Malas betul

malas

Ni namanya malas. Malas nak nak makan sambil duduk. Dia baring. Tengah makan apple semalam. Sambil makan sambil eja apple. Lepas tu buat chinese homework. Lepas tu dia boleh cakap dia malas nak gigit apple. Dah cakap dah apple tu mama potong baru senang makan…tak nak dia nak gigit sebiji apple. last mama yang tolong gigitkan pastu suap mulut dia. Sebiji apple habis dia makan.

BESTARI National Inter-Islamic Schools Taekwon-Do Championship 2016

Ni kira pertama kali lah ada event special untuk sekolah-sekolah agama. Dan kira pertama kali lah anak-anak didik kami masuk tournament wakil sekolah. SOme of you mungkin tak tau kan, Kheirul n I ada mengajar taekwondo kat sekolah tahfiz. Every Friday. Kelas start  pukul 5 – 7. Sejam pertama I conduct lah. Buat warm up, stretching yang menyeksakan..well I love stretching. Buat split tu tu kira fav lah. hahahah masa ni lah nak kenakan bebudak. Actually I ada gak mengajar kat tadika. Suka bebudak tu. Kadang kalau tak jumpa seminggu time kelas je, ada yang datang peluk cakap sayang cikgu. heheheh see.. ada yang datang suruh ikat rambut, suruh dengar cerita.. ok lah . kids I love kids

Anw, yang kat sekolah tahfiz ni,  2 minggu nak tournament baru kita decide nak hantar wakil. Sebab tak confident plak rasanya nak hantar dorang. Tapi dorang bersungguh ni. Dalam kelas tu ada dalam 33-35, tapi kiterang pililh 6 orang je. Pemilihan bergantung kepada disiplin (ni penting sebab nak wakil sekolah) lepas tu baru bakat terpendam. Dalam 6 orang tu , 4 orang darjah 5, 1 darjah 6 n satu lagi darjah 4. Ashraff n Afriena antaranyalah sbb dorang paling senior dalam taekwondo sekolah.

Sehari sebelum tournament tu lah sempat training pattern dan sparring. Semua  excited. Sebelum ni Kheirul dah ajar techniques sparring, tapi friday tu Kheirul busy, so kena handle sorang lah. OK lah ajar dorang… ajar tips pastu kasi semangan sikit pastu pesan jangan takut. tu je. Macam mak -mak ajar anak.

On the day it self, masa hari kejadian… alhamdulillah Sekolah tahfiz fuqaha berjaya bawak balik 4 pingat. 2 perak, 2 gangsa. Ok lah . Sebenarnya tak target pun pingat sebab first time kan. Ni pun pergi sebab nak bagi dorang dapat pengalaman baru. Mau tak happy. Afriena pun menang pingat untuk sparring. Gangsa je. Patutnya ada can menang emas atau perak tapi dia tak larat, nampak pucat sbb hari panas .. so dia mintak stop. Takpe. next time cuba lagi. Ashraff tak menang . frust dia. Nak buat macam mana, awak badan berat, so saiz tak sama lah bila lawan ngan orang tinggi berat sama. boleh cuba lagi.

ok lah layan gambar-gambar

image

12524133_674619852677481_199671796415187146_n 12670904_674619882677478_7877910930676034485_n 12923276_674619839344149_2267324971102486520_n 12923326_674619946010805_8544020986978496140_n

image

Rayyan is 6

baby

Ni masa baby..senang jaga. kenyang tido. Sekarang kenyang, duduk kejap mama Rayyan lapar lagi. Lapar sikit je, lapar banyak plak.Takpe asalkan sentiasa sihat

Esok birthday Rayyan. Rayyan nak bawak kek tak ke sekolah?

tak payah lah…nanti habis kawan makan

Aiyoooo…kedekut betul budak ni. Ingat lagi masa last year ada party kat sekolah, I buat creampuff. Balik sekolah tu dia nangis-nangia sbb creampuff dia habis di makan oleh kawan-kawa dan cikgu. Dia ingat makanan yang dia bawak tu untuk dimakandia sengsorang?

So birthday dia, memang tak buat kek pun, sbb dia tak suka kek yang ada cream. Kat rumah kalau buat cupcake, dia siap pesa, nak yang kosong je. butter cake. Senang betul. Kek yang ada frosting dia tak makan. senag kerja kan? Malam plak dia request nak makan KFC. So bungkus jelah . Mula-mula ingat nak makan luar, tapi sbb abang n kakak ada tusyen so bungkus lagi cepat. Terpaksalah mama dia makan KFC.

Dah 6 tahun dah Rayyan ni. tapi masih lagi sneak in bilik mama tumpang tidur. Kalau tak tidur ngan mama, dia ajak abang n kakak tidur luar. Bebudak ni suka kalau dapat tidur luar. gayanya macam dapat camping lah. Last few days kan panas, dapatlah tidur luar sejuk sambil layan movie ramai-ramai.

tapi tengok lah gaya dia tidur

rayyan1

macam ni lah gayanya kalau dia tidur… tak kira dimana sahaja

rayyan2

bertabahlah Ashraff

Dah besar dah Rayyan. Banyak cakap, banyak akal. Suka belajar math. Tapi malas nak menulis . Tahun depan darjah 1. Bermula lah episod anak darjah 1 nanti.
memm

Ni masa kecik-kecik dulu… cute je…dah besar lain dah rupanya. Semoga budak bertiga ni sentiasa sihat, jadi anak soleh dan berjaya dunia akhirat

Happy birthday Rayyan…