Author Archives: Yatie

Ke Saloon plak

Rasanya adalah 3 tahun tak ke Salon. Sejak pakai tudung, me no longer berkunjung to Salon memanjakan rambut.Dulu  mesti ada je… kejap pergi rebondinglah… kejap pergi perm la.. kejap color la..kejap buat highlightla.. just imagine banyak gak duit habis. Geleng kepala husband bila I told him I spend more than 5oo buat treatment. Hahah few years ago.Now no more.. membazir betul I dulu rasanya

So last week, was my first time ever pergi Salon. I pergi kat KB Mall since susah sangat nak cari yang tertutup punya salon. I pergi dengan Afriena while the boys lepak tempat game. Punyalah banyak Salon kat KB Mall….Satu jer I berkenan. I pergi potong, cuci and treatment sikit. Total is RM50. Murahkan!!!. And peneman nye… Afriena and dia pun mintak nak trim rambut. Asked her, nak cuci tak .. dia cakap tak nak.

Nanti next balik KB nak color rambut plak. Boleh tak suamiku???

Sekitar Majlis Cukur Jambul dan Aqiqah Arrayyan

Nak kongsilah jugak majlis Cukur Jambul dan Aqiqah Arrayyan. Majlis start pukul 5.30 pagi lagi. Pukul 5.30 gitu kena pergi ke Masjid Pulau Melaka jumpa Tok Nik untuk buat cukur Jambul. First time jumpa dia, he is so humble. One of tokoh politik yang I segani adalah dia.Sorry gambar blur sbb perempuan tidak dibenarkan masuk only lelaki. Ramai pulak nak jumpa beliau untuk cukur jambul anak.I snap pun pakai hp jer.

Lepas tu , after cukur jambul, balik ke rumah balik for afternoon preparation. Pukul 10.30 orang dah start datang. Ramai betul maybe around 80 ladies. They performed sembahyang hajat and baca yassin.

another hall pun ada orang gak

Ha ni plak bunga telur untuk diberikan pada muslimat

Bunga telur campur-campur. Bunga telur masa I kahwin dulu pun ada. Kaler purple. BUnga dip yang dibuat khas oleh suami tercinta.

The desert.. ada buah honeydew, tembikai, kuih lapis and pulut kuning

Lauk pauk yang sangat banyak. Ada Gulai kawah kambing (mmg sedap), ayam percik, lemak kuning ikan rebus, soolok lada, acar timun, sambal belacan

Ha ni, time selawat. Selawat dorang buat lepas sembahyang zuhur.Simple gier Rayyan, sepatutnya dia kena pakai alas songket, tapi dekat nak selawat dia poo plak so kena angkut cuci and tak sempat nak hensemkan dia. Takpelah… mungkin Rayyan adalah seorang budak yang simple kot.Gambar pun blur sbb too many people nak menyelit susah…

ANW, alhamdulillah semua berjalan lancar. Lot of thanks to my MIL, SIL, HUsband, my mom sebab byk buat kerja and off course jiran-jiran yang datang tolong. And off course myself. PEnat giler mengalahkan kenduri kambing.

Bila Balik kampung

inilah salah satu aktiviti Ashraff and Afriena bila balik kampung. Main organ Untie dorang. Asala sampai jer mengadap benda nih.

Selain dari main organ lainnye aktiviti is teasing around. Suka sangat menyakat Wan dorang. Paling kelakar Wan (MIL) kena kunci kat luar . She kept calling everybody to open the door and no one here and he just gelak-gelak. All of us kat atas. Naughty tak Ashraff?
Kat rumah Nenek dorang plak, terlepas dok kejar ayam, buli pakcik – pakcik dorang and that day kebetulan hujan, apa lagi main hujan tanpa disedari oleh mak bapak dorang.
Pening kepala maklumlah bukan selalu terlepas….