Author Archives: Kheirul Mohamed

DIY Powerbox for Kaki Campers

As-Salam kepada semua Kaki Campers.

Disini saya ingin berkongsi cara-cara untuk buat PowerBox DIY. Untuk kaki campers, sumber tenaga amat penting untuk lampu, kipas, charge handphone dan sebagainya. Kebiasaannya, kaki camper akan bawa powerbank banyak-banyak untuk pastikan bekalan bateri/kuasa boleh bertahan untuk jangkamasa 2 atau tiga hari… TETAPI, kebanyakkan powerbank tidak dapat membekalkan kuasa bateri yg besar. So, kat sini saya berkongsi cara untuk buat DIY powerbox yang boleh ikut citarasa kita nak muatkan bateri besar mana, accessories apa dan yang paling penting, puas hati.

Kat sini saya kongsikan PowerBox Basic version dan PowerBox Advance version.

PowerBox Basic version

  • Battery 12volt
  • Fuse
  • Switch 3 leg
  • Volt meter
  • Output – 12v Cigar
  • Output – 5v USB
  • 12v Battery charger

Wiring diatas untuk setup PowerBox paling simple, nak charge, terus charge kat kepada battery aja.

Untuk campers yang otai, kebiasaanya diorang nak masukkan macam-macam barang dalam PowerBox tu dan ingin integrate solar panel dan inverter untuk support peralatan elektrik rumah yang berkuasa 240Volt

PowerBox Advance version

  • Battery 12volt
  • Multi-channel Fuse Box
  • Switch 3 leg
  • Volt meter
  • Battery Capacity Meter
  • Output – 12v Cigar
  • Output – 5v USB
  • Output – 240v 500/1000Watt Inverter
  • 12v Battery charger
  • Solar Controller
  • Solar Panel
  • Accessories
    • LED Strobe Light
    • LED Lights
Wiring diagram untuk Advance Setup.

OK. let’s go detail now… Apa barang yang korang perlukan untuk buat PowerBox ini.

(****Click pada setiap gambar untuk link)

1. KOTAK POWERBOX

Pilihan kotak paling penting. Bagi saya, saya lebih suka pilih kotak yang sedang-sedang jer. Taknak terlampau besar, tapi mampu muatkan bateri pack secukopnya. So saya beli toolbox bersaiz 16″ jenama Marksman. Kotak ni dapat muatkan 4 biji bateri 7AH. So jadi 28AH..

Click to buy this toolbox

2. Battery 12volt

Ada banyak pilihan bateri 12V dari yang murah sampai la yang tahap bangsawan. Kalau yang budget ciput macam saya… sekadar pakai Lead Acid Battery 7AH (AmpHour) pon dah memadai.. kalau yang ada budget lebih boleh la pakai Lead Acid Battery yang AH (AmpHour) lebih tinggi macam 12AH, 20AH dan keatas. Atau boleh pakai DeepCycle Battery kalau nak tahap bangsawan boleh la pakai LiFePo4 battery.

3. Fuse Box

Kalau simple setup boleh pakai fusebox biasa… tapi kalau nak bangsawan skit pakai la fusebox multichannel.

4. Untuk 3-Leg Switch, Voltmeter, USB Port dan Cigar Port

Saya beli 4in1 multi-panel. Sebang semua ada..tapi kalau korang nak custom, boleh jer beli satu-satu….

5. Battery Charger

Battery charger mesti ada untuk charge bateri tu. Saya guna 20Amp battery charger. TIPS: beli battery charger yang ada smart overcharge cut-off. Ini penting untuk pastikan bateri tak overcharge bila dah penuh.

6. Barang-Barang lain yang diperlukan

2.0mm or 2.5mm Red/Black wire – beli kat hardware shop berdekatan lagi murah.

2mm Red/Black Wire

Female Spade Blade Wire Connectors  – connector ni penting untuk sambungkan wayar kepada battery head dan juga kepada perkakasan yang lain

Banana Jack – ni pon penting bertujuan utk charging port dan juga untuk output port ke inverter.

Aplikasi Banana Jack ni macam saya guna dalam gambar bawah ni. Satu untuk connect kepada Battery Charger dan sebelah sana tu untuk output port ke Inverter 240v.

