Category Archives: Uncategorized

Birthday’s week, month

Dua minggu ni memang dok celebrate  birthday je. Macam biasa takdelah sambutan yang pelik pelik. Takdelah main tabur tabur gandum, baling baling telur. hahah itu mengarut, membazir namanya Bebudak biasanya suka lah dengan birthday ni. As for Ashraff n Afriena, dorang request nak bawak party pack untuk kawan-kawan dorang. Ok jugak instead of cake kasi packed gift. Ada cupcake/muffin, jelly and other titbits. No sweets. Jimat masa bebudak, Tak payah guna masa belajar dorang.  Dorang cerita, amasing-masing excited lah nak dapat party packed. Semua cepat-cepat siapkan homework.

Last minute preparation.  Not bad

Last minute preparation. Not bad

Well semalam birthday I, Dah 36 tahun dah. Alhamdulillah. Semoga I sentiasa sihat, dipanjangkan umur, murah rezeki, sentiasa dirahmati Allah dan istiqomah. Ameen… . mmmm Bulan depan ada grading Taekwondo…berdebar plak. Hehehe berdebar takut lupa step. Selalu buat tak lupa tapi bila depan ramai orang terus lupa. Haaa begitulah konsep dia. Oh ye last week I ada buat lada solok.

image

dapat makan ngan nasi kerabu…perhhh sedap wooo

You all pernah makan atau mungkin cuba masak lada solok? I ingat susah nak buat dia, rupanya senang. Setelah bertanya kepada MIL dan my mom. Jadi jugak lada solok. Lada tu my sis, beli kat Kelantan. Biasalah lada ampung tu selalunya kat kelantan je jual. Lada tu dia ada satu bau dan rasa yang sedap, berbanding cili yang jual kat kedai.

Horlicks® Chocolate …BEST

http://youtu.be/rl2bVAGfDj8

Hari kesembilan berpuasa….. Alhamdulillah ok. Semua pass. Ashraff 10, Afriena 9, nampak ok je. Bersahur kena kasi minum Horlicks je. Lepas tu jangan lupa makanan berkhasiat yang lain. Actually budak berdua ni memang susah makan nasi, jadi kalau masa sahur, dorang mesti makan menu sarapan je. Contohnya, Telur dengan cheese, cereal, sandwich atau kalau ada leftover pasta, dorang makan lah. as long as bukan nasi. Sudah jadi satu kemestian, Horlicks mesti ada masa bulan puasa. Senang buat sahur, sebab dia macam beri tenaga tambahan. Dulu masa I pregnant atau menyusu badan, Horlicks lah tempat mengadu. Sekarang dah ada Horlicks® Chocolate, lagilah kiterang suka. Sapa tak suka minuman bercoklat kan…Boleh lah nanti bertambah Tinggi. Hehehe Ashraff lah nak cepat tinggi sebab katanya nak belajar drive. Oii… lesen memandu cuma blh amik bila umur 18 tahun lah. Tapi itu lah  kebaikan untuk anak-anak kan…Tall, Sharp , Strong.

image

Lawa dan menarik kan pek dia

 

image

Bangun sahur..minum horlisk untuk lebih tenaga di sekolah

Nak buat Horlicks® Chocolate pun senang je… 2 sudu Horlicks® Chocolate dan air suam. Tak payah gula..cukup dah manis dia.  Lepas tu apa lagi minum lah. Bagus tau minum Horlicks® Chocolate ni, sebab ia ada 23 khasiat penting, termasuk kalsium untuk pertumbuhan tulang yang kuat, protein untuk membina tisu badan serta multivitamin dan mineral. Horlicks® Chocolate baru juga mengandungi kebaikan semula jadi susu, barli malt dan gandum untuk membekalkan keperluan pemakanan keseluruhan kanak-kanak. 

