Pakej Urutan Selepas Bersalin

ramai plak yang tanya pasal urut mengurut lepas bersalin. Kali ni , saya amik pakej yang datang rumah. Tukang urut ni saya search kat internet. since duduk Rawang, tak tau mana nak cari.

But I am telling you… inilah tukang urut paling best yang pernah rasa. Hehehe memang berbaloi bayar

Kakak tukang urut ni berdaftar dengan Mamacare by LPPKN. Kira kakak ni memang belajar mengurut dengan teknik yang betul bukan main dapat dalam mimpi.

Urutan dia memang best walaupun kekadang ada jugak tergenggam penumbuk sbb tahan sakit bila kena urut untuk banyakkan susu.

Haaa ni pakej 3 hari

copy n paste dari messager je

3 hari rawatan akak adalah seperti berikut.

Urutan pemulihan
Urutan hilang angin kepala
Urutan byk kan susu
Bertungku pulih rahim
Berbengkong rapat tulang punggung
Daun herba
Sapu param dan pilis
Consultation post natal

Semua di atas keje (1 sesi dlm 2 ke 3 jam) average dlm (Rm180) x termasuk pengangkutan. Jumlah dalam RM540 . Caj pengangkutan lain

Kakak ni namanya Rohaya… muda lagi. Dah 18 tahun pengalaman mengurut. Selain postnatal massage, dia ada buat perinium massage, acupuncture,  bekam n ada lagi tapi lupa.

semua dia atas memang best. Daun herba yang Kakak Rohaya bagi untuk mandi memang terbest.Segar badan mandi

so far hari ni dah 40 hari. Masih lagi pantang. Pantang makan dan masih tak buat kerja berat hatta sapu sampah atau buat laundry walaupun gigil tangan nak amik penyapu geram tgk sampah kat laman rumah. Nasib baik Ashraff n Afriena buat walaupun kadang tak berapa bersih. Pejamkan jelah mata tu.masak memasak dah buat tapi ban cuci mencuci org lain buat. Geram je tgk dorang buat kerja sinki tak lap kering. Mak kita cakap… pejamkan dulu mata

bab makan… baru sekali mkn bergoreng pastu byk mkn bakar , rebus n kukus

bebudak ni senang makan…. sbb dorang ala ala italian sikit… pasta je manjang

oh ye kot kot sapa nak contact kak Rohaya ini nombornya 

012 2572258- Kak Rohaya

sekian ulasan ikhlas saya

 

 

5 thoughts on “Pakej Urutan Selepas Bersalin

  1. Book My Therapist - Massage Therapist for Lady

    Salam alaik puan,

    Alhamdulillah terima kasih atas info.Kami sedang mencari-cari post mengenai urutan bersalin dan pakcik google telah bawa kami ke sini. Terima kasih atas artikel sharing ini puan. Nak share sikit, Kalau di rawang, alhamdulillah kami turut mempunyai terapis urut di sana yang bagus dan berpengalaman. Kalau puan berminat untuk mendapatkan perkhidmatan urutan dari pihak kami sekiranya terapis puan berjadual penuh, boleh roger2 nnt insyaallah.<3 ;)

    Sedikit info kami,

    Team juru-urut book my therapist (untuk wanita sahaja) terdiri daripada 30 orang juruterapis urut terlatih, berkemahiran dan berpengalaman sekurang-kurangya 2 tahun dalam bidang urutan. Kami berada di sekitar kawasan KL dan Selangor termasuk rawang, dan turut kover perkhidmatan urutan di senawang, nilai, bandar enstek, salak tinggi, kota warisan, dan sepang. 70% profil juru-urut kami adalah certified mamacare practitioner, dan 30% daripada kami berpengalaman antara 10 – 20 tahun dalam bidang ini. Sekiranya berminat untuk mendapatkan perkhidmatan urutan tradisional, postnatal/prenatal, atau urutan untuk ibu gugur, juga ikhtiar hamil, boleh hubungi Pengurus Book My Therapist Pn. Husna di talian 013-6358664 (sms.whatsapp.call). Insyaallah kami dapat membantu.

    Sharing is caring, terima kasih atas info <3

    Reply
  2. Elina

    Assalamualaikum Sis.
    Thanks for sharing. Alhamdullilah saya pun memperoleh terapis yang sangat membantu dan berpengalaman. Saya cuba Pakej 28 hari premium dari ELLEEN CLC. Memang puas hati. Nanti anak ke-2 insyaAllah amik dengan mererka lagi. Owner orang melayu. Mula2 saya ingatkan chinese punye sebab nama company tak macam org melayu..hohoo…dan yang paling penting semua terapis diorang orang melayu. Itu saya paling suka..hihihi.
    Kalau nak cuba tengok pakej diorang, boleh tengok dekat website diorang.
    https://elleenclc-confinement.com

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.