Jelajah Selatan Thailand.
Sinopsis :
- Kenderaan : Naza Citra 2.0
- Pit Stop : Kuala Lumpur – Hatyai – Phuket – Alor Setar – Kuala Lumpur
- Jarak Keseluruhan : 2178km
- Jangkamasa : 6 hari
- Hari Pertama (26/9) : Kuala Lumpur – Hatyai
- Hari Kedua (27/9) : Hatyai
- Hari Ketiga (28/9) : Hatyai – Phuket
- Hari Keempat (29/9) : Phuket
- Hari Kelima (30/9) : Phuket – Alor Setar
- Hari Keenam (1/10) : Alor Setar – Kuala Lumpur
- Petrol RON 95 :RM466.00
- 25-9-2010 : Kuala Lumpur : RM57.00
- 26-9-2010 : Changloon, Kedah : RM81.00
- 28-9-2010 : Khao Mai Kaeo, Sikao, Trang : RM84.00 (B31.08/liter = RM3.11/liter)
- 30-9-2010 : Phuket : RM121.00 (B34.07/liter = RM3.41/liter)
- 30-9-2010 : Bang Klam, Songkhla : RM50.00 (B30.95/liter = RM3.10/liter)
- 01-10-2010 : Alor Setar, Kedah : RM73.00
- Tol : RM111.70
- Jln Duta – Juru : RM38.90
- Sungai Dua – Hutan Kampung : RM11.70
- Jitra : RM1.40
- <perjalanan balik>
- Bukit Kayu Hitam (Imigresen): RM3.50
- Jitra : RM1.40
- Hutan Kampung – Alor Setar :RM0.40
- Alor Setar – Sungai Dua : RM11.40
- Juru – Damansara : RM43.00
- Imigresen Thailand : RM25
- White Card (RM2 x 5) = RM10
- Passport Pergi (RM1 x 5) = RM5
- Passport Balik (RM1 x 5) = RM5 (tapi sedekah RM10 pasal takde duit kecil)
- Insurans Thailand : RM25
- JUMLAH : RM 627.70
Ini adalah pengalaman kami sekeluarga mengembara ke Selatan Thailand buat kali pertama secara solo dan hanya berbekalkan kenderaan Naza Citra kami, Garmin GPS dan doa kepada Allah SWT. Disini saya akan cerita pengalaman dalam perjalanan sahaja dan posting lain akan diceritakan dengan lebih lanjut lagi berkaitan dengan aktiviti kami disana…..
Sekalung terima kasih diucapkan kepada Lilian Chan kerana membantu memberi sedikit panduan bagi kami untuk urusan kastam dan imigresen siam.
25 Sep 2010 – 11:55pm : Petronas, Sg Besi
Perjalanan bermula disini. Tepat jam 11:30pm kami bertolak dari rumah dan singgah di Petronas Sg Besi untuk mengisi petrol dan membeli minuman dan makanan untuk bekalan sepanjang perjalanan. Saya lebih suka memandu pada malam hari sebab tiada gangguan semasa memandu dari anak-anak oleh kerana mereka tidur sepanjang malam. Tepat jam 12:00 malam kami bertolak menuju ke Changlun. Kami berhenti sekejap kat RnR area Gunung Semanggol untuk buang air kecil dan berehat untuk 15 minit
26 Sep 2010 – 04:55am : Changlun, Kedah
Memang tepat jam 4:55 pagi kami tiba di Changlun, singgah kat Caltex Changlun sebab saya perut memulas la plak.. so lepas menunaikan hajat besar tu kami singgah di Masjid Changlun dan tidur sekejap sementara menunggu waktu Solat Subuh. Selesai aja Solat Subuh, kami berehat dan tidur kejap untuk melepaskan mengantuk sementara nak mengunggu urusan insurans kereta.
