Category Archives: Fish & Seafood

Siakap Kukus sempoi…

Tadi dok sembang ngan Rayyan dalam kereta, dia dok kira orang dalam rumah kot kat belakang..then i nyampuk

Mama: Mama, Papa, Abang, Kakak, Rayyan

Rayyan : no no no….. Mama, Papa, Abang, Kakak, Baby (baby sebut slow je, dia malu)

heheheh budak ni perasan betul , ingat dia baby lagi

Oklah….meh sini I nak share ikan siakap kukus. Ni versi paling sempoii tapi sedap.

INGREDIENT

  • 1/2 ekor ikan siakap -cuci bersih dan lumur sedikit garam
  • seketul halia muda  (sebesar ibu jari) -hiris nipis
  • 1 tsp sos tiram
  • 1 tbs kicap cair
  • 1 tsp gula
  • 2 biji bawang putih -hiris nipis
  • 1 biji bawang besar -hiris nipis
  • 1 pokok daun bawang – potong  ikut saiz kesukaan anda
  • 1 pokok daun sup –  potong  ikut saiz kesukaan anda

METHOD

  • Panaskan kukusan dan bila mendidih,kukus ikan  bersama halia
  • campurkan sos tiram , kicap dan gula, kacau sebati
  • Bila ikan separuh masak, tuang sos ( tiram+kicap+gula)
  • Kukus selama 5 minit,
  • sementara ikan dalam kukusan, goreng bawang merah dan putih dengan api sederhana hingga garing
  • Selepas ikan dah masak tabur, daun sup dan bawang, lepas tuang minyak panas bersama bawang-putih ke atas ikan
  • tutup kukusan untuk 1 minit.
  • tadaa siap

Cara masak ni senang and tekstur ikan sedikit firm. Sedap.

Kari Telur Ikan

Ni semua penangan makan nasi kandar kat Penang hari tu la ni, terus hooked dengan telur ikan ni. Telur ikan ni beli kat Tesco, last Saturday keluar pergi Tesco pepagi, sbb kalau pepagi barang still fresh kan. So amik barang-barang kering dulu baru ke barang basah. Tengah dok nengok ikan-ikan, sekali pekerja Tesco letak telur ikan, Tak sampai 60 saat, terus Kheirul sambar. Amik timbang then dia cakap kang lunch masak telur ikan ok.

Bini dia ok je, balik rumah, while he kemas all barang, siang ikan ayam semua, I masak. Buat kari. Pakai rencah kari ikan je. Dia siap kemas, I siap masak. BEbudak buat ayam kicap. Masak kari ikan mesti letak bendi bebanyak baru syok. Pastu bendi tu mesti crunchy lagi. kan kan. I macam biasa kalau makan nasi kuah kari mesti banjir punya.

Ok lah meh kita tengok resepi dia ye

INGREDIENT

  • Telur Ikan dari 1 ekor ikan merah
  • 1 camca cili kisar
  • 3 camca besar rempah kari ikan
  • 6 biji bawang merah – tumbuk
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1 inci halia -tumbuk
  • 2 pelepah daun kari, dilurut
  • 1 camca teh halba campur
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Air secukupya
  • Garam dan gula secukup rasa

METHOD

  1. campurkan bahan tumbuk dengan serbuk kari dan cili kisar, kalau pekat tambah air
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan daun kari dan halba campur dan kacau hingga naik bau
  3. Masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum dan pecah minyak
  4. Tuang air secukupnya, kacau rata dan biar mendidih.
  5. Masukkan telur ikan dan jus asam jawa, kacau perlahan.
  6. Nampak telur tu dah masak, masukkan santan pekat, kacau perlahan dan biar masak sekejap.
  7. Barulah masukkan bendi, rasakan garam dan gula dan bolehlah tutup api.
  8. Biarkan bendi masak sendiri dengan kuah panas baru sedap

 

Buat fishball sendiri

You all pernah buat fishball sendiri? Dulu I rajin la buat masa Ashraff n Afriena kecik-kecik dulu, maklumlah Maid jaga anak, so I kena make sure semua makanan adalah selamat untuk di makan, Dulu masa ada maid, penat sama je dengan takde maid, pagi dah bangun sebab nak masak lunch untuk budak  2 orang tu sebab I tak percaya maid masak  untuk anak-anak. Every morning mesti masak, Buat sup telur, sup sayur, mihun sup dan macam-macam sup lagi. One of their favourite adalah fishball soup. Fishball buat sendiri. senang je.

I buat fish letak sayur siap-siap, so dorang nanti kunyah dan telan je. Untuk bebudak yang tak makan sayur boleh lah campur sayur siap-siap plus bila dah buat macam ni, nampak lagi menarik. Buat fish ball soup pastu makan dengan alphabet pasta tak pun dengan mihun.

Resepi fishball

  • 1/2 mangkuk kecil isi ikan tenggiri
  • 2 sudu tepung kanji
  • carrot, daun bawang, daun sup
  • salt and white pepper to taste

METHOD

  • gaul semua bahan
  • bulatkan doh mengikut saiz kesukaan anda
  • rebus dalam mendidih sehinggan dia timbul. makna nya masaklah tu

Untuk lebih rasa , masa rebus tu, dalam air rebusan boleh letak, sikit daun bawang, bawang putih. Air rebusan juga boleh di buat sup, just tambah garam dan lada putih je.

Selamat mencuba