Panduan Memandu Kenderaan Malaysia ke Thailand – Melalui Rantau Panjang & Sg Golok

Saya selalu memandu ke Thailand (Siam) dengan kenderaan sendiri dan biasanya masuk ke Siam melalui Bukit Kayu Hitam tapi kali ini saya ingin berkongsi pula procedure memandu ke Thailand melalui CIQ Rantau Panjang Kelantan dan CIQ Sungai Golok.

Secara peribadi saya rasakan procedure melalui CIQ Sungai Golok lagi mudah dan cepat serta mesra pelanggan oleh pegawai kastam dan imigresen Siam jika dibandingkan dengan procedure melalui CIQ Bukit Kayu Hitam – Sadao/Danok.

PANDUAN INI UNTUK KENDERAAN PERSENDIRIAN SAHAJA

Dokumen yang diperlukan:

  1. Passport
  2. Geran Asal (Photostat tak main ye). Berbeza ngan BKT/Danok, kat sana terima Geran Photostat tetapi kat CIQ Sg Golok ni pegawai imigresen Siam nak GERAN ORIGINAL ASAL. Alasan diorang untuk mencegak penyeludupan kenderaan curi katanya.
  3. Surat kebenaran pemilik kenderaan (sekiranya nama kenderaan bukan nama sendiri)
  4. Insurans Kenderaan Thailand – dibeli di CIQ Sg Golok (RM30 – utk MPV 7 seaters)
  5. White Card – RM2 sekeping diisi di CIQ Sg Golok

PANDUAN MEMANDU KE THAILAND – Memalui Rantau Panjang & Sg Golok

CIQ Rantau Panjang Malaysia

  1. Pandulalu aja dan apabila sampai kat kaunter pandulalu imirgresen Malaysia, bagi Salam dan serahkan PASSPORT. Turunkan semua tingkap kenderaan supaya pegawai imigresen dapat tengok pemandu dan penumpang kenderaan.
  2. Selesai scan passport, ucap terima kasih dan terus pandu kenderaan menuju ke jambatan Sg Golok (Sempadan Malaysia/Thailand)

CIQ Sungai Golok (Kolok) Thailand

  1. Parking kenderaan di tempat parkir dan semua orang kena turun menuju ke dalam bangunan imigresen Siam.
  2. Beli Insurans kenderaan & Apply VEP – Masuk aja pintu bangunan imigresen Siam tu, betul-betul tingkap sebelah kanan yang pertama sekali. Beli kat situ. Serahkan Geran Asal kenderaan dan in-return ada 3 dokumen yg pegawai Siam itu bagi. 
    • i. VEP – Vehicle Entry Permit (yg belom ditandatangani oleh pegawai kastam siam lagi)
    • ii. Insurans Siam (simpan elok-elok)
    • iii. Passenger list (mesti dichop bersama-sama dengan passport pemandu)
  3. White Card (RM2 seorang) – Terus masuk bilik di sebelah tingkap buat VEP & Insurans tu. Cakap je kat pekerja tu nak buat white card. Dia akan amik semua passport dan buat isi borang white card tu.
  4. Chop passport – Sesudah buat white card tu.. sorang-sorang pi beratur plak kat kounter chop passport dan jangan lupa untuk chop passenger list sekali. Kat sini free jer chop passport dan tak perlu bayar upah chop passport seperti yang biasa dilakukan kat CIQ Danok (Bukit Kayu Hitam). heheheh!
  5. Tandatangan Surat VEP – (tengok gambor bawah ni) Balik ke kenderaan, pandu lalu ke lorong Kastam Siam, sampai je kat Checkpoint Kastam Siam tu, pemandu kena turun dari kenderaan dan ambil tandatangan Pegawai Kastam Siam. MAKE SURE surat VEP tu ditandatangani oleh pegawai tersebut dan CHOP. Pemandu pon kena tandatangan pada 3 tempat pada surat VEP tersebut. SIMPAN ELOK-ELOK Surat VEP ni dan akan diserahkan kembali kepada Kastam Siam masa nak balik ke Malaysia nanti. Kalau surat VEP ni hilang, al-marhum la kenderaan korang….takbleh nak balik Malaysia. 

OK selesai sudah urusan dan boleh lah pandu ke destinasi yang dituju.

Berikut adalah contoh dokumen 

  1. Insurans Kenderaan Siam
  2. VEP Siam (Vehicle Entry Permit)

AKHIR SEKALI: PESANAN SEKALI LAGI. DOKUMEN VEP DIATAS INI PERLU DISERAHKAN KEMBALI KEPADA KASTAM SIAM SEMASA PULANG KE MALAYSIA NANTI.