Masjid Changlun
Tepat jam 7:00 pagi, semua dah bangun, Ashraff dan Afriena biasalah mengacau baby tidur. Apa lagi bila semua dah bangun… so kene gerak lah… sebelum tu isi petrol dulu kat Petronas Changlun… maklum ler kat sebelah Siam tu petrol mahel.. so kene isi penuh penuh ler…
Petronas Changlun
Lepas isi petrol.. sekarang bermulalah proses untuk memasuki kenderaan ke Thailand.
26 Sep 2010 – 07:15am : Membeli Insuran Kenderaan Ke Thailand
Sebelum masuk ke Thailand, saya singgah dulu kat kedai Kiang nih. Kedai ni betul-betul sebelah Masjid Changlun. Kedai ni menyediakan perkhidmatan insuran siam dan juga proses mengisi borang white card ke Thailand. So kedai ni kira macam one stop center la untuk ke Siam. Bukan kedai ni aja yang ada, banyak kedai kat pekan Changlun tu sampai kedai runcit pon jual insuran Siam.
Saya beli insuran kenderaan untuk 7 hari dan dokumen wajib adalah salinan geran kenderaan dan surat kebenaran dari tuan kenderaan. Sekiranya tuan punye kenderaan tu ada sekali, surat kebenaran tu tak perlu buat. Harga untuk kenderaan saya RM25 sebab MPV. Kalau kenderaan sedan RM16 kot kalu tak silap. Kat kedai Kiang nih gaks saya suh diorang isi white card… charge RM2 seorang so semua sekali RM10 lah untuk 5 orang. Total up jadi RM35 semua….
Insurans Siam dan White Card yang dan diisi
Procedure nak masuk kenderaan ke Thailand berbeza dengan procedure memasuki kenderaan ke Singapura. Prosesnya takde lah rumit mana pon senang aja. Saya permudahkan dalam point form:
- Salinan Geran Kenderaan. (wajib ada)
- Surat Kebenaran Membawa Kenderaan dari pemilik. (Sekiranya kenderaan nama orang lain) kalau sendiri punye takyah.
- Insuran Thailand. (RM25 untuk MPV – Beli kat Kedai Kiang, Changlun)
- Isi White Card. (RM2 sorang. Isi kat Kedai Kiang gaks) + Passenger list <- (updated 2017)
- Imigresen Malaysia. Pandulalu aja… Bagi Salam dan serahkan PASSPORT. Turunkan tingkap kenderaan supaya pegawai dapat tengok pemandu dan penumpang kenderaan. Selesai terus pandu ke imigresen Thailand plak. Kat tengah-tengah jalan antara Malaysia dan Thailand tu, pegawai Imigresen Malaysia dan Kastam Malaysia akan menyemak salinan geran dan insuran siam… just tunjuk aja kat diorang
- Imigresen Thailand. Sampai pintu pagar border Kedah-Thailand tu, terus belok kiri pi kat parking. Parking kenderaan dulu dan semua kene turun. Mula-mula pi beratur dan chop passport dulu. (Sila selit singgit RM1 dalam setiap passport untuk “upah” pengurusan). Senyum bila pegawai tu amik gambor muka kita ngan webcam komputer dia. Lepas chop passport, tuan punye kenderaan pi ke kaunter Kastam Thailand. Kaunter kastam tu kat tengah-tengah. Kaunter No.4 kalu tak silap.
- Kastam Thailand. Tuan punye kenderaan kena bawa salinan geran dan insurans siam untuk isi borang membawa kenderaan. Sign apa-apa yang patut. Satu salinan surat pengishtiharan kenderaan akan dikeluarkan oleh Kastam Siam… SILA SIMPAN ELOK-ELOK surat ni.. kalu tak…. tak balik Malaysia la keter ko….
