Inspirasi

Seperti yang dijanjikan,  I nak bercerita pasal inspirasi. Setiap orang ada inspirasi masing-masing. Kalau yang tak tau apa maksud inspirasi, cari je dalam kamus dewan hehhehe. Tahun ni I ada target. Target untuk dapat black belt. Dulu dari suka suka nak exercise luangkan lebih masa dengan Ashraff dan Afriena, sekarang dah ada ramai kawan , Dah join club ,organize national event dan insyallah, tahun ni international event plak.  Dah jadi satu komitmen plak. Dulu selalu rasa down je…ye lah duduk rumah tak jumpa orang, takde lepak ngan kawan-kawan, now, every Sunday, haaa amik boleh je hentam kicking pad sepuas hati, boleh keluar peluh.

Nak tau sapa yang  banyak beri semangat dan inspirasi, suami saya lah…. 1-1-2015, KHeirul amik grading untuk 6th dan. I pergi tengok lah kasi support, amik feel macam mana rasa grading tuh. Tengok macam mana dia buat breaking.

heheheh… papa jangan marah ye letak video ni.  Ashraff and Afriena suka sangat tengok video ni. Pastu dorang ada lontarkan satu soalan,

Mama boleh ke pecahkan papan ni nanti masa grading?

Next grading ada breaking. Seriau gak. Insya Alllah boleh kalau betul teknik dia kot.  Mesti kena cuba. Ashraff ngan Afriena memang, sentiasa underestimate mama dorang. Nak bukak stroller  agak-agak slow, mama boleh ke buka, papa buat senang je.

Kalau nak parking kereta, susah nak parking ni, boleh ke buat ni…

Dorang ni memang…. selalu gitu. Bukan tak reti bukak stroller, lambat sikit, sebab tak nak pegang tayar stroller, takut kotor

Bukan tak reti nak parking, kena berhati-hati sbb parking kereta panjang sikit leceh. Dia ingat main sekali masuk je ke. Mesti nak kasi cun parking tak nak senget-senget. Dorang ni memang.

image

bergambar selepas grading ..

So … apa inspirasi you all?

 

2 thoughts on “Inspirasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.