Category Archives: Sites News

Jom Tomyam Trip Hatyai & Krabi 31 May – 05 Jun 2013

Assalamualaikum,

Kami sekeluarga bercadang bercuti ke Haytai & Krabi dan ingin share kepada semua kalau ada sesiapa yang nak join trip saya kali nih…

Seperti biasa, trip kali ni kami plan semasa minggu ke-2 cuti sekolah mulai pada hari Jumaat 31 May hingga Rabu 5 Jun 2013 (6 Hari). Tengok 5 hari tu nampak gerun untuk ambil cuti kan.. tapi untuk makluman semua… cuti yang perlu ambil hanya 3 hari aja… Isnin, Selasa dan Rabu….

Ada yang tanya saya.. kenapa buat pada minggu ke-2 cuti sekolah dan tidak pada minggu pertama… sebenarnya minggu pertama cuti sekolah dicampur pula dengan cuti Hari Wesak pada Jumaat 24/5 tu.. berkemungkinan jalanraya akan sesak dengan orang balik kampung dan bercuti.. so saya taknak ambil risiko jalan jem dan kesesakkan maka eloklah plan pada minggu ke-2.

Trip Details:

Tarikh: Jumaat31/05/13 – Rabu 05/06/13 (6 Hari)

Requirements:
i. Sihat tubuh badan dan kenderaan berkeadaan baik
ii. Salinan photocopy Geran Kenderaan
iii. Insurans Thailand (akan dibeli di Changlun)
iv. Passport Malaysia
v. RM & Thai Baht yg mencukupi

Plan Schedule:

Jumaat – 31/05/13
– 10:30pm – Berkumpul @ Sg Buloh R&R
– 11:00pm – Tayar bergolek ke Changlun.
* 2 stops sepanjang ke Changlun (akan ditetapkan kemudian)

Sabtu – 01/06/13
– 6:00am – dianggarkan sampai di Masjid Changlun utk Subuh
– 7:00am – Beli insurans Thai & white card @NZ Enterprise (RM25)
*boleh tukar RM ke Baht kat sini.
– 7:30am – Refueling dan terus ke Border BKT/Danok (ni kena awal untuk elak kesesakkan kat Thai immigration / kastam)
– 9:00am – expected clearence ngan Thai Customs
– 9:30am – Breakfast @ Danok
– 11:30am – terus ke Hatyai (hotel)
– 12:30am – Check-in & rest
– 1:30pm – Lunch
– 2:30pm – Drive/tut-tut ke Floating Market
– 3:00pm – Free & Easy @Floating Market
– 5:00pm – Free & Easy @Hatyai Town
*Solat jama’ kat masjid terdekat
– 7:00pm – Dinner & go back to Hotel
*rehat secukupnye beb sbb esok drive lagi ke Krabi

Ahad – 02/06/13
– 7:00am – Breakfast
– 9:30am – Drive ke Krabi (325km)
*expected 3 to 5 hours of journey, depends on # of stops
*Route – Hatyai – Trang – Krabi
*Stops – R&R sebelum masuk Thanon Phet Kassim (TPK) highway
*Stops – R&R TPK Na Yong, Trang (Lunch)
*Stops – gerai buah, ayam goleks, etc… mid road to Krabi
– 3:30pm – expected arrive @Krabi
*Check-in – Free N Easy
*Discuss about Island Hopping Activities, Booking Boat bla bla bla

Isnin – 03/06/13
– 7:00am – Breakfast
– 8:00am – Island Hopping………
– ???pm – Return Free & Easy

Selasa – 04/06/13
– 7:00am – Breakfast
– 8:00am – Free n Easy
– 10:00am – Rolling Home (Hatyai/Penang)

*BIG NOTE… night stop hotel @Hatyai or @Penang. Will Decide Later!!!! Hatyai if you want

to repeat shopping / Penang if you want to have a goood nasi kandar)

Rabu – 05/06/13
– 7:00am – Breakfast
– 10:00am – Journey home!!!!!!!!!

BUDGET:

1. Hotel @Hatyai = Rm100-Rm150
2. Hotel @Krabi = (RM150-RM200)x2 (proposed Nadivana Apartment)
*for hotel booking will decide later.. normally I book via Agoda.
3. Island Hopping = RM80/pax (lebih kurang, nego kaw kaw ngan tokey boat)
4. Petrol = RM300-rm400 lebih ada.. kurang takde…. +petrol kat siam mahal oooo
5. Toll = RM100 KL-BKT-KL…

OK Guys… That’s my plan.. Cadangan dialu-alukan… buat masa sekarang nih saya sekeluarga memang confirm pergi….. kalau sapa-sapa nak join dan nak rasa drive kat Siam.. jomm laa ikut sekali….

Note: LATEST BY 10 MAY 2013 to Confirm….

 

Keywords Aidil Adha

Assalamualaikum semua,

Rasanya ni penangan Aidil Adha, kebanyakkan keywords Sawanila.com bersangkutan dengan DAGING dan seangkatan dengannya. Boleh jadi seminggu dua nih, semua orang dok search recipe daging kot…

Kepada sesiapa yang dapat daging korban tu banyak cara boleh buat dengan daging tu, antaranya Daging Masak Merah, Daging Masak Kicap, Daging Bakar, Daging Singgang, Daging Gulung, Daging Goreng Kunyit, Sup Daging dan macam-macam daging lagi la…

PS: untuk JAI Teratakarmo… gua bangga siot sebab keyword tertinggi Resepi Daging Masak Merah….

 

 

http://www.facebook.com/sawanila

Salam semua,

Setelah sekian lama Sawanila.com buat fan page kat facebook guna url link http://www.facebook.com/pages/SawaNila/121171889028 yang sememangnya susah nak ingat dan nak tulis tapi bermula hari ini, kami sudah dapat secure url link http://www.facebook.com/sawanila dan http://facebook.com/sawanila

Kepada semua rakan-rakan yang ada page or fan page di facebook, korang semua bolehlah apply url link tersebut. Caranya sangat mudah sekali.. just pergi ke http://www.facebook.com/username dan isi apa yang patut…..

Cepat jangan terlambat nanti url tu kene kebas kat orang… hehehehhehehe

 

Komen Tok Nila : Acu cuber try test tengok.. url facebook TokNila ader ke tidok…..