- Selesai je.. pi balik ke parking tadi dan pandu lalu ke lorong Kastam Siam tadi (kaunter No.4) dan tunjuk surat tadi dan ucap ALHAMDULILLAH…
Surat Pengistiharan Kenderaan Thailand
26 Sep 2010 – 08:35am(myt) : Menuju ke Hat Yai
Waktu menunjukkan jam 8:35 pagi waktu Malaysia dan 7:35 pagi waktu Siam. Alhamdulillah, segala urusan imigresen dan kastam Siam lancar sekali tanpa sebarang masalah. So, kami sekeluarga terus memandu ke Hat Yai tanpa henti. Dengan bantuan Garmin GPS, perjalanan memakan masa 1 jam sahaja dan melalui Sadao terus ke Hotel Novotel Centara Hatyai pada Jam 9:45am waktu Malaysia, 8:45am waktu Siam. Awal tu.. Nanti Yatie akan citer lagi apa aktiviti kitaorang kat Hatyai tu ye…..
26 & 27 Sep 2010 – Aktiviti Di Hat Yai
Sila tunggu kemunculan postingnya. SILA CLICK SINI
28 Sep 2010 – 08:00am(tht) : Menuju ke Phuket
Tepat jam 8:00 pagi waktu Siam, kami meninggalkan Hat Yai untuk menuju ke destinasa kami seterusnya iaitu ke Pulau Phuket. Suasana bandar Hat Yai masih lagi lengang dan kenderaan pun tak banyak sangat lagi. Mengikut jangkaan Garmin GPS kami, kami akan tiba di Phuket dalam jam 2:24pm. Itu jangkaan aja… tak termasuk berhenti semua lagi tu.. kami jangka dalam kul 3 petang kot kami akan tiba. Mengikut Mr. Garmin, kami akan melalui Phatthalung, Trang, Krabi dan terus menuju ke Phuket.
28 Sep 2010 – 08:44am(tht) : Nature’s Call
Biasalah kan… travel dengan bebudak… kejap nak minum lah.. kejap lapar laa…kejap nak kencing la… so kami berhenti kejap kat stesen petrol PT dekat Kamphangphet, Rattaphum, Songkhla. (GPS: N07 06.317 E100 19.906). Stesen petrol nih orang Muslim yang punye. Kat sini ada tersedia Surau dan kedai sebanika. Yang paling saya kagumi adalah tandas dia.. SUPER BERSIH.. kalah tandas kat Plus Highway kita.
Surau tersedia dan bersih
Tandas yang Super Bersih
Selesai tunai hajat semua.. kami teruskan perjalanan….
Lays Perisa Tom Yam.. mesti cuba
Kat kedai serbanika kat stesen minyak tadi lah saya beli Lays berperisa Tom Yam ni.. Maklum la, pekerja kat situ tak reti cakap English or Melayu.. main untuk isyarat jer.. dia cakap yang ni sedap.. so saya belilah.. satu perisa tomyam dan satu lagi perisa BBQ.Reger murah gaks RM2.50 aja sebungkus….
Korang kalu pergi Siam MESTI cuba Lay’s berperisa Tomyam ni.. WAJIB cuba… rasernye.. HUH… YA ALLAH… tuhan aja yang tahu… MASAM, PEDAS, MASIN, semua raser ada… sesuai dimakan untuk orang mengantuk.. gerenti hilang mengantuk dan terjaga cerah bijik mater punye.. HOROR giler rasernye.. tapi saya belasah gaks sampai habis…..
Selang 10 minit aja dari stesen petrol tadi… terpaksa singgah plak kat stesen PTT untuk beli minuman oleh sebab Lay’s tomyam tu.. huh…. So Yatie belilah apa yang patut… Sepanjang highway memang banyak terdapat stesen petrol.. so jangan bimbang. Semua stesen petrol dia menyediakan kemudahan yang superb… yang paling kami suka.. tandas dia yang SUPER BERSIH…
28 Sep 2010 – 09:14am(tht) : Thanon Phet Kasem Highway
Highway Siam yang best
Highway kat Thailand memang boleh dipuji. Jalannya lebar dan lengang. Yang paling best sekali FREE.. tarak tol. Mula-mula saya ikut speed limit gaks ler… 80kmh – 90kmh.. tapi saya tengok keter siam semua pelesit semua.. so join sekaki ler… Highway yang kami lalu menuju ke Phatthalung seperti yang telah diarahkan oleh Mr.Garmin. Nama highway dia kalu tak silap namanya Thanon Phet Kasem. Setibanya di Phatthalung, kami mengambil simpang ke kiri dan terus menuju ke Trang.
