Grilled Strawberry Granola Trifle

Ini Adalah Posting Berbayar

Bila bercerita tentang dessert, mesti terbayang dessert yang manis, yang banyak calori yang memang bila makan, lepas tu rasa menyesal. Betul tak? Semalam saya ada beli yogurt. Kat rumah ni yogurt memang benda yang sentiasa ada dalam peti sejuk, Sebab yogurt, memang digunakan untuk masak kari, buat ayam tandoori, buat smoothies, buat salad buah.

Memandang anak-anak saya suka sangat makan yogurt jadi saya cuba buat dessert yang sihat. Bukan seperti selalu, kalau dessert je mesti manis dan berlemak. Saya buat Grilled Strawberry Granola Trifle.Cara nak menyediakan dessert ni sangat senang. Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak.Dan yang paling penting, cepat disediakan. Cuma mengambil masa lebih kurang 20 minit je.

Kita tengok apa bahan-bahan dia

photo 4

Bahan-bahan yang diperlukan

photo 3

Dari kiri: oat, bijiran sarapan pagi,oren, stroberi dan walnut.

Bahan-bahan

Masa penyediaan : 20 minit

Hidangan untuk 2 orang

  • NESTLÉ Natural Set Yogurt
  • 6 biji stroberi
  • ½ buah oren – ambil jus dan parut kulitnya
  • 1 sudu bijiran oat
  • 3 sudu bijiran sarapan pagi yang berkacang (saya guna banana clusted nut breakfast cereal)
  • 1 genggam walnut – tunmbuk kasar
  • 3 sudu sirap penkek
  • 2 sudu gula perang

Cara-cara

  • Panaskan oven dengan  suhu 180 darjah
  • Campurkan parutan oren, jus,bijirin oat, campuran bijirin, walnut , sirap penkek dan 1 sudu gula
  • Gaul rata dan bakar di rak atas sekali selama 15 minit untuk menjadikan granola
  • Sementara itu panaskan kuali gril
  • Salutkan stroberi dengan gula dan panggang diatas kuali sehingga berkaramel
  • Selepas 15 minit, keluarkan granola, sejukkan seketika.
  • Apabila sejuk, granola akan mengeras dan rangup
  • Hidangkan trifle, dengan cara melapis granola- yogurt-stroberi-yogurt-granola-stroberi
  • Taburkan sedikit gula perang diatas stroberi

photo 2

Stroberi yang sedang dipanggang

4

Tadaa dah siap. Senangkan. Boleh terus dimakan.Bayangkan keenakannya. Bayangkan rasa rangup granola bersama rasa lemak berkrim NESTLÉ Natural Set Yogurt yang sejuk bersama rasa manis  strawberi yang di panggang.

Sedap, cepat, senang ,ringkas dan sihat

1 thought on “Grilled Strawberry Granola Trifle

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.