Restoran Aminah, Samila Beach

DSC_7273

kedai baru bukak – 1-2 pekerja boleh cakap kelate yang lain kena cakap siam lah

Sampai je, terus cari tempat lepak makan-makan dulu sbb nak check in, Hari masih siang. So  dekat-dekat hotel ada kedai makan seafood. Dorang plak nak breakfast tomyam pepagi. So apa lagi jalan je lah… Actually perut tak lapar pun sbb tadi masa kat Sadao dah beli pulut ayam. Tapi tomyam punya pasal kita buat-buat lapar.

30 minit jugak lah makanan sampai…tapi takpe sebab bebudak ni main-main pasir pantai dulu.

DSC_7323

telur dadar menu wajib order

DSC_7325

tomyam putih..special ni

Special tomyam ni.Kat sini dorang masak tomyam putih. Kalau phuket tomyam merah, kalau Bangkok tomyam ada santan, kat Krabi plak tomyam manis….adehhhh. Yang manis tu terkena kot dia salah terletak garam ngan gula kot. Semangkuk tomyam ni semua binatang ada. Yang paling best ada rumpai laut dalam tu. Tomyam putih ada rasa masam-masam tomyam, dengan sedikit rasa pedas yang malu-malu ayu. Sedap, rasa dia lain-dari yang lain. Tapi kalau I diberi peluang untuk baiki tomyam ni, mungkin I akan tambah cili sikit,  lepas tu ketuk serai lagi, letak daun limau purut dan ketumbar. PERFECT!!!

DSC_7326

yang kaler putih tu adalah rumpai laut

Tapi apa -apa pun sedap tomyam ni.

 

DSC_7327

muka lapar semua tuh

DSC_7328

Rayyan and Afriena nak makan nasi goreng , so kena order and bagi dua.

DSC_7333

Sotong goreng tepung

Ok lah rasa dia, tapi sotong oreng stail macam ni tak berapa syoklah untuk kiterang… kiterang suka yang macam kat phuket tuh. Yang makan kat restoran terapung tu. Lama jugak lepak kat situ. Sbb tunggu member lagi sorang dari Hatyai bawak voucher hotel. Setelah sejam lebih lebih  lepak sampai semua budak dah berenang atas pasir, finally…dapat check in hotel. Harga makanan kat sini ada sikit mahal. Makan macam tu dah 900 Baht lebih..I prefer makan streetfood sbb street normally lagi sedap….

takpe next time insya Allah

 

1 thought on “Restoran Aminah, Samila Beach

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.