Category Archives: Uncategorized

Resepi Pucuk Paku Masak Lemak

Isnin kan cuti tapi anak-anak sekolah..maka mama dan papa berpeluang lah dating ke pasar berdua. Tapi sebelum tu pergilah selesaikan urusan bank lah itu ini, sarapan kat mamak. Sarapan kat mamak berdua, adalah best tapi rasa sunyi tanpa budak bertiga. Kalau tak ada jer yang nak bergaduh, berebut menu. Nantilah kita citer pasal dating. Ni nak kongsi resepi lemak cili padi pucuk paku. Masa gi paar hari tu, nampak pucuk paku, Kheirul cakap sedapnya pucuk paku… so apa lgi pergi lah beli. Beli 3 ikat. Walaupun pucuk paku dia tak berapa lawaq tapi ok lah untuk masak. Teringat kecik-kecik dulu, kalau keluar ngan geng-geng kat kampung, kiterang selaimagelu masuk hutan, sambil panjat pokok jambu, sampai ke petang, dah bila takut nak balik rumah sebab lewat kan, maka cari lah pucuk paku buat penyejuk hati mak hahahah…. Dulu masuk semak mana pun tak pernah pikir takut ular ke, pacat ke, naik pacat jerit je lah…nanti sesapa tolong tak pun tarik je sendiri sambil jerit… Tak pun kalau pi mandi sungai, sambil-sambil on the way balik petik pucuk paku, pucuk midin atau panjat cari pucuk putat. Pucuk midin sedap kalau masak tumis air dengan betik muda tak pun ngan ubi keledek.

OK sambung balik… balik rumah, petik pucuk paku, MIL tanya nak masak apa? cakap lah ingat nak goreng, dia cakap buat lemak kuning sedap…haaa Idea, masak lemak kuning pun sedap, maka jadilah lemak cili padi . Lagipun ada masak siput sedut, MIL tak makan boleh lah dia makan lemak pucuk paku. Dah lama tak makan, dapat makan lemak cili padi pucuk paku..memang lah sedap.

 

Ini resepi dia.

Bahan-bahan

  • 3 ikat pucuk paku – siang/potong
  • 10 ekor udang basah  saiz M
  • 1 batang serai ketuk
  • 3 biji bawang merah – tumbuk
  • 1 biji bawang putih – tumbuk
  • 1 biji  lada merah – tumbuk
  • 3-5 biji cili padi – tumbuk (nak pedas letaklah lebih)
  • 1/2 kotak santan kara
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 cawan air
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  • Masukkan santan bersama secawan air,  bahan tumbuk ,serai dan serbuk kunyit
  • masak hingga mendidih dan rasakan garam gula dan asam
  • masukkan udang dan pucuk paku
  • Bila dah masak tutup api
  • hidangkan dengan nasi bersama ikan goreng, ulam dan sambal belacan

Inspirasi

Seperti yang dijanjikan,  I nak bercerita pasal inspirasi. Setiap orang ada inspirasi masing-masing. Kalau yang tak tau apa maksud inspirasi, cari je dalam kamus dewan hehhehe. Tahun ni I ada target. Target untuk dapat black belt. Dulu dari suka suka nak exercise luangkan lebih masa dengan Ashraff dan Afriena, sekarang dah ada ramai kawan , Dah join club ,organize national event dan insyallah, tahun ni international event plak.  Dah jadi satu komitmen plak. Dulu selalu rasa down je…ye lah duduk rumah tak jumpa orang, takde lepak ngan kawan-kawan, now, every Sunday, haaa amik boleh je hentam kicking pad sepuas hati, boleh keluar peluh.

Nak tau sapa yang  banyak beri semangat dan inspirasi, suami saya lah…. 1-1-2015, KHeirul amik grading untuk 6th dan. I pergi tengok lah kasi support, amik feel macam mana rasa grading tuh. Tengok macam mana dia buat breaking.

heheheh… papa jangan marah ye letak video ni.  Ashraff and Afriena suka sangat tengok video ni. Pastu dorang ada lontarkan satu soalan,

Mama boleh ke pecahkan papan ni nanti masa grading?

Next grading ada breaking. Seriau gak. Insya Alllah boleh kalau betul teknik dia kot.  Mesti kena cuba. Ashraff ngan Afriena memang, sentiasa underestimate mama dorang. Nak bukak stroller  agak-agak slow, mama boleh ke buka, papa buat senang je.

Kalau nak parking kereta, susah nak parking ni, boleh ke buat ni…

Dorang ni memang…. selalu gitu. Bukan tak reti bukak stroller, lambat sikit, sebab tak nak pegang tayar stroller, takut kotor

Bukan tak reti nak parking, kena berhati-hati sbb parking kereta panjang sikit leceh. Dia ingat main sekali masuk je ke. Mesti nak kasi cun parking tak nak senget-senget. Dorang ni memang.

image

bergambar selepas grading ..

So … apa inspirasi you all?

 

Birthday’s week, month

Dua minggu ni memang dok celebrate  birthday je. Macam biasa takdelah sambutan yang pelik pelik. Takdelah main tabur tabur gandum, baling baling telur. hahah itu mengarut, membazir namanya Bebudak biasanya suka lah dengan birthday ni. As for Ashraff n Afriena, dorang request nak bawak party pack untuk kawan-kawan dorang. Ok jugak instead of cake kasi packed gift. Ada cupcake/muffin, jelly and other titbits. No sweets. Jimat masa bebudak, Tak payah guna masa belajar dorang.  Dorang cerita, amasing-masing excited lah nak dapat party packed. Semua cepat-cepat siapkan homework.

Last minute preparation.  Not bad

Last minute preparation. Not bad

Well semalam birthday I, Dah 36 tahun dah. Alhamdulillah. Semoga I sentiasa sihat, dipanjangkan umur, murah rezeki, sentiasa dirahmati Allah dan istiqomah. Ameen… . mmmm Bulan depan ada grading Taekwondo…berdebar plak. Hehehe berdebar takut lupa step. Selalu buat tak lupa tapi bila depan ramai orang terus lupa. Haaa begitulah konsep dia. Oh ye last week I ada buat lada solok.

image

dapat makan ngan nasi kerabu…perhhh sedap wooo

You all pernah makan atau mungkin cuba masak lada solok? I ingat susah nak buat dia, rupanya senang. Setelah bertanya kepada MIL dan my mom. Jadi jugak lada solok. Lada tu my sis, beli kat Kelantan. Biasalah lada ampung tu selalunya kat kelantan je jual. Lada tu dia ada satu bau dan rasa yang sedap, berbanding cili yang jual kat kedai.