Monthly Archives: March 2010

Masakan semasa berpantang

Dah malas dah nak tulis pasal menu berpantang nih.. tapi cerita pasal makan.. mesti nak gaks share…..

Antara menu yang boleh dijadikan pilihan semasa berpantang nih adalah:

Ikan Bawal Putih Steam

Ikan bawal putih steam nih.. lawan dia ngan Sayur Bayam Rebus….

selain drp tu….  Sup Ikan Merah pon sedap gaks untuk dijadikan lauk utama semasa berpantang

hah.. kalu pekener sup ikan merah ni lawan dia ngan sayur kobis….

kalu nak resepi.. pepandai ler search resepi kat sini yer….. nun ada kat hujung atas sebelah kanan blog nih

Gambar lama

Hari ni dok belek-belek storage… terjumpa plak gambor saya masa zaman muder remaja…. gambor nih diambil pada tahun 1998 sebelum arwah abah bersara dari perkhidmatan disana.

gambor nih kat depan Sphinx kat Giza Egytp….

Masa saya pi sana hari tu.. tgh dok musim sejuk. So, bila angin bertiup.. rase sejuk sampai ke tulang tu.. kat tgh padang pasir pon sejuk gila…

Ni gambor family kat sana. Yang paling hensem berkupiah putih tu ler arwah datuk saya… Ummi saya yang kat tgh betudung merah tu, nenek sedara saya yang dok antara Ummi saya dan datuk saya. Paling kiri sekali sepupu saya dan couple husband and wife tu kira saudara gaks ler. Gambor ni ada cerita… masa kita orang pi site seeing kat sana, polis Mesir nasihat suh bawak polis pengiring, dan arwah abah cakap panggil orang paling besar sekali suh jadi polis pengiring… sampai-sampai jer nah mak datuk… tinggi giler.. lebih 7 kaki tinggi  mamat tuh…..

ni gambor naik unta… pengalaman naik unta nih yang paling best masa unta ni nak landing…. silap-silap boleh tersungkur….

oklah….. nanti kalau terjumpa gambor menarik lama-lama lagi saya post lagi….

Mana satu yang berkenan dihati….

Nih sekadar penyedap hati aja nih sebab nak beli tak mampu.. so mula-mula pasang angan-angan mana tahu diberi rezeki oleh Allah S.W.T……..

1. Toyota Isis Platana

  • 1.8 litre
  • 7 seater
  • RM109,000

2. Honda Elysion

  • 2.4 litre
  • 7 sitter
  • RM175,000

3. OR PAKAI AJA YANG ADA SEKARANG NIH

  • 2.0 Litre
  • 7 Seater
  • RM………. bulan bulan bayar…………
  • takyah pening paler nak keluar downpayent, bayar itulah.. bayar ini lah….
  • kereta pon tip top condition