Category Archives: SawaRecepe

Sticky Date Pudding

Pertama kali buat Sticky Date Pudding, dan pertama kali merasainya…

image

Terus Kheirul cakap, sedaplah.  Boleh buat lagi ni. Itu adalah kata-kata seorang lelaki yang tak suka makan dessert orang putih.

Kalau tanya Afriena,

I suka lah mama sos dia. Macam ada rasa pancake syrup, ada rasa caramel…. haaa gitu. Kecik-kecik dah pandai kritik dan komen pasal makan

Ashraff plak… sedap lah mama. Apa ni? Dah tiga biji masuk mulut baru tanya apa

Rayyan? Tak cakap banyak. Suap kat mulut dia, dia pejam mata pastu cakap sedapnyaaaaa. Pastu makan banyak

Kalau saya? Saya suka sangat. Memang kena dengan selera.

image

Oleh kerana kat rumah banyak sangat kurma yang takde orang nak makan, maka saya buatlah Sticky Date Pudding. Sticky Date Pudding sedap kalau kena gaya dia. Kek dia jangan manis sangat, sos dia kena manis, creamy dan mesti ada rasa yang unik. Bila makan terus terasa macam makan coclairs. Lepas kalau makan Sticky Date Pudding , mesti nak sos lebih. Buat lubang kat tengah then letak sos. Biar sos dia meresap, then baru suap ke mulut. Budak-budak ni, makan dalam mangkuk. Nak sos lebih.

Saya buat saiz kecil. First time buat, lepas tu hari Rabu buat lagi. Bukan untuk makan sendiri tapi untuk pelanggan yang menempah lasagna dan BBQ meatball. Kita kasi free gift sebab beliau tempah lebih dari RM200, untuk party harijadi anak beliau. Alhamdulillah…lasagna dan meatball licin. Tak sangka orang suka. Yang pudding tu tak nampak kat mana, tapi katanya habis licin buat makan dalam family. Terima kasih di atas sokongan anda. Insya’ Allah…Sticky Date Pudding  akan menjadi salah satu menu dessert untuk jualan nanti.

Dan kepada sesiapa yang nak tempah Lasagna, BBQ Meatball  with Mashed Potato atau BBQ Meatball with Mac n’ Cheese, boleh lah hubungi saya dia. Insya’ Allah kami boleh sediakan untuk sebarang majlis,  Harga sentisa boleh dirunding.

Oh ya, resepi Sticky Date Pudding ni senang je.  Boleh je tengok kat Nigella .com

For the pudding

  • 275 grams dried dates (seeded)
  • 310 ml boiling water
  • 1 teaspoon bicarbonate of soda
  • 50 grams butter
  • 110 grams brown sugar (firmly packed)
  • 2 eggs
  • 150 grams self-raising flour

For the sauce

  • 165 grams brown sugar (firmly packed)
  • 300 ml cream
  • 80 grams butter

Method

  1. Preheat oven to moderate (180C/160Cfan). Grease deep 20cm round cake pan; line base with baking paper.
  2. Combine dates and the water in food processor. Stir in soda; cover with lid, stand 5 minutes.
  3. Process date mixture with butter and sugar until pureed. Add eggs and flour; process until just combined. Pour mixture into pan.
  4. Bake, uncovered, about 1 hour.
  5. Make butterscotch sauce by stirring ingredients in small saucepan over low heat until sauce is smooth and thickened slightly.
  6. Stand cake 10 minutes; turn onto serving plate.
  7. Serve warm with butterscotch sauce.

Saya tak tiru bulat-bulat, sebab ada penambahan dan pengurangan untuk sesuaikan rasa. In case, Nigella Lawson baca, Thank you Nigella for recipe.

Grilled Strawberry Granola Trifle

Ini Adalah Posting Berbayar

Bila bercerita tentang dessert, mesti terbayang dessert yang manis, yang banyak calori yang memang bila makan, lepas tu rasa menyesal. Betul tak? Semalam saya ada beli yogurt. Kat rumah ni yogurt memang benda yang sentiasa ada dalam peti sejuk, Sebab yogurt, memang digunakan untuk masak kari, buat ayam tandoori, buat smoothies, buat salad buah.

Memandang anak-anak saya suka sangat makan yogurt jadi saya cuba buat dessert yang sihat. Bukan seperti selalu, kalau dessert je mesti manis dan berlemak. Saya buat Grilled Strawberry Granola Trifle.Cara nak menyediakan dessert ni sangat senang. Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak.Dan yang paling penting, cepat disediakan. Cuma mengambil masa lebih kurang 20 minit je.

