Category Archives: Speak Out

Bawa telefon, iPad ke sekolah

Actually, banyak posting nak citer ni..but but sebab kecoh pasal bawak handphone, ipad ke Sekolah kat Twitter, Facebook, Online News, Berita semalaam… Adeeh tak boleh jadi. Nak gak tulis kat sini.

BESTNYEEERRR

Agaknya, itulah yang akan Ashraff dan Afriena cakap. Adooiii… nonsense ok. Me as mother, nak kasi anak bawak benda mahal-mahal macam ni ke sekolah??  NO NO NO

Mungkin kalau my kids, dorang sangat suka, sebab dorang memang expert pasal gadget. Kalau takde sekatan umur untuk bekerja, mungkin I dah suruh bebudak ni kerja kat Kedai Apple. Semua benda boleh godek. And don’t ever reveal your password to them sebab dengar sekali je dorang dah tahu. So Nak bawak gadget pi sekolah??? LUpakan pasal Ashraff and Afriena, ok sekarang ni pun ramai dah student bawak handphone pi sekolah walaupuun takleh bawak . Yang ni memang normal kot untuk sekolah menengah, takyah cakap kat bandar, kat kampung pun sama. Handphone semua canggih. Tapi apa kebaikan?? Tak payah amik jauh ye amik kat area kampung je. Ramai yang terjebak dengan maksiat, sebab start dari handphone, sms, calls,dating, pastu what??? ringan-ringan then berat. Berapa ramai budak bunting? Jangan terperanjat, Budak form 4 pun boleh pregnant yang paling sedih, pergi gugurkan anak. Tu belum lagi citer yang dorang record video dorang tengah project.

Kalaulah beriya sangat nak pakai phone untuk keselamatan ke apa, tak boleh ke pihak-pihak tertentu sediakan landline kat dalam kelas? Ataupun public phone kat area kantin, dewan dan sebagainya. Buat satu prepaid untuk buat phone call. I rasa ni lagi bagus.Bebudak zaman sekarang, pakai phone nak canggih, kang ada yang cikgu dok melepas dalam toilet pun kena record.Tang gadget, kalau beriya sangat nak pakai ipad kat sekolah sbb nak ikut peredaran zaman, bukan ke kat sekolah dah ada computer? Guna je la. Banyak yang tak bagus kalau bergadget bagai kat sekolah. Budak pun nanti malas nak buat review pakai buku and off course semua nak refer kat Wiki. Not everything kat wiki tu betul.

Pernah tak terfikir pada yang tak mampu, kalau dorang tak mampu nak sediakan semua tu untuk anak-anak dorang, Kebarangkalian, wujud perasaan rendah diri pada bebudak tu, Mungkin paling teruk wujud satu jurang sosial. Yang kaya satu group yang miskin satu group? Bukan semua mampu nak beli those thing.Nanti jadi bebanan pulak. Anak tak dapat gadget, merajuk, marah.Pening kepala…patutnya pihak tertentu perlu jadi lebih matang, mengambil berat masalah sosial anak-anak zaman sekarang tapi nampaknya macam nak menambahkan lagi masalah…

Tapi itu atas diri memasing la… , I cuma nampak pro n con je. But for me, I won’t let my kids bawak handphone or any gadget to school unless betul -betul memerlukan contoh kalau Ashraff duduk hostel ke, atau mungkin masa tu, kat sekolah dah paperless, budak pi sekolah kena bawak tab je.. ha itu lain citer. Buat masa ni, apa-apa komunikasi nak buat, I telefon je sekolah atau cikgu akan telefon.Macam hari tuh, Ashraff muntah-muntah dalam kelas, cikgu telefon, suruh datang amik. Or kalau ada benda cikgu nak bincang, cikgu telefon je.Frankly, walaupun my kids adalah kaum yang minor kat sekolah, tapi layanan tetap sama or maybe dorang dapat special treatment kot :)

