Isnin kan cuti tapi anak-anak sekolah..maka mama dan papa berpeluang lah dating ke pasar berdua. Tapi sebelum tu pergilah selesaikan urusan bank lah itu ini, sarapan kat mamak. Sarapan kat mamak berdua, adalah best tapi rasa sunyi tanpa budak bertiga. Kalau tak ada jer yang nak bergaduh, berebut menu. Nantilah kita citer pasal dating. Ni nak kongsi resepi lemak cili padi pucuk paku. Masa gi paar hari tu, nampak pucuk paku, Kheirul cakap sedapnya pucuk paku… so apa lgi pergi lah beli. Beli 3 ikat. Walaupun pucuk paku dia tak berapa lawaq tapi ok lah untuk masak. Teringat kecik-kecik dulu, kalau keluar ngan geng-geng kat kampung, kiterang selalu masuk hutan, sambil panjat pokok jambu, sampai ke petang, dah bila takut nak balik rumah sebab lewat kan, maka cari lah pucuk paku buat penyejuk hati mak hahahah…. Dulu masuk semak mana pun tak pernah pikir takut ular ke, pacat ke, naik pacat jerit je lah…nanti sesapa tolong tak pun tarik je sendiri sambil jerit… Tak pun kalau pi mandi sungai, sambil-sambil on the way balik petik pucuk paku, pucuk midin atau panjat cari pucuk putat. Pucuk midin sedap kalau masak tumis air dengan betik muda tak pun ngan ubi keledek.
OK sambung balik… balik rumah, petik pucuk paku, MIL tanya nak masak apa? cakap lah ingat nak goreng, dia cakap buat lemak kuning sedap…haaa Idea, masak lemak kuning pun sedap, maka jadilah lemak cili padi . Lagipun ada masak siput sedut, MIL tak makan boleh lah dia makan lemak pucuk paku. Dah lama tak makan, dapat makan lemak cili padi pucuk paku..memang lah sedap.
Ini resepi dia.
Bahan-bahan
- 3 ikat pucuk paku – siang/potong
- 10 ekor udang basah saiz M
- 1 batang serai ketuk
- 3 biji bawang merah – tumbuk
- 1 biji bawang putih – tumbuk
- 1 biji lada merah – tumbuk
- 3-5 biji cili padi – tumbuk (nak pedas letaklah lebih)
- 1/2 kotak santan kara
- 1 sudu serbuk kunyit
- 1 keping asam gelugur
- 1 cawan air
- garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
- Masukkan santan bersama secawan air, bahan tumbuk ,serai dan serbuk kunyit
- masak hingga mendidih dan rasakan garam gula dan asam
- masukkan udang dan pucuk paku
- Bila dah masak tutup api
- hidangkan dengan nasi bersama ikan goreng, ulam dan sambal belacan