Halal Buffet, Steamboat dan Grill di Koh Yo, Songkla

Hari kedua di Songkla…petang tu lepas swimming nak keluar cari makan. Hajat di hati nak cari makan kat tempat yang kawan Kheirul suggest.

IMG_0437 So kita ikut kata uncle papago cakap lah nak pi tempat tu. tempat makan tu kat atas pulau.Dia ada dua jalan, satu boleh ikut jalan jauh lalu atas jambatan, satu lagi naik feri. Masa pergi kiterang naik feri. Bayar Baht 20 . Naik Feri. Dekat je.

IMG_0445

Dok atas Feri pun tak sampai 10 minit. Tersengih semua orang naik feri sbb benda bukan selalu buat. Beratur naik feri taklah lama sangat..  feri selalu ada. Tunggu 15 minit je. Sepanjang duduk Songkla, 3 hari 2 malam pakai tudung sama, sbb beg untuk Songkla, terlupa nak isi tudung. Beg untuk balik kelantan yang ada tudung 3 helai. Nampak muka monyok Rayyan tak? Dia lapar . Nak nasi goreng seafood.

IMG_0447

suasana atas feri…. Sepanjang dok atas feri, Rayyan dok bising, lambat lagi ke sampai, Rayyan lapar, nak makan nasi goreng seafood. Hish budak ni.

Collage1

Oleh kerana dia dok bising dah macam nak nangis..lapar lapar lapar… slepas Kheirul cakap, ni kalau kita jumpa kedai makan halal, kita berenti je. Mungkin rezeki kedai ni, sampai je nampak cop halal, terus berhenti. wah wah..Terus tanya ada nasi goreng tak kat sini…pekerja tu cakap… Ado belako kak… kito wak buffet. Kak mari masuk tengok dulu. Wah best lah kedai sini. Feel like at home. macam balik kelate. Dah lah dalam kedai mostly Orang siam cakap kelate..lepas tu dia suruh tengok makanan kat dalam tu, rasa amcam macam nak pekik je. Banyak ny dessert. Bukan aiskrim tapi, makanan yang susah dapat. Sira ubi, sia labu, pengat pisey, lochong, sagu, pulut hitam… tah macam macam lagi. Sedap nya.Collage2

Mau tak pekik… semua I suka makan, kena pulak dengan bebudak yang suka makan desssert kan… Sampai je, terus cedok nasi goreng kat Rayyan, lepas tu cedok pengat p[isang, letal labu letak semua benda dalam mankuk, Makan dessert dulu.

Collage3

Habis semangkuk dessert baru pergi ronda tengok apa makanan yang ada. Punya banyak. Dari tomyam, kerabu,. masak merah, nasi goreng, mee, kari hijau, semua jenis makanan siam kot

IMG_0469

Tu baru buffet tau, belum lagi tengok yang Grill and steamboat dia. Very classic tempat grill dan steambot.I like.Dalam bekas ni, dia letak arang lepas tu dia letak periuk special yang boleh buat steamboat dan grill.

IMG_0472Ni memang fav kiterang sat family. Haaa macam macam boleh bakar. Dorang suka makan ayam dan daging. Nampak macam tak selera je daging tu, tapi bila makan..WOW sedap. Rasa perapan dia light tapi sedap. Memang tak payah cicah sos dah sebab sedap.  Memang banyaklah Ashraff makan,

Collage4Haaaa pilih je apa yang nak makan. Kalah hotel yang bayar seratus lebih kalau makan kat sini. Udang dia fresh. Rayyan suka. Dia suka rebus pastu bakar. Manis kot rasa dia. Pastu  tengok bermacam mee dia ada, turun bawah sikit, buah-buahan dan colek buah dia. Yang ni tak sempat makan..bukan apa perut dah penuh. Lagipun memang tak plan nak makan buffet pun. Takpe… next time kita pergi. Pergi ramai -ramai sikit baru best

Collage5

MEsti terpikir-pikir berapa harga makan kat sini???  Harga buffet kat sini cuma 150B sahaja untuk dewasa dan untuk bebudak cuma 100B. Rayyan dia caj 89B. Dia kata budak aluh ni 89B jah. Hahahaha budak halus lah… dia makan banyak jugop nih. Subhanallah murah nye makan. Semoga dipermudahkan rezeki tokey kedai ni. Tak kedekut langsung. Tak kedekut rasa, tempat bersih, even lantai kedai pun bersih, Ashraff kata toilet pun bersih, siap ada surau. Nampak tak kerabu kaki ayam. Hari tu makan…sedap gila. Pedas boleh tahan, tahap  macam mau perang pedasnya (tu indicator pedas BIL kalau I tanya pedas tak lauk tu?)… tapi boleh tahan. masam , manis pedas semua cukup. Serious nak pergi lagi. Suami ku please boleh pergi lagi tak??? please please please

IMG_0480

Sampai malam jugak kiterang makan. Tengok lah suasana dia. Dari takde orang sampai lah ada orang ramai. Lepas bayar, makcik kedai tu cakap… mari lagi na..

IMG_0478

Tapi uoll jangan tanya nama kedai… Kiterang tak reti baca bahasa Siam ok.  Jadi bila ke sana, Cari papan tanda ni, Kalau nak ke Ko Yo… Ko Yo ni pulau kecil, naik Feri turun dari Feri, belok kanan jalan terus. jalan terus, Nampak signboard ni, kasi signal. Nanti ada tukang jaga parking yang tunjuk parking. kat kedai ni tak banyak tempat parking kereta, yang banyak pat parking motor sebab mostly orang sini pakai motor. Jangan risau mesti jumpa tempat ni sebab dia besar giler. Tak jumpa jugak tanya orang tepi jalan, mana tempat makan buffet steamboat tak pun tanya chimchum tak pun tunjuk je, gambar ni. Insya Allah jumpa.

Sangat berbaloi makan sini. Walaupun tak mampu nak makan semua yang terhidang, cuma mampu makan sikit sikit setiap benda, tapi alhamdulillah semua sedap. Sedap sangat.

GPS: N 7 13.396 E 100 34.187
MURAH OOOOOOOOO RM16/pax mana mau dapat sekarang makan sampai pengsan!!!!!

7 thoughts on “Halal Buffet, Steamboat dan Grill di Koh Yo, Songkla

  1. Ruzana

    Bestnya tempat tu.. banyak makanan. Susunatur dia pun menarik..kemas je.
    Marvellous.. lavish.. Kalau sampai sana, kena cari balik Blog sis ni.. sebab nak tengok balik signboard tu.. hehe. Saya nak copy link ni kat blog saya lah!
    TQ!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.