Taska bedung budak – kejamnya

You all tengok tak yang taska bedung bayi yang ketat tuh? ada yang bedung sampai takleh bergerak , ada yang siap plaster mulut, eh teruk nye dorang ni. Taska jenis apa nih? Baca kat komen dorang kata, Taska kat Kota Masai. Kalau ye pun budak tu tak nak tidur atau nak kasi tidur lama tak payah la bedung ikat macam tu sekali. Buat dorang tertiarap ke, tak ke kes naya, macam mana dorang nak nafas. Yang plaster mulut tu kena? Eh gike ke pengasuh pengasuh ni semua? tengok muka budak-budak alahai sangat lah suci murni, sanggup dorang buat macam tu, macam takde belas kasihan, kasih sayang  langsung.

Hal macam ni lah yang buat I risau and takut nak bekerja walau ada offer. Takut nak tinggalkan anak-anak kat Taska. Takut dorang layan anak-anak I macam ni. Takut kot kot nanti anak nangis sikit dorang marah ke, ikat ke, kurung ke? Sampai hatikan dorang dorang layan budak budak yang tak tahu apa-apa macam ni. Cuba nanti bila dorang tua, dorang dilayan macam ni.

Mungkin pada dorang menyenangkan kerja dorang tapi hakikatnya, benda macam ni boleh beri kesan negatif pada budak-budak ni, mungkin akan ada trauma, takut nak berkomunikasi atau mungkin mewujudkan sifat ganas dalam diri mereka.Tu belum lagi yang kasi budak minum susu, sendal dgn bantal… Yang ni bukan setakat pengasuh je, mak bapak pun ada. Selamba badak je, tolak stroller, kasi anak minum susu sendal dengan bantal…

Yang nak tengok video tu boleh la ke sini, I tak nak letak kat blop sebab nampak kejam sangat.Semoga pihak Taska ni akan diambil tindakan, sita terus pusat asuhan dia. I rasa pengusaha Taska atut dan mesti ada CCTV, supaya senang nak tengok atau pantau kejadian seperti ini mana tau pekerja -pekerja yang saja nak perdajalkan dorang ke kan.

Unifi oh Unifi

Semenjak kami menggunakan Unifi pada bulan Februari 2011 lalu, pada mulanya kami sangat berpuas hati dengan kelajuan melayari internet. Memang laju sangat jika dibandingkan dengan Streamyx. Seronok bila dapat tengok Youtube tanpa lagging dan download movie dalam masa yang sangat singkat.

Sehingga hari ini, speed Unifi masih lagi laju tetapi apa yang membuat kami sedikit kecewa dengan Unifi adalah perkhidmatannya kerap kali terputus, tergendala, rosak dan sebagainya. Yang paling tak tahan adalah dalam dua minggu yang lepas, 5 kali perkhidmatan tergendala dan  setiap kali service down kami terpaksa hubungi Unifi Customer Service.  Sekali down, dalam 2-3 hari baru nak solve dan yang terakhir ini sudah hampir 2 minggu tetapi masih tidak solve lagi…

Agak malang kalau service down hujung minggu or hari Jumaat dimana kami menghubungi TM Custermer Service dan diorang cakap takda technician yang bekerja hujung minggu so kami terpaksa menunggu sampai hari Isnin plak.

Ni satu pengalaman kami minggu lepas.

Selasa – 29 Nov 2011

Telefon tak berfungsi, takleh call-in dan takleh call-out. Call Unifi CS(customer service), dan CS arrange technician datang. Pada masa nih internet dan IPTV masih lagi berfungsi cuma telefon aja yang tak berfungsi.

Jumaat – 2 Dec 2011 – 12:30pm

Pada jam 12:30pm, technician datang rumah untuk check… check punye check takda apa yang rosak cuma mengikut cakap dia card dalam MDF rosak dan kene reboot balik… ok lah tu.. Masalah selesai.

