Author Archives: SawaNiLa

TalentCorp Career Fair

Ini Adalah Posting Berbayar

TalentCorp telah bekerjasama menganjurkan Pameran Kerjaya Sektor Tumpuan (SFCF) dengan Pusat Kaunseling dan Kerjaya, Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 12 – 13 November yang lalu. Usahasama kedua pihak ini telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada graduan UiTM. Pameran Kerjaya Sektor Tumpuan atai lebih dikenali sebagai Sector-Focused Career Fair (SFCF) ini telah diadakan di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam.

1454997_393121477485338_1354291096_n

Sector-Focused Career Fair (SFCF) ini telah dirasmikan oleh  YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Sebanyak lebih 30 syarikat menyertai pameran SFCF UiTM , antaranya AIG, DHL, Electrolux, Frost & Sullivan, GlaxoSmithKline, HP, IBM, LaFarge, Sime Darby dan PwC.

zxc

SFCF adalah salah satu inisiatif TalentCorp  yang dapat memberi peluang kepada graduan untuk berinteraksi dengan CEO’S dan wakil-wakil HR dari majikan-majikan yang menyertai pameran . Dengan cara ini, ia dapat memberi lebih maklumat kepada graduan tentang laluan kerjaya dan kriteria permintaan majikan terlibat.

sfsd

Pameran dua hari turut menyelitkan seminar Kerjaya / Career Talks yang menjadi medan generasi muda berinteraksi dengan industri utama. Manakala ,Couch Corner Slot pula disediakan khas untuk pengunjung yang terdiri daripada pelajar untuk berinteraksi dengan wakil syarikat secara santai.

1452425_393040754160077_1219450105_n

Maklumat lanjut mengenai TalentCorp dan SFCF sila layari laman

www.talentcorp.com.my atau

www.facebook.com/SectorFocusedCareerFairSF

Nada Alam, Perumahan terbaru dari Seri Pajam Development

Ini Adalah Posting Berbayar.

Rumah. Kini rumah menjadi satu keperluan asas untuk kita semua. Dengan peningkatan harga rumah yang sekian meningkat dari tahun ke tahun dengan permintaan yang tinggi untuk memiliki rumah sendiri adalah menjadi satu idaman bagi kita semua. Jadi, apa tunggu lagi. Baiklah kita merancang  untuk memiliki sebuah rumah idaman secepat mungkin sebelum harga rumah meningkat lebih tinggi.

sp1

Pada hari Ahad yg lepas, saya mendapat jemputan untuk menghadiri satu majlis pelancaran satu projek taman perumahan yang baru yang terletak di Pajam, Negeri Sembilan yang telah disempurnakan oleh Dato’ Hassan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia.

Pada mulanya ingatkan Pajam ini jauh tetapi jangkaan saya meleset.  Dengan menggunakan Lebuhraya PLUS dari Toll Sungai Besi, saya hanya perlukan kurang dari 45 minit untuk sampai ke Pajam melalui exit Nilai. Dan tapak perumahan Nada Alam ini betul-betul dekat dengan exit Pajam sekiranya melalui Lebuhraya LEKAS. Jadi akses lebuhraya memang mudah sekali.

sp2

Setibanya saya di Sales Gallery Nada Alam, kagum sekejap dengan konsep perumahan dalam taman yang berkonsepkan alam semulajadi ini. Seluas 160 ekar dengan 13 ekar khusus untuk mengekalkan kehijauan alam semulajadi dan berstatus “Pegangan Bebas” menjadikan lagi perumahan Nada Alam ini lebih bernilai tinggi untuk palaburan.

sp3

Saya tiba agak awal juga dalam jam 10 pagi tetapi sambutan pada hari pelancaran sungguh meriah sekali. Tak sangka ramai yang sudah berada disana dan berpusu-pusu untuk melihat sendiri perancangan perumahan yang telah dirancang rapi oleh Seri Pajam Development Sdn Bhd untuk projek perumahan Nada Alam ini.

sp4

Ini adalah model rumah 22×70 rumah teres yang ditawarkan dengan harga RM472K. Tentu ada yang bertanyakan tentang ciri-ciri keselamatan kan. Terdapat 3 tahap keselamatan iaitu Pengawal Keselamatan (Pak Guard), kedua kamera CCTV dipasang dimerata-rata tempat dan yang ke-3 Pagar parameter fencing disekeliling kawasan perumahan ini. Selain daripada itu di dalam rumah pula dibekalkan dengan system penggera atau Alarm System, smoke detector, pemadam api dan sebagainya.

sp5

Jangan risau pasal kemudahan awam. Semuanya sudah tersedia dan dekat-dekat belaka. Lebuhraya, pasar-pasar besar, sekolah, university, Nilai 3 untuk shopping. Semua dekat belaka.

sp6

Selesai sudah majlis perlancaran yang telah disempurnakan oleh Dato’ Hassan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia. Apa lagi.. saya terus pergi melawat rumah contoh disana.

sp7

Tersergam Indah

sp8

Ruang Tamu yang luas

sp9

Kamar Utama yang selesa

sp10

 

Tidak Terkata… Dalam hati apa yang saya boleh ucapkan adalah “Alangkah untungnya kalau aku dapat memiliki rumah sehebat ini” itu saya yang dapat saya ungkapkan disini.

