Kari Telur Ikan

Ni semua penangan makan nasi kandar kat Penang hari tu la ni, terus hooked dengan telur ikan ni. Telur ikan ni beli kat Tesco, last Saturday keluar pergi Tesco pepagi, sbb kalau pepagi barang still fresh kan. So amik barang-barang kering dulu baru ke barang basah. Tengah dok nengok ikan-ikan, sekali pekerja Tesco letak telur ikan, Tak sampai 60 saat, terus Kheirul sambar. Amik timbang then dia cakap kang lunch masak telur ikan ok.

Bini dia ok je, balik rumah, while he kemas all barang, siang ikan ayam semua, I masak. Buat kari. Pakai rencah kari ikan je. Dia siap kemas, I siap masak. BEbudak buat ayam kicap. Masak kari ikan mesti letak bendi bebanyak baru syok. Pastu bendi tu mesti crunchy lagi. kan kan. I macam biasa kalau makan nasi kuah kari mesti banjir punya.

Ok lah meh kita tengok resepi dia ye

INGREDIENT

  • Telur Ikan dari 1 ekor ikan merah
  • 1 camca cili kisar
  • 3 camca besar rempah kari ikan
  • 6 biji bawang merah – tumbuk
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1 inci halia -tumbuk
  • 2 pelepah daun kari, dilurut
  • 1 camca teh halba campur
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Air secukupya
  • Garam dan gula secukup rasa

METHOD

  1. campurkan bahan tumbuk dengan serbuk kari dan cili kisar, kalau pekat tambah air
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan daun kari dan halba campur dan kacau hingga naik bau
  3. Masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum dan pecah minyak
  4. Tuang air secukupnya, kacau rata dan biar mendidih.
  5. Masukkan telur ikan dan jus asam jawa, kacau perlahan.
  6. Nampak telur tu dah masak, masukkan santan pekat, kacau perlahan dan biar masak sekejap.
  7. Barulah masukkan bendi, rasakan garam dan gula dan bolehlah tutup api.
  8. Biarkan bendi masak sendiri dengan kuah panas baru sedap

 

3 thoughts on “Kari Telur Ikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.