Monthly Archives: August 2017

Kitten Food, kita kasi review on behalf

Since dah kucing 2 ekor ka rumah plus sekor kucing jiran, rumah macam ceria dengan jerit pekik anak-anak sbb dok kejar dorang je.

doranglah peneman masak, peneman lipat baju..

Embun, kucing betina yang sangat nakal. Dah dua kali dia terjun dari balkoni sebab dia ingat dia  burung. Pandai ajuk bunyi burung.

The cat is mocking the birdBird watching setiap pagi dan petangMula mula buat suara burung pastu kau "terbang"Semalam adalah kali kedua Embun jatuh ke terbang ke lompatCc: Kheirul Mohamed

Posted by Norhayati Alai Othaman on 27hb Julai 2017

Video Embun tengah bersembang ngan burung. Ruti pagi budak dua ekor adalah birdwatching kat tepi balkoni. Tepi rumah kiterang ni adalah hutan…banyak burung lepak..suka lah dorang

Chemong – Sijantan yang manja tapi takleh duduk diam. Semalam dia pun mencuba lompat dari balkoni…haaa lepas tu kaki terhencut. Kheirul kasi urut..nampak ok dah. Bila dah ok dgn hencut sikit=sikit..masih lagi lari sana-sini

Samel plak kira bodygurad lah. Dia ni kucing jiran, tapi selalu lepak sini. Time sidai baju, berkebun dia ada je meneman. Time mencangkul kat depan tu lah dia lepak tengok orang buat kerja. Boleh harap jaga Embun n Chemong. Pantang nampak orang masak dia pun dok lah tepi tingkap dapur meow meow. Makan semua benda. sandwich, roti krim, ikan rebus n nasi n off course lah kibble. Senang jaga. Nak berak balik rumah dia..lepas berak datang balik. Mandi pun balik rumah

Since ada yang dok tanya pasal makanan anak kucing, haa ni dia siap ngan review gitu. Harga base on Lazada.com. Dah situ senang cek online kan

Tapi selalunya makanan kucing kami beli kat Dewi Pet Shop. Harga lagi murah. Kedai dia  ada kat banyak tempat so senang lah. 

Jenama Harga Kesedapan Keadaan najis Kedaan kencing Nak beli lagi ke tak?

Molly Super-premium Cat Kitten 2.5KG

RM41.50 sedap kot nampak kucing makan lahap. Bau macam ikan bilis Najis sangat berbau. Dah taik mesti bau busuk. Tapi memang busuk lahBau najis adalah skala 5 kencing of course bau hancing giler Tak nak dah kot sbb time nak cuci pasit dia, bau busuk lah
IAMS Proactive Health Kitten 7LBS RM80.09 mungkin tak berapa sedap kot sebab budak dua ekor tak berapa nak makan Najis berbau. Dah taik mesti bau busuk. Bau najis adalah skala 4 kencing of course bau hancing Kalau takde choice beli jugak

Blackwood Kitten Food Chicken Meal & Brown Rice Recipe 1.8KG
RM56.29 Sedaplah tu…makan lahap. Dapat je Blackwood, makan macam 50 hari tak jumpa makanan Najis kurang berbau. Bau najis adalah skala 2 Kencing bau lah sikit Memang akan beli, sebab budak 2 ekor tu suka sesangat

EQUILIBRIO Kitten 7.5 kg
RM157 Kucing makan sikit-sikit tapi habis.. Dorang tau mahal kot so dorang jimat lah tu Najis hampir takde bau. Bau najis adalah skala 0.5 Kencing takde bau hancing Memang akan beli, sebab berak takde bau. Tapi kalau EQ habis kat kedai kena beli Blackwood lah

Harap membantu. Bab kesedapan makanan, bergantung pada lahap kucing makanlah. Takkan tuan punya kucing nak rasa plak kan.  Buat masa ni baru 4 jenis cuba. Dan kesimpulan yang dapat dibuat, Kami akan meneruskan penggunaan EQ dan Blackwood kecuali dah takde stock terpaksa kasi iams lah. Molly maafkan kami, tak nak beli dah. Pening bau najis kucing-kucing. Busuk semacam.