Muka first timer driving kat Siam
Punye ler seronok Yatie drive kat Siam ni.. tapi nasib dia kurang baik.. Semasa saya drive, saya dapat highway yang jalan dia cukup best, besar, lebar, lancar dan cukup segala-galanya.. itu yang teringin bagi Yatie nak drive tu.. so saya bagi peluang dia drive… mula-mula jalan dia OK.. smooth aja.. selang 5 minit jer… kita dah melalui kawasan berbukit bukau dia Area Ban Na.. Jalan dia memang horor giler… bengkang bengkok, sempit dan berbukit.. so terpaksa tukar balik dan saya plak yang cont driving. Lepas 10 minit jer saya sambung drive balik… jalan kembali besar dan lancar.. tu yang Yatie angin tu.. kata jalan kat siam ni sabotaj dia…
28 Sep 2010 – 10:45am(tht) : Sesat Di Trang
Dari Phatthalung kami tiada masalah untuk sampai di Trang tetapi setibanya kami di Trang masalah GPS plak. Rasernye kami dah update map Garmin GPS kami yang latest punye version, tetapi masih lagi jalan-jalan di area bandar Trang ni tak tepat dan takde info.
Sesat kat Pekan Trang.
Redah punye redah, segala lorong kami masuk tetapi masih tak jumpa jalan keluar. Screen Garmin GPS pon putih jer takde info langsung…Nak based on signboard… langsung tak paham tulisan cacing kerawit dia tuh… Nih bukan “Trang” ni.. ni “GELAP” ni saya buat joke kat Yatie… dalam 15 minit gaks la sesat kat bandar Trang tu sebelum jumpa stesen keretapi Trang dan saya based jalan keretapi tu untuk keluar dari pekan Trang tu… Then saya zoom out Garmin untuk tengok position lokasi semasa dan nearest main road.. Alhamdulillah… just based on arah dan agak-agak akhirnya jumpa gaks main road… HUH.. dua tiga kali pusing gaks la baru jumpa…. kepada tokey MalSingMaps dan Malfreemaps….. harap dapat membantu untuk update jalan-jalan terutama kat Bandar Trang ni.. kalu tak gelap arah ler kami semua…..
Hujan selebat-lebatnya
Perjalanan menjadi perlahan sedikit oleh sebab hujan yang turun selebat-lebatnya… tapi yang peliknya kat Siam ni… diorang releks jer bawak motor tanpa helmet dalam hujan lebat cam gini.. dah la tu.. baju ujan pon tak pakai….
28 Sep 2010 – 11:45am(tht) : Refueling kat Khao Mai Kaeo, Sikao, Trang
Stesen Esso Khao Mai Kaeo, Sikao, Trang
Fuel indicator menunjukkan dibawah separuh tangki.. so taknak ambil risiko. Refuel kat Stesen Esso Khao Mai Kaeo, Sikao, Trang. (GPS: N07 39.128 E099 19.265). Harga petrol RON95 kat sini Baht31.08/liter, dah naik skit berbanding Hatyai. Huh mendidih tengok meter pam tu.. Terbang ler RM84 gaks (B840). Sudah pastinya kalau berhenti.. mesti lepaskan tanda-tanda yang patut.. check tandas.. memang super bersih lagi… kagum dengan warga Thai yang memang menjaga kebersihan tandas awamnya.. dah la FREE… kalau kat Malaysia nih.. kene tiga posen pon masih kotor….
