Category Archives: Pasta & Noodle

Penang Har Mee

 

1Dah lama tak makan mee udang semenjak foodcourt yang kat Lot 10 tu tutup. Kat situ mee udang dia sedap. Mee udang penang .. ada yang panggil Penang Hokkien noodle, Har mee.  Bercerita pasal mee udang pun dah rasa macam menitis dan tertelan air liur. Mee Udang biasanya kena ada rasa manis udang, ada rasa pedas sikit..

Sabtu lepas pergi spermarket saja cari barang dapur, so Kheirul lah tetiba cakap, kita masak mee udang nak? perkataan “kita” mengambarkan sesatu yang harmoni iaitu masak bersama. Tapi takdenya hahaha I masak sorang je.  Bahan utama untuk masak Mee Udang ialah udang. Carilah udang yang sangat segar

2

udang kena segar. Beli yang hidup..sampai rumah dia dah mati hahahah

3

anak-anak suka fishball so letak fishball

Berikut adalah bahan-bahan

  • 10 ekor udang besar yang segar
  • 15 biji fishball (nak pakai fishcake pun boleh)
  • isi ayam
  • telur ayam 3 biji
  • stok air rebusan udang
  • air rebusan ayam
  • segenggam udang kering
  • 2 sudu petis
  • bawang merah 5 biji – hiris
  • bawang putih 2 – hiris
  • 2 sudu kecil serbuk cili
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 sudu kecil gula merah
  • garam secukup rasa
  • sedikit kangkung – anggangan dalam setengah mangkuk
  • mi kuning

Cara- cara

  • tumis bawang, udang kering (yang telah ditumbuk) ,serbuk cili dan bunga lawang sampai naik bau yang wangi
  • masukkan air rebusan udang dan ayam
  • masak hingga mendidiih
  • rasakan garam gula
  • biarkan kuah mendidih dan masukkan fishball. Biarkan selama 10 minit
  • sementara kuah mendidih, celur mee, udang, ayam dan sayur dan rebus telur
  • Bila semua dah selesai, hidangkan
  • Cara menghidang, Letak mee kuning, diikuti kuah dan disertakan separuh tel;ur rebus, isi ayam, udang, fishball dan sayur dan tidak lupa sambal cili

Cara buat :

Stok air rebusan udang – ambil kepala udang, kulit udamg, tumis sedikit lepas tu letak air 3 mangkuk, rebus dalam 10-20 minit, lepas tu kisar kepala udang bersama air rebusan dan tapis

Stok ayam – rebus tulang ayam bersama 2-3 mangkuk air selama 1 jam

sambal cili – tumis cili kisar dengan minyak, letak belacan sikit rasakan garam gula . Tumis sehingga garing

Resepi: Ipoh Kai See Hor Fun / Chicken Kway Teow Soup ( 鸡丝河粉)

Malas nye nak ngadap blog lately. Sebab minggu ni pepagi dah bz. 6.45 dok atas jalan…pergi sana- sini driving and hadap jem pepagi. Sampai rumah terus rasa malas dah nak hadap kompter. Nak mkan pun malas dah. heheheh

image

Last Friday, ada masak Kway Teow Suoup. Bebudak ni memang suka kalau masak benda-benda cam gini. Laju je makan. Nak masak menu ni pun senang je. I guna breast part, buang kulit dan rebus ayam tu. Tak nak rebus guna kaedah poach. Cara dia… panaskan air, buang kulia ayam. Bila air panas, rendam ayam sekejap, kasi buang bau atau rasa tak best tu. Pastu bilas ayam. rebus air sekali lagi, rasakan air dengan garam dan lada putih. bawang putih yang di ketuk. Bila, Air dah mendidih, masukkan ayam .Biarkan hingga sup mendidih dan boleh matikan api. Biarkan ayam dalam tu selama mungkin sampai sup sejuk lah kot. Bila sup sejuk, keluarkan ayam. Insya Allah ayam dah sejuk dah time tu, Boleh potong ayam tu. Itu kaedah poach saya, untuk resepi boleh tengok kat bawah

bahan-bahan

  • sekeping ayam bahagian dada
  • 10cawan air untuk sup
  • 10 ekor udang – buang kulit
  • sedikit taugeh
  • daun bawang
  • sebungkus koay teow
  • garam dan lada putih secukup rasa
  • bawang goreng
  • Minyak bijan

cara-cara

  • poach atau carakkan ayam seperti langkah yang diterang kat atas
  • bila ayam dah masak sejukkan dan hiris tipis
  • panaskan sup , celurkan udang sekejap
  • bila masak, angkat udang
  • celur koay teow dan tauge sekejap je, takut lembik
  • cara hidangkan, letakkan koay yeow, udang ayam dan tauge
  • curah sup panas atas hidangan tersebut
  • Taburkan dengan bawang goreng, daun bawang dan bawang goreng
  • kalau nak pedas, racik cili padi and tabur atas koay teow tadi
  • tadaaa ..dah boleh makan

Sesuai untuk hidangan makan malam atau sarapan. Kalau rasa tak cukup lagi bahan kat atas boleh tambah bebola ikan dan poach egg.

 

 

Maggi Goreng for buka puasa

maggi goreng

Macam biasa, sebelum semua keluar pergi ke destinasi masing-masing, I akan amik order. Tanya nak makan apa untuk buka puasa. Kali ni pelik sikit, sbb dorang nak makan maggi goreng. maggi goreng??? ok ok I’ll make maggi goreng. Punyalah tak nak makan nasi kan. Masak 4 paket je. Letak sayur, letak lauk dan goreng. Senang je. Pukul 7 sempat lagi goreng. Buat macam kedai mamak, cuma takde tauhu je. Malas nak beli tauhu kat kedai sebab, asal beli je, rasa dia macam rasa masam sikit. Sambutan maggi goreng??? Memang lah sangat laku. Bertambah-tambah makan bebudak. Suka plak dorang makan. Tukar selera kot, selalu berbuka, kalau tak makan nasi, makan mee, tak pun roti atau pasta. So far for berbuka dah ada chicken chop, laksa, mee, burger, sandwich, pasta , roasted chicken n nasi goreng kot.

Ok lah ni dia resepi maggi goreng

Bahan-bahan

  • 4 Maggi perasa kari – celur sekejap, rencah amik 3 je
  • 1/2 mangkuk sotong yang dah dipotong
  • 1 ketul fish cake
  • 1 mangkuk taugeh
  • 4 sudu kicap
  • 2 ulas bawang putih – cincang lumat
  • 1/2 biji bawang besar hiris nipis
  • 2 biji telus
  • 1/2 biji cili merah cincang – boleh guna cili kisar
  • limau kasturi
  • daun sup dan daun bawang
  • bawang goreng
  • sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  • Panaskan minyak, tumis bawang dan cili hingga naik bau
  • masukkan sotong, kacau sampai setengah masak dan masukkan fishcake
  • Kacau seketika dan masukkan rencah
  • Kacau rata dan masukkan mee, kicap
  • Kacau rata, hingga kicap sebati, dan masuk kan telur ditengah-tengah
  • Biarkan telur masak, gaul rata dan masukka taugeh
  • Masak sekejap tapi jangan biar taugeh layu, dan angkat
  • Hidang dengan daun sup, bawang goreng dan limau kasturi.