You all pernah buat fishball sendiri? Dulu I rajin la buat masa Ashraff n Afriena kecik-kecik dulu, maklumlah Maid jaga anak, so I kena make sure semua makanan adalah selamat untuk di makan, Dulu masa ada maid, penat sama je dengan takde maid, pagi dah bangun sebab nak masak lunch untuk budak 2 orang tu sebab I tak percaya maid masak untuk anak-anak. Every morning mesti masak, Buat sup telur, sup sayur, mihun sup dan macam-macam sup lagi. One of their favourite adalah fishball soup. Fishball buat sendiri. senang je.
I buat fish letak sayur siap-siap, so dorang nanti kunyah dan telan je. Untuk bebudak yang tak makan sayur boleh lah campur sayur siap-siap plus bila dah buat macam ni, nampak lagi menarik. Buat fish ball soup pastu makan dengan alphabet pasta tak pun dengan mihun.
Resepi fishball
- 1/2 mangkuk kecil isi ikan tenggiri
- 2 sudu tepung kanji
- carrot, daun bawang, daun sup
- salt and white pepper to taste
METHOD
- gaul semua bahan
- bulatkan doh mengikut saiz kesukaan anda
- rebus dalam mendidih sehinggan dia timbul. makna nya masaklah tu
Untuk lebih rasa , masa rebus tu, dalam air rebusan boleh letak, sikit daun bawang, bawang putih. Air rebusan juga boleh di buat sup, just tambah garam dan lada putih je.
Selamat mencuba