Dah dekat 4 jam driving…… masih ada lebih kurang 3 jam lagi utk sampai ke Phuket.. Nasib baik bebudak tak meragam tahap extreme lagi.. cuma merungut dan budak 2 orang tu suka sangat bergaduh dan kacau baby….
28 Sep 2010 – 1:47pm(tht) : Tiba di Krabi
Bandar Krabi
2 Jam driving non-stop, tibalah kami ke Bandar Krabi… bandar perlancungan gaks… dan banyak tempat-tempat menarik sekitar Krabi ni. Sepanjang perjalanan, kami tidak terserempak langsung dengan kenderaan Malaysia ataupun Singapura.. cuma kenderaan kami sorang jer nampak pelik kat jalan sebab kat Siam ni diorang suka guna pickup dan van besor. Kat mana kami lalu semua orang akan pandang.. itu yang membuat perjalanan seronok… tapi yang lagi seronok.. kami dapat lihat banyak masjid ditepi jalan.. memang dalam selang 5 – 10 km ada sebuah masjid.. Kebiasaanya kat sebelah masjid tu ada gerai jual makanan..so tak risau sangat la.
28 Sep 2010 – 3:32pm(tht) : Seronok Merentasi Jambatan Ke Phuket
Rasa penat dan sakit bontot hilang bila kami merentasi jambatan ke Phuket ni.. Kami dah duk dalam kereta hampir 7 jam setengah dan setibanya di Phuket ni raser seronok sangat.
Siap berhenti ditepi jalan tu untuk snap sekeping gambor… Dari KL-Phuket nih clocking 1086KM.. huh.. kalau dulu masa naik motor besor.. sapa yang travel more than 1000km diorang panggil IRON BUTT.. tapi naik keter nih kira bontot besi gaks ler… dah la tu.. sampai lunch pon dalam keter makan snacks dan roti aja… Alhamdulillah.. kereta masih lagi tip top… takde masalah buat setakat nih…
28 Sep 2010 – 4:12pm(tht) : Checked In @ Patong Bay Garden Resort
Nah kau.. aku parking depan pintu hotel terus
Mula-mula saya ingat pulau Phuket ni kecik jer.. tapi dari jambatan tu nak sampai ke Patong Beach ni kira amik masa setengah jam gaks la.. gedebuk gedebak campur sesat skit cari hotel yang sememangnya takde dalam POI GPS nih menyukarkan kami skit.. terpaksa tanya orang.. at last call hotel suh bagi direction baru jumpa….Patong Beach nih memang hevoc dan happening giler… memang terkezut gaks bila mula-mula sampai tu..
kami checked in kat Patong Bay Resort ni dalam jam 4:15pm waktu Siam…. sampai-sampai aja terus buat solat jamak-qasar…lepas solat, nampak katil yang empuk.. terus terlena sekejap sambil bebudak pi mandi……
Untuk hari ni aja kita orang dah travel dari Hat Yai ke Phuket sejauh lebih kurang 450km dan mengambil masa lebih kurang 8 jam….
percutian paling best….. rasa nak bat trip cam ni lagi lah…pergi mana ek
best2 ….cam bace buku cerita je…cepat2 la continue ye
sgt adventure, thanks for the tips, may be nak try gak
kak liza… best kak liza.. good for kids jugak.
this is an awesome idea, yatie. menarik sgt. tak sabar gak nak tengok more pics of your holiday
actually kalau ada geng drive lagi best…konvoi..
salam..salinan geran kenderaan ok ke untuk masuk ke Thailand.. tak perlu original?
w’salam….
tak perlu bawa geran original.. cuma perlu bawa salinan photocopy aja…
syorkan untuk bawa minimum 2 salinan sebab 1 salinan imigresen siam amik.. dan satu salinan lagi simpan untuk kegunaan lain… mana le tahu masa bawa kat siam tu kene tahan ker.. n polis diorang nak tengok ker.. so lebih baik simpan satu salinan…
dan yang paling penting simpan Surat Pengistiharan Kastam Kenderaan Thailand tu baik baik.. jangan hilang….
kalau masuk ke rantau panjang ke golok thailand ,procedure sama mcm ni jugak ke?Surat Kebenaran Membawa Kenderaan dari pemilik. (Sekiranya kenderaan nama orang lain) kena buat sendiri ke?
