Monthly Archives: December 2010

Beli Kasut Sekolah

Hari Awal Muharam hari tuh saja pergi jenjalan kat Pavilion. Actually for lunch. Lepas Lunch pergi tengok iPad. Saja pi tengok dulukan. Lepas usha iPad, pergi cari selipar Ashraff. Bising mulut dia complain selipar jepun Ben 10 dia putus. Nasib baik dia tak suruh beli tiket flight untuk beli selipar Jepun. Selipar tuh dah setahun, dok pakai hari-hari. Puas hati.

Tapi biasalah.. lain yang dicari lain yang jumpa. Jumpa kasut sekolah. Kasut sekolah cap Ben 10. Try test the quality ok gak. Beli sekali socks. Beli kasut 2 dapat shopping bag Ben 10. Harga kasut tuh 25.90 satu kot. Tak tau lah murah ke mahal. Sukalah hati dia sebab dia sorang je dapat. Yang adik dia meraung nak kasut sekolah. Dia mana guna lagi kasut sekolah….Tadika lagi. Next kena cari

  • Baju sekolah – 3 pasang
  • Baju Sekolah agama- 2 pasang
  • Kasut Sekolah – 2 pasang DONE
  • Stokin -3 pasang DONE
  • Beg Sekolah – 1 je, beg lama boleh pakai lagi
  • pencil case
  • lunch box – I prefer bento theme
  • sapu tangan
  • tumbler

  • Makan Kat Restoran Terapung Umbai

    Ini cerita 2 minggu lepas, apa taknye tukang amik gambar lambat nak upload gambar. Ni masa kat Melaka, kiterang pi malan kat Umbai. Pergi beramai-ramai dengan geng MyIris Creations.Tempah tiga meja gitu.

    Sampai je, round-round dulu kat situ. Ada memacam jual tapi tak beli pun cuci mata jer.Tudung saji tu lawakan tapi dah ada beli kat Kraf Melaka hari tuh. Tapi bentuk 4 segi.

    Ha ni port bebudak….merasalah dorang nai kereta tuh..15 minit dok pusing situ. layankan jer asal dorang senyap.

    Pastu kiterang ke gerai no 7 kot. tengok jer ikan sbb  semua dah siap order by organiser.Siakap, lala, ketam

    Sotong, kupang, kerang

    Nampak tak stroller kaler pink tuh. Afriena suruh beli. Waaaaa tak payahlah lecehlah mainan kat rumah pun dah tak termain.

    Sambil menunggu makanan, bebudak pi main plak..

    Hi ni nama gerai dia

    Ashraff and Afriena main kereta. Pastukan ada sorang awek dok sibuk anggar keret Ashraff. sampai kena sound ngan tokey dia. tah apa-apa budak pempuan tuh.

    peace yo….

    Ha nilah lauknya…. Siakap sweet sour. Mak aih podas gilosss kuah nye. berasap telinga tapi abis I makan sengsorang sbb orang lain layan ikan bakar and ada sepinggan lagi. Not bad rasa dia cuma ikan tuh terlebih garing. A lil bit dry.

    Yang ni terbaeekk punya. Sotong goreng tepung. Garing diluar, moist di dalam. bebudak sukalah

    Sayur ni, Kheirul kata sedap, I tak makan sebab dia cakap pedas.Tidak mahu amik risiko sakit perut..Semua kata sedap.

    Hi Ini kupang sedap Kupang masak cili. Pedas jugak tapi anak orang lain selamba je makan. Isi dia manis sah sahlah sebab freshkan.

    Selain tu ada ikan bakar jugak… tengoklah meja kiterang tuh… Ha yang sebelah tu meja sebelah pulak.

    Ni lepas makan… semua dok pakat nak amik gambar Rayyan maklumlah semua yang datang tu Photographer..

    Amacam ada hensem tak saya? Saya sudah ada gigi tau… tak lama lagi saya dah boleh jalan tau….Time ni dia dah meragam nak susu dah Rayyan ni. And sedikit panas masa nih.

    GPS Position : N2 09.306 E102 20.291