Category Archives: My Notes

Alhamdulillah …rezeki

I dapat free satu botol 150ml  sebab menang contest Bare Your Skin yang SKII organise hari tuh. Alhamdulillah boleh simpan buat stock. Padahal baru beli satu set awal bulan hari tuh. senyum …tak perlu kata apa-apa..

Congratulations!

We are pleased to inform you that your entry has been selected as one of the winners in our recent Contest

As a reward for your winning entry, we are delighted to present to you with your prize:
SK-II FACIAL TREATMENT ESSENCE (150ML) x 1

keratan email dia..takleh tunjuk semua…

ANW, sekrang I try yang baru gak  , facial treatment repair c. Best berkesan.  NAnti I citer pasal review dia ok.

gambar hasil google, malas nak snap  

Keywords Aidil Adha

Assalamualaikum semua,

Rasanya ni penangan Aidil Adha, kebanyakkan keywords Sawanila.com bersangkutan dengan DAGING dan seangkatan dengannya. Boleh jadi seminggu dua nih, semua orang dok search recipe daging kot…

Kepada sesiapa yang dapat daging korban tu banyak cara boleh buat dengan daging tu, antaranya Daging Masak Merah, Daging Masak Kicap, Daging Bakar, Daging Singgang, Daging Gulung, Daging Goreng Kunyit, Sup Daging dan macam-macam daging lagi la…

PS: untuk JAI Teratakarmo… gua bangga siot sebab keyword tertinggi Resepi Daging Masak Merah….

 

 

Demam Masterchef sudah datang, tapi….

Demam masterchef dah.. dah 2 malam berkobar-kobar tuggu nak tengok Masterchef Malaysia.Tapi macam hampa sikit lah sebab

3 chef merangkap juri dan host kaku

First night tengok wah best tapi macam tak syok sangat sebab Juri yang jugak host cakap maca baca buku sastera. Kan best kalau dia bleh bersahaja cakap. Memang la dorang chef-chef yang layak tapi rasanya..penting jugak cara untuk berkomunikasi. Sebab dorang bukan setakat berkomunikasi dengan peserta tapi dengan penonton yang kat luar ni. Nasib baik semua dok tunggu nak tengok MCM kan. Cubalah bersahaja…Malam kedua pun macam tu… mungkin dorang tak dapat membiasakan diri lagi kot. Memang susah gak. I paham sebab  pernah mengalaminya. So mungkin penonton yang kena adopt  dengan kekakuan juri kot . Mungkin kah?

Iklan banyak sangat

Taula nak iklankan sponsor, tapi kalau every 15 minit kira melampau lah sebab we not getting the astro free… bayar ok. Dah lah charge astro asyik naik je. Dah kalau nak iklankan sponsor tu tak payahlah nak iklankan rancangan serasi bersama tuh. Mesti uolss nyampah kalau banyak iklan kan.

Membazir

gila dorang membazir. Orang miskin nak beli telur sepapan pun rasa terbeban.. ni MCM mai buang je. Tu belum kira bab bawang lagi. Wei bawang mahal tau. Naper? tak boleh ke buat skill test pakai time. Ok sapa boleh potong bawang paling banyak dalam masa 10 minit? Sapa boleh asingkan telur dalam masa 10 minit? Barulah tak membazir. Ni tak puas hati main buang…membazir tuh. taulah barang sponsor tapi jimat lah sikit

Apa kata yo all? You all tengok Mastechef Malaysia tak?