Tag Archives: Phuket

Tempah Suit di Phuket : Raj’s Tailor

Kalau ke Siam, inilah yang di cari. Pernah buat kat Hatyai kali ni kat Phuket plak. Kat Hatyai, dia ada sikit outdated lah kalau dari segi fesyen nya sebab tailor dah tua. Ni buat kat Phuket nampak ada style sikit. Sebab Tailor muda, full of idea. Cara melayan pun bagus. Senang je Raj’s Tailor ni, Nak cari dia senang sangat. Kedai dia bertentangan dgn Kusuma Seafood.Kita orang sampai malam tu terus pi masuk kedai ukur. Sejam  lepas ukr, terus fitting untuk jacket.Yang buat tu Kheirul je lah, I nak buat pun…bukan nya pakai pun lain lah kalau kerja kan.

image

I rasa itulah Raj tapi entahlah ye ke tak… Burma mari kot. Tapi English dia bagus. Senang nak communicate

image

Tukang ukur ialah tukang jahit

Oh ya..harga untuk suit (jacket + seluar) adalah dari USD$100. Yang tu tengok kain lah. Lagi mahal kain lagi mahal lah harga dia.  Siap dalam masa 24 jam. Tapi yang ni kiterorang amik lepas 24 jam lah sbb bukan nya dah nak balik pun.  Malam kedua pergi lagi, sebabnak fitting seluar dengan jacket lagi sekali.  Lawa jugak jahitan dia, lepas tu design dia yang bagus nye boleh tutup sedikit kebuncitan kat perut. Recommended lah sapa nak buat jacket ke seluar ke, atau kemeja, dress atau sebagainya sebab dorang ni sangat friendly, bukan 2 alam gitu, tulen bang…. dan begitu sabar melayan bebudak.

image

Sebab dah kenyang..behave lah semua

image

kejap je lah

Kheirul hari tu buat 2 seluar, satu jacket, 2 kemeja dengan harga tak lebih dari RM800. You all kena tawarlah sebab kalau tak tawar , harga memang cecah RM1000. Lepas tu dapat plak 2 neck tie free. Ok lah . Kheirul cakap best pakai sebab kalau seluar beli siap mesti ada yang tak kena. Terbesar lah…terkecil lah…

Nanti next time nak pergi nak buat jugak lah

GPS Waypoints to Krabi & Phuket

tt1

Salam semua. Ini nak bagi Tips memandu ke Krabi dan Phuket skit

Setiap hari ada aja orang tanya saya “kalau nak travel ke Siam by car camne? “ or “Weh! hari ko pi Siam ko ikut jalan mana?” or “Bro! ko boleh forwardkan aku GPS koordinat pitstop masa ko pi Siam hari tu boleh tak” or seangkatan dengannya.. so untuk mempermudahkan lagi saya sertakan Waypoint Route dari Bukit Kayu Hitam ke Krabi & Phuket. Korang yang dah season driving kat Siam tu mungkin dah familiar dah so takde la hairan sangat cuma kepada yang first timer yang nak driving kat Siam tu boleh guna GPS Waypoints ni sebegai rujukan untuk pitstop, makan dan sambung perjalanan ke destinasi yang dituju.

Ok.. Skit penerangan… Jumlah Jarak dikira dari border Bukit Kayu Hitam dan Beza Jarak dikira beza antara Lokasi ke Lokasi selepasnya. Jalan yang korang kena ambil adalah Thenom Phet Kasem (4). Ingat tu Thenom Phet Kasem dan kod highway tu adalah (4)…. Dari Hatyai ke Phuket korang perlu belasah Highway nih aja….

Waypoints Route dari Bukit Kayu Hitam ke Krabi (Ao Nang Beach)

#LokasiJumlah JarakBeza JarakGPS Koordinat
1Kastam Bukit Kayu Hitam0 km0 kmN6 30.744 E100 25.201
2Caltex – Phet Kasem62.2 km62.2 kmN7 00.432 E100 24.823
3Rest Area Trang (Halal)192 km129.8 kmN7 33.627 E99 42.921
4Caltex- Krabi327 km135 kmN8 06.364 E98 54.972
5Aonang Beach Krabi347 km20 kmN8 01.908 E98 49.308

Nota:

– Untuk ke Krabi.. syor sangat-sangat untuk berhenti di semua lokasi diatas dan perhentian WAJIB adalah pada No.3 (Rest Area Trang)

– Jangkamasa perjalanan dari BKT ke Ao Nang (Krabi) dalam 3 jam setengah hingga 5 jam… bergantung kepada cara korang drive.

Waypoint Route dari Bukit Kayu Hitam ke Phuket (Patong Beach)

#LokasiJumlah JarakBeza JarakGPS Koordinat
1Customs Bukit Kayu Hitam0 km0 kmN6 30.744 E100 25.201
2Caltex – Phet Kasem62.2 km62.2 kmN7 00.432 E100 24.823
3Rest Area Trang (Halal)192 km127.8 kmN7 33.627 E99 42.921
4Caltex- Krabi327 km135 kmN8 06.364 E98 54.972
5Esso Ao Luek367 km40 kmN8 23.193 E98 44.492
6Rest Area & Fuel – Mueang406 km39 kmN8 25.885 E98 31.163
7Patong Beach501 km134 kmN7 53.867 E98 17.756

Nota:

– Untuk ke Phuket. Perhentian WAJIB pada No.3, No.4 dan No.6.

– Satu lagi.. Orang Gila aja yang akan terus pi Phuket dari KL….. so pitstop perlu dirancang dengan baik….

– Jangkamasa perjalanan dari BKT/Danok/Hatyai ke Phuket (Patong) dalam 5 jam hingga ke 7 jam.. so rancanglah perjalanan korang semua…

Tambahan GPS Point of Interest (POI)

Ni ada skit tambahan untuk korang sebagai bonus…

#LokasiDaerahGPS Koordinat
1Salma Halal RestaurantHatyaiN7 00.374 E100 28.354
2Hamid Restaurant (Halal)HatyaiN7 00.371 E100 28.295
3Lee Gardens PlazaHatyaiN7 00.336 E100 28.288
4Klonghae Floating MarketHatyaiN7 02.718 E100 28.478
5Ao Nang MosqueAo Nang,KrabiN8 02.119 E98 49.872
6Kasuma SeafoodPatong, PhuketN7 53.979 E98 18.002

Nota: kalu nak tambah or kongsi GPS koordinat tempat-tempat menarik.. ajukan kat ruangan komen ok

Ok Sekian terima kasih… kalu korang suka tekan LIKE… pas tu kalau ada apa-apa pertanyaan… sila ajukan kat ruangan komen..