Kita tengok apa bahan-bahan dia

photo 4

Bahan-bahan yang diperlukan

photo 3

Dari kiri: oat, bijiran sarapan pagi,oren, stroberi dan walnut.

Bahan-bahan

Masa penyediaan : 20 minit

Hidangan untuk 2 orang

  • NESTLÉ Natural Set Yogurt
  • 6 biji stroberi
  • ½ buah oren – ambil jus dan parut kulitnya
  • 1 sudu bijiran oat
  • 3 sudu bijiran sarapan pagi yang berkacang (saya guna banana clusted nut breakfast cereal)
  • 1 genggam walnut – tunmbuk kasar
  • 3 sudu sirap penkek
  • 2 sudu gula perang

Cara-cara

  • Panaskan oven dengan  suhu 180 darjah
  • Campurkan parutan oren, jus,bijirin oat, campuran bijirin, walnut , sirap penkek dan 1 sudu gula
  • Gaul rata dan bakar di rak atas sekali selama 15 minit untuk menjadikan granola
  • Sementara itu panaskan kuali gril
  • Salutkan stroberi dengan gula dan panggang diatas kuali sehingga berkaramel
  • Selepas 15 minit, keluarkan granola, sejukkan seketika.
  • Apabila sejuk, granola akan mengeras dan rangup
  • Hidangkan trifle, dengan cara melapis granola- yogurt-stroberi-yogurt-granola-stroberi
  • Taburkan sedikit gula perang diatas stroberi

photo 2

Stroberi yang sedang dipanggang

4

Tadaa dah siap. Senangkan. Boleh terus dimakan.Bayangkan keenakannya. Bayangkan rasa rangup granola bersama rasa lemak berkrim NESTLÉ Natural Set Yogurt yang sejuk bersama rasa manis  strawberi yang di panggang.

Sedap, cepat, senang ,ringkas dan sihat

Patin Tempoyak

Masih ada lagi 2 paket ikan patin buah yang dibeli kat Temerloh hari tu. Sapa orang Pahang kalau dengar patin je, meleleh air liur Pastu asal patin je mesti masak tempoyak. Bila tanya Kheirul, patin ni takleh ke masak lain? takleh masak tempoyak je sedap kata dia lah. Itulah… I pun tahu masak tempoyak je. Tapi dengar citer patin bakar tempoyak pun sedap. Stim pun sedap. Tapi I rasa I suka masak tempoyak. Hish, rasa asam dia, rasa pedas dia memang kenalah dengan ikan yang embut dan berlemak penug dengan omega 3 tu kan. So apa lagi, Patin masak tempoyak lah. Kat rumah ni kalau patin tempoyak mesti lawan dia, burung puyuh goreng. Kalau takde burung puyuh, ayam goreng pun sedap. Pastu ada ulam dengan sambal tempoyak tak pun sayur goreng biasa je… haih memang hancusslah diet -diet nak kurus ke apa bagaikan.

patin

Ok ok… meh kita share resepi dia. Yang ni masak tempoyak kunyit lengkuas. Kalau Masak tempoyak temerloh, dia letak tempoyak , kunyit dan cili api je, tapi yang ni I buat letak kunyit lengkuas, Raas dia lain sikit tapi sedap. Kalau kat kampung I , ada yang letak beras tumbuk. tujuan nya tak tahu tapi memang dorang letak beras tumbuk kalau masak ikan sungai.Daun kesum, bunga kantan jangan lupa penambah perisa dan bau ni. Penting tau. Kalau ada daun kesing lagi sedap. Tapi daun tu mana nak cari dah susah nak jumpa. Tapi masa kerja dulu my friend ada kasi daun tu, dia beli kat pasar Jengka. Dia orang Jengka. Daun tu dengan belimbing buluh letak dalam masak tempoyak. serius sedap sebab I dah pernah  masak

 

Bahan-bahan

  • 2 ketul ikan patin
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit
  • 3 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 5-6 biji cili  padi
  • 3-4 tangkai daun kesum
  • 1 bunga kantan
  • 2 sudu tempoyak
  • 3 cawan air
  • garam dan pati ikan bilis secukup rasa
CARA-CARA

  •  tumbuk, cili, bawang, lengkuas dan kunyit sampai lumat
  • jerang air , masukkan bahan tumbuk dan tempoyak
  • kacau sampai mendidih dan rasakan garam ,pati ikan bilis dan asam keping.
  • Bila sebati, masukkan ikan,
  • Masak seketika sampai ikan masak dan taburkan  daun kesum dan bunga kantan
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan
Note: I masukkan semua perasa  baru masukkan ikan sebab ikan ni senang hancur, jadi bila ikan dah masuk periuk kita tak payah nak kacau dah.