Surat kebenaran dari pemilik itu kene buat sendiri.
Just buat surat rasmi, sign oleh pemilik asal dan salinan ic pemilik asal…..
masuk ikut rantau panjang pon sama jer….
salam Abg kheirul, thank you for your guide Malaysia-Hatyai! memang terbaek! insyallah we are going on this 7th-8th-9th-10th January 2011.. (5 Triton/Pickup truck) nak pegi tengok tempat,shopping accessories 4×4 and coming soon maybe bulan 5, group Triton Tuners Club, maybe 15-20 biji pickup Triton akan ke destinasi Ha…tyai-Bangkok! semoga blog abang ini akan menjadi panduan kepada sesiapa sahaja yang ingin memandu ke Thailand/Hatyai/Krabi/Phuket
Satu tips….. kalau pergi convoi.. semasa kat border, jangan tunjuk kat kastam/imergresen siam yang korang ni konvoi.. kang tak pasal-pasal diorang suruh korang bayar pengiring join sekali ngan konvoi korang………
bukan skit duit tu kene bayar pengiring….
psssttt: kat Sadau/Hatyai tu memang heaven untuk 4×4……. tangkap nangis oooooooo
..best nye. please sambung citer lagi….
love.. boleh click kat sini http://sawanila.com/v10/tag/kra-project/
Saya dan hubby ke Kelantan ikut selatan Thai dan melalui Daerah Narathiwat. Seronok. Tapi on the way pi kami takut nak berhenti makan sebab takut tak halal dan kedai makan hanya warung tepi jalan jer. Jangka masa perjalanan hanya 4 jam sahaja. Sampai Kelantan kami makan sepuas puasnya. Kami pi anak beranak jer. Mungkin pas ni kami ke Phuket palk. Baca mcm sronok jer.
Kalau daerah Nagho (Narathiwatt) tu… mostly kat sana beragama Islam.. so makanan kat sana memang halal…
Cuma berjaga-jaga kat 3 wilayah selatan thai… Nara, Yala & Songkla….. sebab masih kurang tenteram…
bagus rancangan tu. nak pi ke Phuket.. memang satu pengalaman yang seronok pi phuket ikut jalan darat ni… memang adventure….. pasal makan senang jer.. cari masjid.. sebelah masjid ada gerai makan
nice travel blog u have… cuma nk tanye psl ‘Salinan Geran Kenderaan’… dorang nk yg ori ke? sbb yg ori wak ade kat bank…
SALINAN or PHOTOSTAT dah cukop.. tak perlu yang ori
askm surat kebenaran drpd pemilik tulis dlm bahasa melayu ke inggeris
english
english
Very interesting journey. Syabas & tq for all the valuable tips..
Insurans kereta motosikal van ke Thailand
http://nurmas-homestay.blogspot.my/2015/12/perkhidmatan-insurans-ke-thailand.html?m=1
Insurans Kereta Ke Thailand
Saya menyediakan perkhidmatan dokumen untuk mereka yang ingin melancong ke Thailand dengan membawa kereta dan motorsikal sendiri.
1) Membeli Insurans Thailand kenderaan anda untuk bila-bila tarikh yang di kehendaki.
2) 2 Set Borang TM2 Maklumat Pembawa (Information Conveyance) dan TM3 Senarai Penumpang (Passenger List).
3) Membeli Borang TM6 Visa Berlepas & Ketibaan (Arrival & Departure).
4) Pos semua di atas ke alamat rumah atau pejabat anda.
Layari Link di bawah
http://nurmas-homestay.blogspot.my/2015/12/perkhidmatan-insurans-ke-thailand.html?m=1
tq for the info