Tag Archives: Birthday

Birthday encik suami

Hari kejadian adalah 18 Jan 2020. Plan ngan Afriena buat surprise. Hahahah, taklehshare ngan boys Kang kejap kejap tanya…Kek settle tempah ngan homebaker . Sebab nak something yang premium, kurang manis . Taknak yang Kat kedai sbb Kat kedai selalunya manis terlampau, pastu kek sama je sokmo.

Sabtu kebetulan anak² yang sekolah menengah Ada merentas desa so habis xtvt dorang baru boleh celebrate. cake pun , the baker yang delivered it quitely.

Moist Banana Alted Caramel cake with cream cheese frosting.. sedap sangat. Sebijik ni dua Hari je langsai semua.

So pukul 12 camtu anak²sampai, terus ambil keluar kek,then panggil papa. Konon cakap Ada orang Cari. Menonong dia keluar pi depan..hahaha Tak perasan dia ngan kek atas meja. Simple je. Nyanyi Birthday song..pastu makan kek pastu keluar lunch. Kami keluar makan nasi budu Kat A Hassan , Awan besar. punya lah lama Tak makan budu..fuhhh sedap betul..

Dah setahun kot Tak datang. Masing² berselera makan. Anak jepun suka na dengan ayam Kampung goreng.
Ada ulam, sayur celur, budu, gulai kawah,telur itik masak lemak, paying tempoyak which Rayyan je yang makan kot, ayam Kampung goreng,and off course budu
Birthday man..sambil makan sambil tidurkan anak. ❤️❤️❤️
So kecik yang Tak berapa kecik taknak duduk kerusi VIP dah.. semua nak Sama ngan orang lain.kalau Kat rumah pinggan pun taknak pinggan plastik, dia nak pinggan kaca macam orang lain
My plate… mcm nak repeat plak

Anw..Happy Birthday Papa..semoga sentiasa dirahmati Allah.

Happy 8th Birthday Ashraff

Alhamdulillah hari ni genaplah Ashraff 8 tahun. Pukul 12.34 karang la. Teringat lagi, 8 tahun dulu masa nak beranakkan dia. Dah lah overdue pastu takde rasa nak sakit adehh. PAgi nak pi spital tu relax je maklum lah spital ngan rumah dekat. Masa tu dok Seputih. Dekat giler. Pi Midvalley boleh jalan kaki, pi KL Sentral lepak je jalan kaki. Best betul dok situ.Masa nak admit hospital boleh melenggang kangkung lagi cakap saya nak bersalin ni. Staf kat situ plak kelam kabut, amik wheelchair.

Ashraff masa  umur 6 bulan

Paling susah nak berank Ashraff lah…sebab masuk labour pukul 8 kena induce, sakit kul 9 sikit-sikit, kul 10 sakit banyak kul 12 .34 baru keluar. Lama gak tu. Anak first. Patut bersyukur sebab ada orang sampai 2 hari 2 malam sakit nak beranak. My sis la tu.Masing-masing ad bahagian masing masing. Keluar dari labour semua nurse dok puji dia, hensem la, lesung pipit la. MEmang pun hensem, mana pergi semua orang nak pegang dia sampai I rasa takut plak sebab strangers nak pegang anak kita kan. Ashraff kecik dulu pernah menang kontest baby dapat nombor dua. Masa tu tengah pregnant Afriena. Banyak gak hadiah masa tu.

Sekarang dah besar macam pemalu plak. He only rapat dengan uncle, auntie and cousins dia. Kawan pun memilih. Tadi pagi tak wish pun birthday dia…mama lupa, takpe kang masa lunch kita wish. Dia dari berapa bulan lepas dok kira bila birthday dia. Tadi cakap ngan Kheirul…ohh malam ni kita kena keluar kan.. dia pun nyam  yess we need to buy my bithday cake for tomorrow. Kita combine party kat Qiraati esok je.

ANW, Happy birthday Ashraff Segoa berjaya dunia akhirat.. Jangan malas belajar, Jangan banyak main , jadi abang yang baik and sila ringan buntut sikit bila orang cakap  Ashraff sembahyang!!!!!!!

Happy Birthday Husband

Happy Birthday to you papa…..kata bebudak nih. Dorang tanya takde cake ke? Dorang punya plan nak beli kek then sorok cake pastu cakap SURPRISEEEE… yo lah tu. ANW, semalam birthday Kheirul yang ke dot dot dot….Selamat hari jadi suamiku, semoga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu dan dirahmatiNYA. I love you muah muah muah.

No cake sbb birthday boy cakap membazir , nak masak special dia kata tak payah sbb tengah diet so I masak nasi , sweet sour siakap, sayur and telur dadar . Disebabkan birthday boy diet dia cuma tambah sepinggan je.. confuse jap..kata diet????

NOTE: Semalam my friend selamat melahirkan baby boy… so tahniah to her :)