarang ni semua benda online. Like myself, dah jarang dah merayau kat mall untuk shopping. Nak beli baju anak? online je, Nak beli grocery? online je, Beli anak pokok untuk kebun belakang rumah pun , akak beli online. Bukan malas sebenarnya… tapi bila kita beli atau buat urusan secara onine, banyak masa yang kita jimat. Duit pun jimat sebab kita boleh banding harga tanpa berjalan sana-sini. Masa yang terluang ni bleh digunakan untuk bersenam, meluangkan masa dengan keluarga dan juga untuk aktiviti rohaniah. Itu saya lah… kebanyakan masa ke mall adalah untuk aktiviti sosial seperti menonton wayang, makan-makan atau pergi dating ngan Mr Suami je.

Ha ni nak share… actually tengah dok survey nak cari hadiah anniversary untuk suami, Anniversary baru lepas minggu lepas tapi hadiah belum ada, teruk betul bini macam ni… You tell me, bila masa saya ada masa nak mencari hadiah? Normally saya bagi baju ke, belanja makan ke… actually itu je yang mampu sebab kita kan housewife, mana ada duit berlambak, so kita surf je lah sekali ternampak Printcious.. mmm menarik ni…

Boleh design hadiah sendiri. Ini bukan setakat untuk Mr Suami, untuk anak-anak pun boleh ni… Nak tepek gambar family kat hadiah masing-masing… amacam…best boleh design sendiri hadiah harijadi untuk yang teristimewa.

Jom kita tengok apa yang dia ada.. Wahh best jugak e Printcious ni. Macam -macam ada. Kalau click kat Design Your Own tu.. ha macam-macam ada. Dari Tshirts, Mugs, Sticker sampailah ke mousepad. Wow sangat menarik. Ni kalau nak buat untuk hadiah perkahwinan memang kena lah.

Apa yang menarik perhatian saya, Saya nak pilih mug untuk sorang satu orang dalam rumah, pastu letak gambar dorang masing-masing. Ha pastu kalau dorang pakai, mesti macam bestnya.. ada muka sendiri, then kalau jenis yang lepas minum letak atas meja memang senanglah nak cari pelakunya… Rayyan..kenapa tak cuci cawan lepas minum???? Ha itu lah salah satu kebaikannya.

Pastu ada lagi satu yang menarik perhatian, Tshirt. Buat Tshirt gambar family ke kan…. Pastu pakai masa pergi vacation kan? Macam family kami yang jenis kaki nak pi laut je… ha itu bagus. Untuk baby baru plak, kita ambil lah romper and letak gambar tambahan lah untuk dia. Kan kan

Harga setiap produk pun sangat berpatutan. Takdelah mahal dan yang penting boleh design sendiri tak payah menapak cari kedai mana nak pi buat kan. Untuk hadiah aniversari plak … nak buat apa ye, sebenarnya banyak design yang boleh kita pilih, sebab dia ada pilihan untuk setiap “ocassion”. Macam family kami, Bulan September dan Oktober memang banyaklah hari-hari penting. Hari jadi je ada empat untuk kasi hadiah, Satu lagi aniversari plak. Kalau untuk Cik suami dia untung lah, sekali sapu je, gabung je sambutan dia. Jimat duit katanya. Tapi setiap orang nak lah rasa uniknya hari istimewa masing-masing kan? Apa pendapat uolls? Apa yang sesuai? I nampak mug je hahaha… benda yang tahan lama.

haaa Printcious ada pilihan untuk Bulk Order. Ni sapa nak kahwin ada budget besar ke kan, atau nak buat family days 3 keturunan boleh lah order dengan Printcious. Kalau nak buat reunion, ok je kalau ambik macam key chain atau cap atau magnet..nanti boleh lekat kat fridge. Company korang nak buat event ke kan boleh buat cenderamata korporat jugak. Unik Kan?… menarik tu sebab banyak pilihan produk dan design dia.Boleh guna khidmat profesional untuk gambar-gambar menarik dan diabadikan kenangan dekat cenderamata di Photo Booth.

Haaa uolls jangan baca je, cuba click kat Printcious ni, jamu maa, sambil-sambil tu boleh pilih mana yang berkenan di hati. Harga pun takdelah mahal mana, , Benda boleh buat kenangan, kita ambil lah. Kalau uolls masuk website dia macam Weekly Special Promo. JImat tu.. Order lebih RM60 free delivery tau…

Okaylah…. saya nak mereka cipta rekaan untuk mug dan Tshirt lah…. Nak letak gambar family kat Tshirt.. ok tak?

Uolls jangan lupa check it out tau!!!

Nak tidur dah… ok bye…

Arissa Aqilah dah 2 tahun

Alhamdulillah… Dah dua tahun dah sikecik ni. Dah dua tahun ni, mulut dia potpet², pastu pandai dah merajuk, pandai nak berebut barang ngan orang.

Kalau berebut barang ngan Rayyan siap pekik, it’s mine..please padahal orang punya

Kawan gaduh…

Dah pandai komplen dah, kalau papa dia tak nak layan mulalah..mama, mama, papa @#@&#+#+£… Tak paham APA dia cakap tapi paham apa yang dia nak bagi tau..Video call papa dia 3-4 Kali sehati adalah wajib..adehhhh

Buat masa ni hobi dia menyanyi, menari Dan buli kucing.. well Kami celebrate birthday dia simple..keluar makan then potong kek kat rumah

Semoga sentiasa dirahmati Allah ye Cayang ucuk acam ikan pekasam mama…