Something about Suvarnabhumi Airport

Rupa-rupanya ada lagi cerita pasal Bangkok yang habis. Pasal Airport kat Bangkok. Airport dia biasa-biaa je tapi layanan untuk pasenger yang berkeluarga memang best. Semua benda dapat priority. Senang. Something about the airport we should know :

Halal Food.

Kalau nak makanan halal bolehlah ke tingkat 1 deng=kat dengan gate 8. Ada satu foodcourt nama magic food. Kat situ ada dua stall jual makanan halal. Satu tempat jual nasi campur, satu lagi jual Roti Naan.

Yang ni tempat yang jual Roti tuh. Roti dia not bad la. Boleh dimakan.

Selain dari tu, kat bawah ada jugak jual Pulut Mangga. Kat kawasan jual dessert.

Satu lagi tempat makanan halal ialah kat dalam boarding area. Antara gate E and F. Nanti akan jumpa lagi satu tempat makanan halal. Namanya Canadian Pizza.

Nilah Canadian Pizza. tapi bukan jual pizza je. Ada jual tomyam, pastu Japanese food ,western food dan macam-macam lagi.

Suasana kedai dia. FYI, Rayyan tengah minum susu tuh.

Nilah pizza dia. Actually ni makan sebab bebudaklah lapar sangat. dorang tak nak makanm sangat kat bawah sebab nasik kan

Takdelah mahal sangat makan pun

Selain daripada tuh, ada gak surau kat sini. Kat level 3. Surau dia memang teramat bersih. MAsuk je memang bersihnya surau. Kalau nak compare dgn LCCT la. Kat LCCT tu rasa macam daif sangat. takde orang nak maintain ke. at least tolonglah mopkan lantai ke, letak karpet sesikit ke. Dah lah berbau. Surau kat KLIA ok sikit tapi yang kat Bangkok ni memang bersih. Ramai jugak yang pergi sembahyang . Masa tu most of them are airport staff la kot.

Ok la tu je nak share. ANW for those yang tinggal posa last year dah habis ganti ke?

Rayyan @ 16 months

Terlupa plak nak hapdet pasal Rayyan. Rayyan dah 16 bulan dah. Dah besar dah budak kecik nih. Rayyan sekarang kuat makan.Asal tengok orang masak je, dia standby amik pinggan cakap nak. Makan plak tak nak bersuap nak makan sendiri. Minum air tak nak pakai tumbler nak minum pakai cawan. Suka berlari instead of berjalan.

Pastu suka berdiri depan fridge standby kot kot ada sesapa bukak fridge nanti bolehlah dia amik barang dalam tuh. Dah paham few words. contihnya kalau nak keluar suruh amik kasut, dah sampai rumah bukak kasut,suruh simpan kasut dia simpan. Kalau nak susu dia datang mention milk.Gigi dah banyak. dah ada gigi geraham dah. Manja sangat dengan mama. Suka berebut barang esp toys dengan Afriena, sampai kekadang tak puas hati dia kejar kakak dia and digigitnya Afriena. Dengan Ashraff? macam biasalah budak laki kasar.

layan toys sengsorang

Satu lagi pasal Rayyan, Rayyan minat bola. Kalau hari ada game bola mesti dia lepak depan TV tengok. Setiap kali nak shoot, dia pun jerit sama cakap gollllllllllll. Semua orang dalam rumah ni suka tengok bola kecuali Afriena, So kalau time bola Afriena mesti lepak dalam bilik main iPad sengsorang. pastu dia buat muka sedihlah sebab katanya takde orang kawan dgn dia.

kononnya driving la tu

Tengok tak bola Singapore lawan Malaysia? perghhh Ashraff sampai merajuk tak nak makan sebab Singapore dah sumbat 4 gol tapi bila Malaysia cover lagi 2 gol baru tersengih-sengih. Yang Rayyan lagi best, masa tengah tidur pun boleh tetiba jerit GOLLL!!! mengigau pun pasal bola. tergelak-gelak kiterang dengar dia jerit goll masa tengah tidur.

Demam Drama Tahajjud Cinta la plak…

Musim demam siri drama baru ler plak…. so malas nak ulas pepanjang pasal citer nih nanti korang cakap terover ler plak…

Untuk geng-geng Sawanila.com yang dok kat London, Paris, New York, dan tak lupa juga geng-geng Kampong Mengkasor Pekan Pahang tu terutama sekali kepada Tok Nila tu, kami kat Sawanila.com ni takkan kechiwakan permintaan anda yang nak mintak link untuk DOWNLOAD Siri Drama Tahajjud Cinta ni… sila cucuk kat gambar diatas ye….