Tag Archives: Adleena Athirah

Adleena is 2

Alhamdulillah…. Adleena is two. Umur dua tahun dah pandai merajuk. Kalau merajuk, pi masuk bilik dia, baring atas katil. Pastu kalau sapa-sapa panggil, dia cakap no. Lagi kita usik lagi dia kata no. Sampai lah dia buat pekikan yang boleh pecahkan gelas kaca. hehe. cute tapi garang. sampaikan Aqilah cakap..Mei Mei is gangster. adehhh

MAsih lagi menyusu badan. MAcam-macam cara dah cuba. Tapi dah boleh control. Mama pun dah boleh keluar pergi kelas yoga, pergi dating ngan papa. KAlau dulu 5 minit sekali dia n Aqilah video call. Sekarang ni, mama yang lebih-lebih .

ni 2 minggu sebelum krismas. Pantang jumpa Christmas tree
berebut seat dengan abang kakak
kenangan pergi camping, last November 2021
on her birthday. Dah takde mood dia. tunggu papa balik lambat. dia dah nak tido. Tapi adalah blow candle tu 3-4 kali…yang bukan birthday girl pun sibuk nak blow/

HAppy birthday Mei Mei. ///

Adleena is 1

Finally…

Alhamdulillah… dah setahun dah budak bulat ni. Masuk setahun terus pandai jalan. Sekarang kemaruk berjalan je. Kuat pekik, suara kuat, suka makan buah. Afriena panggil dia fruitarian baby. Takleh panas nanti badan Naik ruam.

2 minggu nak birthday , semua orang dok ajar dia blow candle, sebab nanti nak birthday kena tiup lilin. Nàsib lah jadi baby kan. Sepanjang setahun perjalanan hidup dia, dia Tak dapat lagi peluang pergi playground, buat passport, pergi pantai,swimming pun baru sekali dua, makan Kat kedai lagi lah, pergi shopping mall rasanya macam sekali dua je. Pengalaman pandemik..

Again syukur sebab sepanjang tahun ni belum dapat demam cuma badan panas sikit Masa Naik gigi. Mungkin SOP yang dikenakan buatkan semua orang dalam rumah sentiasa sihat sbb jarang keluar, sentiasa pakai mask Dan sentiasa cuci tangan. Semua orang dah terbiasa dgn SOP dah.

Setelah dapat training untuk sambut birthday lulus jugak dia blow birthday candles, cuma blow Tak cukup kuat lah.

Biasalah dah cukup setahun, kena lah celebrate dgn vaksin MMR di ikuti dgn pneumococcal. Heheh…. Cukup setahun jugak, dia dapat first experience mandi laut, pergi camping. Syokk

Camping night ..alhamdulillah senang terhibur cuma siang panas dia Tak suka, sebab camping tepi pantai.

Dah pandai makan sendiri

Dah pandai panggil mama, papa, kakak, cat…abang mungkin susah sikit kot

Semoga jadi anak yang solehah ye bucuk datang mama…♥️♥️♥️

Aqiqah Adleena versi PKP

Alhamdulillah selesai sudah majlis aqiqah untuk Adleena. Budak boolat ni dah di aqiqah kan. Oleh kerana kita dalam situasi Pandemik Covid19 maka segala majlis kenduri dibatalkan. Kita buat mana yang perlu je. Seminggu sebelum majlis, satu famili pergi cari kambing.

Alhamdulillah jumpa kambing dan terus tempah untuk masak dan pack untuk agihan nanti. Senang urusan , dekat plak dengan rumah. Masakan dia pun sedap sampaikan ada jiran call tanya …

“ You masak sendiri ke?”

ha-ha ..I kalau masak sendiri, mau bertukar hijau.. Hulk smash…

mana nak jaga anak, mana nak jaga kambing oiii

sehari sebelum tu,,,kami pi Mydin pi beli bunga telur. Kenduri last minute kan… takde ke nak tempah bagai. Malam tu kukus telur isi dalam bunga telur..esok makanan sampai terus kita buat delivery.

Kenduri aqiqah paling simple. Takde kenduri pun. Versi PKP.. dalam pack tu ada nasi, untuk seorang makan tapi 2-3 orang makan baru boleh habis SBB banyak dengan kambing masak hitam manis, acar jelatah, papadom, dan Dallas sayur.

seminggu lepas aqiqah..finally Adleena dapat keluar berjalan. Officially dapat bercuti. Bercuti ala PKP juga since dapat rentas negeri, kami ke Cameron Highland. Pi sana pasal sejuk, sekecik ni kalau panas habis rashes satu badan, pastu katanya nak relax kat sana..takde relax pun SBB jalan jem tahap kemurungan pastu cik suami telephone dia asyik bunyi office call. i is geram ok…can you simpan your phone ah” Always ring ring.. inside car also got meeting n we cannot talk talk you know…

see this little girl, dah boolat..semua geram. Even pi klinik nak infection pun nurse dok picit peha dia geram,