Category Archives: Special Threads

Online Revolution Blogger Contest

Hey yall

LAZADA’s Online Revolution (https://www.lazada.com.my/online-revolution) that will take place from 11 November to 14 December 2017. This is so interesting ❤️❤️❤️

Double interesting if uou join the contest. Just answer the Q below

come on!!!! 

a. Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience? – SKII

b. Which types of products would tyou prefer buying online? – Baby Product, shoes. Groceries .. anything that possible to buy online

c. What to you love about online shopping? – easy and time efficient

d. Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales? Mamypoko Extra Dry

 

Pemenang MasterChef Australia Musim 9 Diana Chan Pulang ke Tanahair untuk Sambutan Hebat Lifetime!

Wira masakan negara, Diana Chan bakal pulang ke tanahair buat kali pertama sejak kemenangannya yang gempak di MasterChef Australia Musim 9 tayangan Lifetime (Saluran Astro 709)!

Diana dilahirkan di Sitiawan, Perak dan dibesarkan di Johor Bahru. Beliau mendapat inspirasi memasak daripada masakan Peranakan ibubapanya di rumah sebelum berpindah ke Australia untuk menyambung pelajarannya dan selanjutnya bekerja di sana

Bulan lalu, akauntan berumur 29 tahun ini menjuarai siri TV realiti masakan popular tersebut dan memenangi hadiah utama sebanyak AUD250,000 (RM834,000) secara tunai. Perjalanan tiga bulan yang epik Diana disiarkan di Lifetime;

Tonton  semula perjalanan kemenangan Diana dengan adegan terbaik MasterChef Australia Musim 9

dari: 14 Okt – 4 Nov 2017, Setiap Sabtu, 12tgh di Lifetime (Saluran Astro 709).

Untuk menyambut kemenangannya, Diana pulang ke Malaysia untuk bertemu dengan peminatnya di Kuala Lumpur. Beliau akan berkongsi pengalamannya yang luarbiasa dan menjawab semua soalan peminat, serta mengadakan demonstrasi masakan istimewanya.

Finalis Malaysia MasterChef Asia, Jasbir Kaur dan Marcus Low, juga akan menjadi sebahagian daripada acara tersebut dengan aktiviti demo masakan masing-masing.
Jangan terlepas peluang keemasan ini!

Anda sema di jemput hadir ke acara berikut:

Pemenang MasterChef Australia Musim 9 Diana Chan Pulang ke Tanahair untuk Sambutan Hebat Lifetime!
Tarikh: 7 Oktober 2017, Sabtu
Masa: 12tgh – 6ptg; Penampilan Diana dari pukul 3ptg – 5ptg
(Pendaftaran media pada jam 2.30ptg)

Tempat: South Court (Tingkat Bawah) | Mid Valley Megamall
Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Facebook Live: Acara ini akan disiarkan di Facebook Live di @LifetimeAsia untuk membolehkan peminat lain menyertai sambutan ini.

TV: Tontoni semula perjalanan kemenangan Diana dengan adegan terbaik MasterChef Australia Musim 9 dari 14 Okt – 4 Nov 2017, setiap Sabtu, 12tgh di Lifetime (Saluran Astro 709)

Resepi Laksa Kelantan

Lagi berapa hari nak mula puasa kan? Bila puasa je je orang dok fikir pasal nak makan apa. Macam kami satu keluarga, Menu berbuka mestilah simple. Tak payah nak masak 5-6 lauk untuk berbuka. Makan simple apa yang ada je. Mostly masak sendiri lah. Lagipun..bukankah puasa untuk untuk melatih kita bersabar , melatih kita untuk berjimat…Jangan membazir makanan. Ingatlah ada lagi yang susah, yang nak makan pun susah. Janganlah anggap puasa adalah bulan untuk berpesta makanan. 

Kami sekeluarga suka makanan yang dimasak dirumah. Kalau tak masak kita berbuka dimasjid je. Dan macam saya, saya ada makanan kegemaran sema berpuasa. Makanannya adalah Laksa Kelantan. Hehehe..buat sendiri lah sedap, kalau beli mesti ada yang tak kena. Ada  terlebih manis lah, kadang terbasi, rasa kuah kurang ikan lah..kerabu tak cukup lah… Buat sendiri je senang.

Nak resepi? Ini resepinya

Bahan A:
Laksa kering- rebus sampai masak… biar overcook sikit baru sedap

bahan B (kuah)

  • 10 ekor ikan sardin
  • santan kara 2 kotak
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 10 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • air secukup nya
  • garam
  • 10 keping asam keping
  • gula

bahan tabur

  • daun kesum
  • bunga kantan
  • kacang panjang
  • timun
  • tauge
  • sambal belacan – mesti kena pakai cili padi baaru ummphh and belacan + asam limau kena lebih

cara-caranye:

rebus ikan dengan sikit air, 10 asam keping and garam sikit. rebus semalam sebelum lagi bagus. saya rebus pagi untuk makan malam, so asam dia akan serap dalam ikan
then, asingkan isi ikan. separuh isi ikan di mesin bersama bawang- bawang, halia dan lada hitam. mesin dengan sedikit air sampai lumat. lagi separuh tumbuk sampai lumat. pastu mesin tulang-temulang ikan dengan air rebusan, then campur dalam ikan yang telah ditumbuk/mesin(jgn lupa tapis nye, kalau tak tercekik tulang) lepas tu masak dengan santan, taruk 2 keping asam yg yang telah digunak masa rebus ikan tadi. masak hingga mendidih, kalau pekat sgt campur air . rasakan dengan garam, gula.tutup api then boleh makan.

Cara hidangan:

Ambil laksa, sendukkan kuah letak kerabu atas laksa, sambal dan jangan lupa belacan.bila makan laksa, dengan rasa kesegaran kerabu campur plak sambal dia yang pedas berdesing lepas tu tergigit plak belacan…adehhhh sedap gilerrr..

BAhan-bahan nak masak laksa senang je. Semua boleh cari kat kedai runcit atau pasar kan. Tapi kan Lazada pun ada jual laksa lah. Kalau tak jumpa laksa kat kedai, beli je kat Lazada hehehe..amacam? sempoiiii

Tak caya tengok

MAcam saya…saya memang suka kalau groceries ada jual kat Lazada. Senang kerja. Saya beli je laksa ni kat Lazada

Haahaha orcer je bila-bila masa ..buat stok. Bila nak masak barang dah ada. Sekarang ni Lazada buat  Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale dari 19 May hingga 30 June 2017..hah apa lagi serbulah..sebab ada diskaun sampai  90% gitu…

Best kan?