Yearly Archives: 2012

My First Kleenex Ultra Soft Fresh Scented Experience

Wanginya kotak ni… ada apa ek dalam ni? Bukak-bukak je rupanya ada tisu tandas.

sniff before you open !

Wow, tisu tandas yang wangi? Hebatnya!

I dapat tisu ni dah seminggu, bukak je dulu sebab nak rasa pengalaman dia.Mak aiih wangi plak bilik stor ni. Masa mula-mula tu tak perasan itu bau tisu tandas, meremang gak bulu roma sebab dok rumah dengan Rayyan je kan. Heheheh rupanya Kleenex® Ultra Soft Fresh ni yang keluarkan bau. Padahal dia duduk dalam kotak yang sedikit terbuka je tau.

Patutlah dia wangi…

Kleenex® Ultra Soft Fresh boleh didapati di semua pasaraya dalam pek 10-gulung dan 20-gulung dan setiapnya pada harga jualan RM17.95 dan RM33.10.

I suka sangat dengan toilet yang wangi. Selalu sebelum mandi I akan sembur winyak wangi sebab nak kekalkan rasa segar bilik air, masa mandi pakai mandian yang wangi, so bila keluar bilik air, orang lain masuk tetap boleh bau wangi. Kadang-kadang I letak lilin wangi, tapi tak praktikal sebab bilik air kat rumah kecil.Pastu I berangan nak letak bunga …. Lagi hampeh. Takde bau pun??? Lebih kepada perhiasan.Ke hidung I yang tersumbat?

Kalau ada pun kejap je…Takkan nak letak bunga harum sundal malam??? Yang tu wangi, pernah bau  masa kat rumah kakak ipar dulu. Karang tetiba ada orang nyanyi pulangkan ….

Now , I tak payah pening-pening dah… I dah ada penyelesaian dia, Cuma letak segulung tisu Kleenex® Ultra Soft Fresh yang pastinya amat praktikal. Boleh guna sebaik sahaja selepas guna toilet. Kan kan? Dah 3 hari dalam toilet dan setiap kali masuk toilet mesti ahhhhhh wangi nya. Rasa segar. Bila wangi, rasa segar, bila rasa segar mood mesti baik.

You nak tak alami kesegaran  Kleenex® Ultra Soft Fresh? Apa lagi kena la pi beli dan dan dan….ada lagi

Sertailah peraduan “Kleenex® Refresh Your Bathroom” pada bulan September ini di Laman Facebook https://www.facebook.com/Kleenex.Malaysia untuk berpeluang memenangi 3 Hadiah Utama yang bernilai lebih dari RM40,000 keseluruhannya. Nak tau apa hadiah dia?

Tadaaa…

Menarik tak hadiah dia?

Macam mana nak menang? Senang je masuk Laman https://www.facebook.com/Kleenex.Malaysia , Pastu terangkan kenapa you all  bilik air  you all “disegarkan” oleh Kleenex. Ha macam kat bawah ni

Senangkan.. pastu hadiah tu sangat best. I pun nak join la.. mana tau boleh buat toilet idaman hati.

Maklumat lanjut boleh didapati di Facebook Kleenex Malaysia. Good Luck pastu sapa menang jangan lupa buat “toilet warming” tau. I nak pi toilet nak bau bau wangi sat. bye bye

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan Kimberly-Clark di

1-800-82-1188 (bebas-toll) pada hari minggu dari 9 pagi hingga 5 petang.

Adam Dan Hawa

Sapa tengok citer Adam dan Hawa? Mesti ramaikan. mula-mula start , I tak tengok pun and memang malas nak layan sebab kang sekali tengok terjebak plak. Pastu adehh ramai sangat yang dok tulis jln citer kat twitter, arggghhh cuba lah tengok.Mula-mula tengok macam boring, lama-lama tengok ok not bad. Dah sampai episod 11 terus, ish takleh jadi ni kena tengok. Yang paling nyampah watak dia buat masa ni watak Dee, eeee kecik je tengok si Dee. ada ke manusia perangai camni.

pic credited to Astro

I tengok citer ni kat Daily Motion.Rumah kita takde Astro HD.Sapa nak tengok Adam Hawa online klik je kat sini.

Ain… dah udah la merajuk. Am dah dahlah pi cari bini. Jangan biar lama-lama

German Deli Imbiss Memang Sedap Dan Memukau

Malas nak intro panjang-panjang. Kalau korang nak makan Burger, Hotdog, Steak, Soup, Sandwich bla bla bla bla bla… yang SEDAP, BESAR dan MURAH….. saya syorkan tempat ni…..  German Deli Imbiss yang terletak kat Jalan Kerja Air Lama, Ampang (belakang Petronas)….