horliks2

Wanita dan kanak-kanak daripada kumpulan berpendapatan rendah di negara-negara  membangun selalunya paling teruk terjejas, tetapi kajian tempatan di Malaysia menunjukkan bahawa kanak-kanak sekolah di kawasan bandar seperti KL dan PJ juga turut mengalami kekurangan mikronutrien termasuk vitamin D yang penting bagi penyerapan kalsium. Kekurangan zink, zat besi dan iodin juga diperhatikan di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Oleh itu, adalah penting untuk memberitahu ibu-ibu dan mendidik kanak-kanak sejak kecil untuk makan dengan betul dan mengamalkan diet yang seimbang yang mengandungi karbohidrat, protein, vitamin dan mineral,” ( Profesor Khor)

Anak-anak saya memang lah sangat memilih bab makan. Sayur cuma makan sayur brokoli, carrots, mushroom , kangkung bayam dan sayur pahit memang tak suka, walhal sayur pahit tu lah banyak khasiat. Jadi dengan ada Horlicks® Chocolate , maka tak risau dah sebab semua zat ada kan. Masa memula nampak Horlicks® Chocolate ni, teruja plak dorang nak minum sebab ia perisa baru. Bebudak memang cam gitu lah kan. Senang je kasi dorang minum seuatu yang berkhasiat. Segelas sebelum tidur, lagi segelas masa bersahur.

Pelancaran Horlicks® Chocolate juga memulakan siri jelajah yang melibatkan keluarga dalam aktiviti yang menyeronokkan, serta Trak Bergerak Horlicks® yang menawarkan sampel percuma yang akan berhenti di pusat membeli-belah terpilih dan lokasi lain yang bertrafik tinggi di seluruh Malaysia.

horlicks

Dapatkan Horlicks® Chocolate baru di semua pasar raya, pasar raya besar dan kedai-kedai runcit dalam pek 200g (RM6.50), 400g (RM10.50), 1kg (RM21.50) dan 2kg (RM42.00) atau dalam uncang 3 dalam 1 (RM10.50) untuk kemudahan.

 

Untuk maklumat lanjut tentang Horlicks®, sila layari www.gsk.com.my atau hubungi hotline pengguna 1-800-88-3225.

 

Mengenai Horlicks®
Horlicks®, ‘The Great Family Nourisher’, adalah minuman berkhasiat yang diperbuat daripada gandum, susu dan barli malt serta mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan untuk pemakanan lengkap seisi keluarga. Sepanjang sejarahnya, Horlicks® telah membekalkan minuman berkhasiat untuk berjuta-juta kanak-kanak dan orang dewasa di seluruh dunia.
  Mengenai GlaxoSmithKline (GSK)
GSK, salah sebuah syarikat farmaseutikal dan penjagaan kesihatan berasaskan penyelidikan yang terkemuka di dunia, komited untuk meningkatkan kualiti kehidupan manusia dengan membolehkan manusia melakukan lebih banyak, berasa lebih sihat dan bertenaga dan hidup lebih lama.
 Di Consumer Healthcare, kami menghasilkan produk dalam empat kategori – kesihatan mulut, kesejahteraan, pemakanan dan kesihatan kulit   – kepada berjuta-juta orang. Banyak jenama kami seperti Horlicks®, Polident®, Sensodyne®, Panadol® dan Scott’s® dikenali ramai di seluruh dunia.

Kembali ke Phuket

Lama tak update blog…. Kiterang ke Phuket. Cuti sekolah je terus ke sana. Kali ni konvoi 18 biji kereta n yanf paling best MIL pun ikut . Sian dia penat naik kereta tapi seronoklah. Kalu ni pergi best jugak walau ada hiccup sana sini. Banyak kenangan dan pengalaman. Pengalaman naik Cruise, naik bot kampung, restoran terapung, urut, pengalaman rescue orang , snorkerling tengah laut banyak lah jugak. Alhamdulillah everything went smoothly, seronok walaupun Rayyan ni ligat sangat. Afa cerita pasal dia nanti. Special punya.

 

Gambar dari dalam kereta jer.....

Gambar dari dalam kereta jer…..

Depan bilik hotel. Kiterang duduk kat Deevana Resort and Spa

Depan bilik hotel. Kiterang duduk kat Deevana Resort and Spa