Selamat memandu ye!!!

30 thoughts on “Panduan Memandu Kenderaan Malaysia ke Thailand – Melalui Rantau Panjang & Sg Golok

  1. Faiz

    Salam..tumpang brtanya..situasi sy mcm ni,kereta ats nama mak sy dan sy sbg pemandu..masih perlu tak surat kebenaran pemilik kenderaan masa pass immi thai? Sbb mak sy masuk sekali brsama sy ke thai..tq !

    Reply
  2. Fakarudin

    Assalamualaikum tuan..kalau moto belom habis byr ,gran masih kedai moto pegang mcm mana ye? Kat saya cuma ada gran fotostat

    Reply
  3. raz

    saya plan nk masuk golok weekend ni tp geran kereta asal masih di bank. Maybe sy siap sedia bwa yg copy shj. Agak-agak nya lepas masuk ke tidak yea? huhuhu

    Reply
    1. Izah

      Tak boleh. Mmg kena original kalau ikut rantau panjang. Kalau bukit kayu hitam boleh photo copy.

      Hari ni adik saya pergi ikut rantau pjg. Tak boleh masuk. Kena balik amik original Geran. Pegi jpj aply geran ganti. Byr rm50

      Semalam saya masuk ikut bukit kayu hitam masuk pakai photo copy je.

      Reply
  4. Dyan

    Salam… tumpang tanya… ada beberapa keraguan.
    1. klu saya nak melalui CIQ Padang Besar boleh guna geran kereta yang photostat dak?
    2. kereta saya dan kereta adik guna nama saya jgk… klu saya buat surat kebenaran tp adik yg bawa agak2 boleh dak bawa masuk dua2 kereta skali…saya pun pergi sekali
    3. saya dapat info yg kereta baru kurang daripada setahun x boleh masuk thailand… betol ke…

    Reply
    1. Kheirul Mohamed Post author

      1. klu saya nak melalui CIQ Padang Besar boleh guna geran kereta yang photostat dak?
      – BOLEH guna photostat kalau masuk ikut CIQ Padang Besar atau Bukit Kayu Hitam TETAPI TIDAK BOLEH untuk CIQ Rantau Panjang- Sg Golok
      2. kereta saya dan kereta adik guna nama saya jgk… klu saya buat surat kebenaran tp adik yg bawa agak2 boleh dak bawa masuk dua2 kereta skali…saya pun pergi sekali
      – BOLEH. takyah buat surat kebenaran sebab TUAN PUNYA kenderaan ada semasa buat VEP
      3. saya dapat info yg kereta baru kurang daripada setahun x boleh masuk thailand… betol ke…
      – INFO TIDAK TEPAT. Kenderaan umor sehari pon boleh masuk Siam. Janji ada Geran yang sah.

      Reply
  5. areha

    kalau masuk melalui pengkalan kubor, salinan geran diterima ke?
    insurans boleh beli kt mna? dekat situ jam berapa bukak untuk beli insurans?

    Reply
    1. Kheirul Mohamed Post author

      saya tak persah ikut pengkalan kubor. Tapi ikut cerita kena naik bot/feri terus ye Tak Bai…
      geran baik bawak yg ori..
      biasanya kat CIQ siam tu ada jual insuran.. kena pandai tanya orang kat sana

      Reply
  6. Anis

    Salam encik nk tnya,kalau kereta yg belum habis byr geran mmg pihak bank pegang lagi.jadi kereta tu mmg xboleh bawa masuk la ye.jarang kereta yg byr cash ni.pelik sb ramai je yg msuk bawa kereta xkn semua byr cash kot..huhu.ada cara lain x encik selain dr kene guna geran asal??

    Reply
    1. Kheirul Mohamed Post author

      kos-kos yg perlu untuk masuk Siam:
      i. whitecard – rm2/seorang
      ii. insurans kenderaan – RM16-RM45 (bergantung kepada bil penumpang – harga ni utk kereta/MPV 5-8 penumpang)

      kalau ikut Bukit Kayu Hitam – kene tambahbah RM2/pax untuk chop passport

      Reply
  7. Ika

    nak tnye.. kan ade surat tm2 kalau nak masuk thai.. kalau kwn sy xbagi surat tu tp vep paper tu bglah balik dkt declaration custom takpe ke? and peliknye kwn sy tu pegawai tu cop je pasport keluar thai die. means die keluar malaysia xde apa masalah apa pong.

    Reply
  8. Amira

    Tuan,

    Kalau masuk melalui rantau pjg, kluar di pengkalan kubor, boleh ke? Semua process serah document sama x? Ada pengalaman ke?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.