Restoran Sup dan Popiah, Zaiton Husin

Kali kedua ni pergi makan sini. Dulu pergi masa Ashraff baru lepas bersunat.  Sedap .. Rasa yang sama harga mungkin berbeza. hahahaha

Ni semua sbb tengok destinasi budget lah ni. Order sup sorang satu dan popiah 2 set. Rayyan tak makan sbb dia dok meraung nangis. Panas lah tu.

popiah

popiah satu set- 2 ketul… pastu siap bungkus lagi

sup campur

Sup campur. Sepatutnya I punya tapi sebab ada hati dalam tu…I cannot eat already. tukar ngan kheirul. Dia kata sedap. Ada perut, ada macam-macam lah dalam tu.sup rusuk kambing

Sup rusuk kambing- 1 untuk mama, satu untuk Ashraff. Sedap, lemak berkrim badan terus berpeluh

Afriena plajk makan sup puyuh. tiada dalam gambar. Habis licin dia makan. amazing, awesome… sebab jarang dia makan licin. Dia kata sedap n macam nak pergi lagi. Sup-sup ni semua best cicah roti benggali. Sedap. Rayyan tak makan sbb dia nangis. Biarkan je dia.

Tak nak komen banyak tengok je gambar dia. Nak pi makan kena pi sendiri

N0 9 Jalan Puah Jaya
Taman Setapak
Setapak, Kuala Lumpur

Belakang( ke tepi) Masjid Setapak

LAZADA: Main Game , Menang Voucher

I love online shopping. Senang … tak payah keluar pi mall untuk shopping. One of my fav online store adalah Lazada. Selalu kalau beli ngan lazada mesti ada voucher. Itu yang menarik tu. Sapa tak suka voucher kan? So , sekarang Lazada ada berita menarik..sangat menarik.

Shopcoupons  is hosting a game in conjunction of Lazada 4th Birthday Sale! So here is what you can do to win these Lazada vouchers!

Senang je nak join

Step 1

click link ini  LAZADA 4TH BIRTHDAYA SAL

Step 2

gift

Step 3

Collect  Points

Step 4

lepas tu cukup masa tengoklah sapa menang… mungkin anda? kena rajin kumpul point.  Top 5 menang voucher

lazada

Menarik tak? apa lagi…rajin-rajin lah kumpul point ye you all. jom main game ini.

game

 

Penang Har Mee

 

1Dah lama tak makan mee udang semenjak foodcourt yang kat Lot 10 tu tutup. Kat situ mee udang dia sedap. Mee udang penang .. ada yang panggil Penang Hokkien noodle, Har mee.  Bercerita pasal mee udang pun dah rasa macam menitis dan tertelan air liur. Mee Udang biasanya kena ada rasa manis udang, ada rasa pedas sikit..

Sabtu lepas pergi spermarket saja cari barang dapur, so Kheirul lah tetiba cakap, kita masak mee udang nak? perkataan “kita” mengambarkan sesatu yang harmoni iaitu masak bersama. Tapi takdenya hahaha I masak sorang je.  Bahan utama untuk masak Mee Udang ialah udang. Carilah udang yang sangat segar

2

udang kena segar. Beli yang hidup..sampai rumah dia dah mati hahahah

3

anak-anak suka fishball so letak fishball

Berikut adalah bahan-bahan

  • 10 ekor udang besar yang segar
  • 15 biji fishball (nak pakai fishcake pun boleh)
  • isi ayam
  • telur ayam 3 biji
  • stok air rebusan udang
  • air rebusan ayam
  • segenggam udang kering
  • 2 sudu petis
  • bawang merah 5 biji – hiris
  • bawang putih 2 – hiris
  • 2 sudu kecil serbuk cili
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 sudu kecil gula merah
  • garam secukup rasa
  • sedikit kangkung – anggangan dalam setengah mangkuk
  • mi kuning

Cara- cara

  • tumis bawang, udang kering (yang telah ditumbuk) ,serbuk cili dan bunga lawang sampai naik bau yang wangi
  • masukkan air rebusan udang dan ayam
  • masak hingga mendidiih
  • rasakan garam gula
  • biarkan kuah mendidih dan masukkan fishball. Biarkan selama 10 minit
  • sementara kuah mendidih, celur mee, udang, ayam dan sayur dan rebus telur
  • Bila semua dah selesai, hidangkan
  • Cara menghidang, Letak mee kuning, diikuti kuah dan disertakan separuh tel;ur rebus, isi ayam, udang, fishball dan sayur dan tidak lupa sambal cili

Cara buat :

Stok air rebusan udang – ambil kepala udang, kulit udamg, tumis sedikit lepas tu letak air 3 mangkuk, rebus dalam 10-20 minit, lepas tu kisar kepala udang bersama air rebusan dan tapis

Stok ayam – rebus tulang ayam bersama 2-3 mangkuk air selama 1 jam

sambal cili – tumis cili kisar dengan minyak, letak belacan sikit rasakan garam gula . Tumis sehingga garing