Tak Sabar rasanya

Rasanya dah dekat 8 bulan tak balik kampung. Apa taknye adajer program tetiap bulan. Bila dah late pregnancy lagilah tak balik. Eventhough tak balik still jumpa family. No worry. Jumpa kat Singapore and Melaka hari tuh. PAda yang ada mak bapak dekat-dekat best kan. Hari-hari boleh jumpa. Hari-hari boleh makan masakan mak.

Contohnye last 3 weeks masa my bro kahwin, Cadang nak gi Melaka on Sunday tapi bila my mom call cakap , Yati tak nak datang Melaka hari ni ker? Datanglah hari ni, Mak masak asam pedas ikan. Dijawabnya I, tengoklah dulu, kalau jadi I pergilah. Bukan apa tak nak berjanji lagipun I kena siapkan cuppies for hantaran.Siap jer cuppies, terus shoot ke Melaka konon nak suprise tapi parents takde keluar pergi rumah kawan dorang and also…asam pedas nye pasal, paling tersedap kat Malaysia. Kheirul kalau makan mesti bertambah nasi. Tak ingat dah bini.

Nest week nak balik kampung. First kena singgah kat Cameron (aktiviti biasa) then balik rumah my parent pastu ke rumah MIL. This time balik ada kenduri for Rayyan. Buat Aqiqah.Mesti penat and busy nih.Insya’ allah I amik gambar sesikit but not with big camerala.. sbb the photog confirm busy. So I jer amik gambar.

Selain pada tuh, satu lagi aktiviti tetap kalau balik kelantan,food hunting. Dalam kepala dok pikir dah nasi dagang, laksam, tepung pelita, gulai kawah dan banyak lagi….habis ler diet I.

FYI, buat masa ni my weight is 50kg compare masa b4 preggy dulu is 52kg. Oklah tuh. No diet ke apa but still pantang makanan sejuk, air batu and makanan bergoreng.Rasanya macam kurus plak haha tapi nak kena kempiskan perut sikit lagi. Kena tunggu habis pantang 100 hari then bolehlah pergi swimming and exercise.

Sebab nak kasi hilang rindu  ha ni gambar rumah kat kampung. Rumah buruk je…tapi dah byk berubah sbb rumah dah direnovatekan last year. ni gambar lama.Rumah sekarang dah bertambah bilik maklumlah keluarga dah bertambah. NExt July ada lagi kenduri kahwin insya’ allah.

gambar credited to my sis, sidah

Yang best kat belakang rumah ada sungai… kecik-kecik dulu selalu lah terjun sungai, mancinglah, berkelahlah bbq la..

Kat sungai ni jugaklah I belajar berenang.Dengar citer kat sungai ni ada buaya… tah lah betul ke tak..

to know more boleh lah terjah my sister’s blog .

Note: lupa lak nak amik gambar cuppies hantaran hari tuh

3 thoughts on “Tak Sabar rasanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.