Jumaat – 2 Dec 2011 – 10:30pm

Pada hari yang sama pada jam 10:30 malam…. Semua service Unifi takda langsung dimana phone, IPTV dan internet semua down… Call Unifi CS lagi… seperti biasa la.. dia suruh OFF dan ON kan setup box dan wifi router.. tapi service masih lagi down… then CS cakap ada upgrade kat kawasan saya dan service should be restored on the next morning @ 8am…

Sabtu – 3 Dec 2011

Pagi Sabtu (3 Dis) keesokkannya, dalam kul 10am tak restored gaks.. tunggu sampai petang pon tak retored gaks.. call balik CS… dia cakap dia akan fwdkan masalah ke network team…. Malam Sabtu pon masih takde apa-apa news dan semua service masih lagi down…

Ahad – 4 Dec 2011

Call lagi CS… dia cakap takde technician plak untuk datang check.. so kene tunggu Isnin…. HAMPEEEEEEHHHHH!!!!!!!!!!!! So, kat sini baru faham kalau ada masalah Unifi ujung minggu sekian maklum la kene tunggu sampai hari Isnin

Isnin – 5 Dec 2011

Pagi-pagi lagi dah call CS. dia cakap tecnician is on the way… by 2pm diorang cakap should be an update.. tapi HAMPEH takde… ada la 5 or 6 kali call CS rasernya tapi semua jawapan sama… biasalah jawapan diorang kene forwardkan masalah ke bahagian network untuk solvekan…. Dalam kul 5pm baru service restored.

Selasa – 6 Dec 2011

Telefon plak bagi problem balik.. takleh call-in n call-out balik…… call CS.. Service restored selepas reboot devices. Dalam hati terdetik macam nak kena balik jer nih

Rabu – 7 Dec 2011

Hari Rabu (semalam) dalam sebelah malam…. problem balik ngan telefon.. masalah sama… takleh call-in n call-out… kali nih dah reboot semua devices pon down gaks… call CS…. dia cakap they will attend this problem on the next day…

Khamis – 8 Dec 2011

HARI INI KHAMIS (8 Dis)….. PAGI 8 am.. SEMUA SERVICE UNIFI DOWN BALIK UNTUK KALI YANG TAH KEBERAPA TAH DAH TAK BOLEH KIRA LAGI…. CALL UNIFI CUSTOMER SERVICE….. PON SAMA JUST BAGI ALASAN YANG SAMA DAN SAMPAI SEKARANG NIH PON SERVICE MASIH LAGI TAK RESTORE…

Kepada Telekom Malaysia…. TOLONGLAH PELANGGAN macam kami nih.. kami nak satu perkhidmatan yang stabil bukan perkhidmatan yang kejap ada dan kejap takda macam biskut……

TOLONGLAH………. dari 29 Nov sampai sekarang  nih Unifi masih lagi problem.. takkan sampai nak masuk Aduan Rakyat kot baru nak amik tindakan…

UPDATE : JUMAAT 9 DEC 2011

Setakat jam 10:00am ni.. semua service masih down.. dah call CS diorang cakap diorang dah hantar technician dan kalau technician tak call balik sebelum kul 5.. diorang suruh call balik CS

3:45pm : semua service masih lagi down dan tak terima apa apa call dari technician… nih raser macam dah kene kencing ngan TM nih…. hampeh tul……

Sabtu 10-12-2011 12:30pm :

Technician datang dan tukat BTU,… Alhamdulillah… selesai dan semua masalah dapat diatasi selepas menguji tahap kesabaran kami

AHAD 11-12-2011 7:30 PM

HAHAHAHAHAH… JADI BALIK… TEPON DAH TAKLEH CALL-IN N CALL OUT.. this is really HAMPEH……

ISnin 12-12-2012

Service Unifi dah restore balik.. boleh senyum balik dah

PS: tapi apa-apa pon… sekalung pujian kepada Unifi Customer Service sebab layan kami dengan baik dan tahan dengan kerenah kami