Click Gambar untuk ke halaman rasmi German Deli Imbiss

Mula-mula saya sangkakan, mesti mahal kalau kita nak menikmati masakan German yang asli, tetapi sangkaan saya meleset…. kerana harga makanan kat sini semuanya sangat-sangat berpatutan dan boleh dianggap MURAH jika dibandingkan dengan harga restoran makanan segera mekdi….. Kalau tak percaya,…. meh kita tengok menunya…

Tengok la sendiri… berapa harga dia…  sangat berpatutan sangat… standard burger kat sini semuanya bermula dari 180gm… tapi kalau yang rasa dia tu pelahap.. jangan segan untuk mencuba Megaton 1000 Wiggy… 1 kilo daging tu beb.. kasi pecah lu punye perut punye….

hah… kalau sapa-sapa yang senaman muka… saya syorkan untuk cuba XXL JAWREAKER 1 kaki panjang punya… memang terbaik….

Heheh…Kalau yang taknak burger dan hotdog… boleh cuba pelbagai jenis sandwiches dia.. selain drp tu… saya syorkan juga try mee soup 180gm daging dia.. memang sedap sangat… memang pening paler bila nak pilih menu… memang memukau bila tengok menu dia.. tengok yang nih.. nak yang nih.. tengok yang tu.. nak yang tu plak…… tapi kan… JANGAN LUPA untuk ambil side order RM2 dia.. APA!!!! DUA RINGGIT.!!!!…. saya memang tak lupa untuk ambil Mashed Potato dua ringgit dia tu.. memang sedap beb… rugi kalau pi sana tak order yang tu…

Taraaa…. tak sampai 5 minit order… dah sampai… ni kira starter la…. Fries dan Mashed Potato… Mashed Potato tu memang lain drp yang lain… memang sedap, creammy, just perfectly nice… tak terkata sedapnya…

Tengok la si Ashraff tu…. Mashed Potato tu buat pencicah plak ngan fries.. satu kombinasi yg mantap.. fries dia plak memang lain drp yang lain. Rasanya pedas-pedas skit, masin-masin skit… dan kentangnya tu rangup diluar dan lembut didalam…. semua suka sampai order extra untuk fries…

Fresh Orange dan 180gm Cheese Kransky  untuk Afriena.. tersengeh jer bila tengok berapa punye besar laaaa…. first sekali saya tanya.. Can you eat this? dia dengan selamba jer dia jawab… YESS I CAN FINISH THIS… macam kondifen jer jawab…

Ashraff plak… dia pilih air tembikai dan 7″ Coney Cheese Hotbock.. kat situ ada  beef & tomato sauce, bawang cincang dan paling mamat ni suka mozzarella cheese yang meleleh-leleh tu….

Dah tak lupa..  Yatie dia ambil 180gm XL Mushroom Wiggy.….mengikut kata Yatie… pattie burger tu memang juicy dan bun dia memang lembut sekali… yang menariknya.. ada mushroom stew yang tak terkata sedapnya ada bersama burger tu disamping hirisan daging lembu yang nipis… sekali makan memang nak lagi la… opppss lupa plak… Mustard sos dia memang terbaik… sedap dan manis manis skit….


Dan akhir sekali….. The Hero of the day… THE JAWWWWWW BREAAAKKKKEEERRRRRRR untuk saya…. Satu kaki panjang.. oooopppsss ulang balik… SATU KAKI PANJANG beb….. equal to 12 inches beb… lu try baru tahu..cara makan dia.. buka mulot sebesar-besar yang mungkin… dan NGRAPPPPPP!!! aja…..

Hah…. gambar yang ni baru nampak betul…. compare hotdog anak ngan bapak dia punye…. memang terbaik untuk RM16 the Jaw Breaker nih…. kalau korang pergi sini… kalau tak order yg nih… tak sah beb…. saya malas nak ulas apa rasanya… baiklah korang pi try sendiri yea….

apa-apa pon.. kami tak membazir…. semuanya licin….  Alhamdulillah… lepas makan aja semua raser macam tersadai jer…. cuma terkilan satu jer.. dah 2 kali pi sana… masih belum dapat nak cuba 1 litre root beer special tu.. asyik abis jer…….. lain kali datang pasti saya nak order lagi…. dan memang nak repeat lagi makan kat sana….

Ok.. last sekali.. meh tengok berapa SawaScore yang kami bagi untuk Restoran German Deli Imbiss ni

Hah ni MAP DIA…

View Larger Map