Alhamdulillah selesai sudah majlis aqiqah untuk Adleena. Budak boolat ni dah di aqiqah kan. Oleh kerana kita dalam situasi Pandemik Covid19 maka segala majlis kenduri dibatalkan. Kita buat mana yang perlu je. Seminggu sebelum majlis, satu famili pergi cari kambing.
Alhamdulillah jumpa kambing dan terus tempah untuk masak dan pack untuk agihan nanti. Senang urusan , dekat plak dengan rumah. Masakan dia pun sedap sampaikan ada jiran call tanya …
“ You masak sendiri ke?”
ha-ha ..I kalau masak sendiri, mau bertukar hijau.. Hulk smash…
mana nak jaga anak, mana nak jaga kambing oiii
sehari sebelum tu,,,kami pi Mydin pi beli bunga telur. Kenduri last minute kan… takde ke nak tempah bagai. Malam tu kukus telur isi dalam bunga telur..esok makanan sampai terus kita buat delivery.
Kenduri aqiqah paling simple. Takde kenduri pun. Versi PKP.. dalam pack tu ada nasi, untuk seorang makan tapi 2-3 orang makan baru boleh habis SBB banyak dengan kambing masak hitam manis, acar jelatah, papadom, dan Dallas sayur.
seminggu lepas aqiqah..finally Adleena dapat keluar berjalan. Officially dapat bercuti. Bercuti ala PKP juga since dapat rentas negeri, kami ke Cameron Highland. Pi sana pasal sejuk, sekecik ni kalau panas habis rashes satu badan, pastu katanya nak relax kat sana..takde relax pun SBB jalan jem tahap kemurungan pastu cik suami telephone dia asyik bunyi office call. i is geram ok…can you simpan your phone ah” Always ring ring.. inside car also got meeting n we cannot talk talk you know…
see this little girl, dah boolat..semua geram. Even pi klinik nak infection pun nurse dok picit peha dia geram,