Hasil PowerBox advance, siap ngan battery capacity meter, led sportlight, led strobe ngan multi panel output port.

Kalau korang perasan, saya juga tambah LED Sport light dan LED Strobe Light kat Powerbox saya.

ini LED Sport light memang super terang gila…. puas hati…

Gambar kat atas ni adalah pandangan dari atas.

Saya juga tambah Battery Capacity Meter dan Banana Jack untuk charging dan output ke Inverter

Battery Capacity Meter

Bateri Capacity meter ini penting untuk info berapa banyak bateri yang tinggal. Tak wajib ada untuk powerbox, tapi ia sangat membantu.

Gambar yang ini pula, macammana saya susun wayar dengan kemas dan rapi serta saya guna 4 channel fuse box. Tips: ikut jer wiring diagram yang saya sertakan kat atas tadi…

Dan akhir sekali, saya juga pakai Solar Panel dan Solar Controller.

Solar Panel

Solar Controller – Solar controller saya guna 30A punye.

Paling akhir sekali, kalau korang nak sambungkan Powerbox ini ke peralatan elektrik rumah yang berkuasa 240Volt, korang kena tambah INVERTER. Carilah inverter 500Watt dah memadaai. Tetapi kalau nak 1000Watt pon lagi bagus. Cuma kena ingat satu aja, lagi besar watt inverter ni, lagi cepat la battery korang abis…..

Power Inverter 1000W

Dan inilah hasilnya, saya pakai 4 biji battery 7AH, Solar Panel dan Controller, 4 Channel Fuse Box.

TAMBAHAN

Ada orang tanya saya, macamana saya tebuk lobang bulat tu…. Saya guna drill dan alat ini….

32mm Step Drill

Coolbox Comparison: Kotak Polystyrene Vs Coleman Cooler

Trend baru selepas PKP/MCO sekarang ni ramai yang beralih arah kepada aktiviti camping. Maklumlah, boarder tutop dan passport takboleh chop. So, ramailah yang start bercamping dari tepi pantai, tepi sungai, tepi sawah hinggalah ke dalam hutan belantara.

Dan sudah menjadi kemestian untuk membawa bekalan makanan dan minuman untuk disimpan untuk tempoh 2 atau 3 hari. Pilihan coolbox sangat penting untuk memastikan kesegaran bahan makanan dan minuman kita dapat dikekalkan.

Secara peribadi, saya membandingkan 2 product ini, Coleman 25L cooler box dan Kotak Polysterene 25L pekak yg beli kat kedai hardware.

coleman cooler box 25lKotak Polysterene
DesignDesign hebat macam golongan kayangan Design ala kadar jer
Durability / KetahananSangat kuat. Sepak tak pecahSangat rapuh. Salah pegang boleh pecah
MobilityAda roda, senang dibawaKena angkat ngan tangan
Ruang SimpananCakap je 25L… tapi tak sampai pon 25L… ini kerana bahagian bucu kotak tu dah melengong skit. Dan bahagian bawah ada kecil sedikit drp bahagian atas kotakRuang memang 4 segi betol, memang 25L… panjang dan lebar bahagian bawah dan atas adalah sama…
Tempoh Sejuk Beku 1 -2 Hari sahaja. Ais akan mula mencair pada hari kedua dan hari ketiga, ais totaly jadi air yang tak berapa sejuk2-3 Hari. Ais akan mencair pada hari ke-3. Dan hari ke-4 pon walaupon cair tapi suhu masih sejuk
HargaHarga Bangsawan – RM500Harga B-40 – RM10
KesimpulanKalau nak bergaya.. pakai la yg ni walaupon tempoh sejuk beku kurang. Kalau setakat day-trip boleh pakai.. tapi kalau nak camping 2-3 malam atau lebih, agak mengechewakantempoh sejuk beku yg boleh bertahan lebih lama. Tak ralat kalau tak tahan pon, sebab harga dia RM10 jer.. kalau pecah beli yg lain.

Secara peribadi saya lebih suka menggunakan kotak polystyrene pekak sebab No.1 murah, tempoh sejuk beku lebih lama, dan tak ralat kalau pecah or kotor…..