Jadi kepada semua yang ingin dapat maklumat lanjut lagi.. sila lawati www.nada-alam.com.my.

Cepat.. miliki rumah idaman anda dengan segera.

Makan Tengahari di Restoran D’Warisan, Lumut Perak

Salam Semua,

Lama sungguh kami tak buat review makan ni. Ok lah. Atas permintaan ramai yang suruh buat review makan, kami tunaikan gaks la. Gini ceritanya. Kami selalu travel, dan masalah utama kami bila sampai ditempat yg tak berapa arif or familiar tu adalah untuk mencari makan tengahari. Maklum la kebanyakkan restoran hanya dibuka pada waktu malam aja dan kalau ada pon pilihan lauk pauknya sangat terhad. Memang susah untuk mencari restoran yang menyediakan makan tengahari dengan masakan kampung yang berselera, yang banyak pilihan lauknya, yang sedap, yang bersih, yang murah dan macam-macam yang lagi la kan…

Jadi, bila kami terjumpa ada tempat-tempat or restoran yang boleh dikatakan memenuhi syarat-syarat tersebut, sudah pasti kami akan kongsi kat Sawanila.com nih untuk dikongsi bersama.

Dan kali ni… Restoran D’Warisan Lumut Perak menjadi pilihan kami kerana beberapa faktor:

  • Parking kenderaan yang sangat luas. Sesuai untuk rombongan berkonvoi
  • Pelbagai jenis lauk pauk yg pening paler untuk dipilih..
  • WIFI FREE bro……
  • Murah de….

DW-1

Sesuai sangat untuk saya yang berkonvoi sebab lokasinya adalah ditepi jalan besar sahaja dengan kawasan parking kereta yang sangat luas… setakat nak park 30-50 biji kereta tu selamba jer…

OK… masuk-masuk jer…terus nampak SUP GRARBOX… emmmm…..sapa la bisik nih suruh amik la.. amik la… try la.. ala.. belum pernah rasa lagi la… meh ler… cuba try test rasa sekali jer…hehhehe…. *TTuuuuuuTT****

Lupakan yg kat atas tu.. meh tengok ulam-ulamannye plak… peeerrrrhhhhhh…. segor megor giler beb… pilih jer…. kalau amik ulam nih jangan lupa lawanya dengan sambal tempoyak… orang Perak nih memang glamer ngan tempoyaknye… sama macam orang Pahang gaks la….

Hah!.. ikan bakar kat restoran nih memang terbaik… ikan segar terus dari ladang tu… maklum la.. Lumut ni dekat ngan jeti ikan.. memang terasa segar ikan nya tak macam ikan yang jual kat KL yg dah bubuh ubat pengawet… kat sini memang fresh 100% fresh.. tak caya pi cuba terai test dulu…

Kalau nak citer lauk satu per satu plak.. gerenti posting nih akan jadi 18 muka surat.. so korang pi tengok gambar ajalah ekk… Oh ya…!! Korang JANGAN LUPA amik SOTONG sambal…. sekali gigit tak sedor makan 3 ekor…. sedap hingga tak ingat dunia.. tapi ingat.. jangan lupa baca Doa Makan yer…. Oh ya.. terlupa plak.. Jangan lupa untuk cuba siput sedut dia ek….

DW-10

Hehehe… air kat sini sendiri tuang ok…. macam-macam air ada… pilih la sendiri.. nak air buah pon ada… order aja….

Muahahakakakkakakak….. nih dia HERO OF THE DAY.. SUP GEARBOX… satu mangkuk besar ikut saiz.. harga bergantung.. yg saya amik tu RM15……. Dosa yang paling hebat bila makan sup gearbox nih adalah sedut sum-sum guna straw…. Jangan buat kalau korang tak berani.. muakakakkakakakkakaka

DW-13

Meh sini kita fokus in detail skit… apa yang ada dalam sup gearbox nih.. tu dia… rasa sup nih dirahsiakan.. takmoh citer kat korang.. takbleh nak ditulis sebab tak tahu nak describe camne.. paling senang korang try la sendiri…

DW-15

Hah…. nih baru lawan dia.. nasi + ulam lawan dengan sambal tempoyak… hehhehehhehe selamat menjamu selera…..

Ok lah.. seperti biasa… nih la markah yang kami bagi untuk Restoran D’Warisan Lumut Perak yang sangat terkenal untuk makan tengahari nih.

SS-DW

 

Ok.. kat bawah tu plak GPS location untuk Restoran D’Warisan ni.. senang aja.. restoran terletak tepi jalan aja.. memang nampak dan eye-catchy punye….

 GPS: N 4 12.527 E 100 37.344

View Larger Map