Tag Archives: Worldcup 2014

Demam #OlaBola Astro On-The-Go & Stadium Astro: World Cup 2014

Olabola1 Demam #Olabola piala dunia dah bermula. Jadi bersedialah untuk bercekang mata dihadapan TV untuk 3 perlawanan bermula tepat jam 12 malam, 3 pagi dan 6 pagi setiap hari.. hehehehhe…nak IKLAN SKIT ni…. Tahun ni Astro mendapat hak mutlak siaran Piala Dunia Fifa 2014 dan anda semua boleh saksikan kesemua 64 perlawanan piada dunia 2014 di Astro dan jika anda ingin mendapat maklumat berkaitan dengan piala dunia 2014, sila layari ke http://olabola.stadiumastro.com/ <– click sekarang OK… abis intro.. sebenarnya saya nak cerita skit.. pada hari Sabtu lepas, saya dapat jemputan istimewa dari Astro untuk bersama dalam kemeriahan Piada Dunia ni di One City Mall, USJ. Storynya macam gini la….. olabola2 Sampai aja terus register dan tak sangka ramai gaks blogger-blogger femes-femes hadir termasuk la Sawanila yg tak berapa femes nih pon menyendeng sekali. Setelah sesi penerangan oleh pihak penganjur, kami dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan dan saya amat bertuah dapat masuk kumpulan Germany yang dah sememangnya tahun ni saya memang sokong Germany pon… olabola3 OK… nak tahu apa aktiviti kat sana… Menarik sekali.. Kalau korang nak tahu.. kami diberi tugasan sangat mencabar… mula-mula kena download 4 apps dan install dalam smartphone…. meh sini saya cerita skit pasal smartphone apps yg canggih ni:   Astro Go 2014 FIFA World Cup™ app and Web Player adalah smartphone apps yang perlu ada bagi peminat Piala Dunia 2014. Pelanggan Astro yang mempunyai Astro Football Pass boleh menonton kesemua 64 perlawanan bolasepak secara langsung melalui aplikasi ini dan boleh memilih untuk menonton secara langsung dari 6 camera angle. Bukan itu aja, maklumat terperinci dan statistik perlawanan dan lebih daripada 4000 video on demand boleh ditonton dari applikasi smartphone ini. Aplikasi ini boleh didownload secara percuma di  / dan web player via StadiumAstro.com.

F6

Paling saya suka pada Astro Go Fifa World Cup 2014 – Boleh pilih untuk tonton dari 6 sudut kamera yang berlainan dan boleh ulang tayang ikut kehendak kita

Astro on the Go app. Kesemua 64 perlawanan FIFA World Cup™ boleh ditonton secara langsung oleh palanggan Astro dan bukan pelanggan Astro juga. 30 perlawanan boleh ditonton secara percuma dan selebihnya dikenakan bayaran sebanyak RM6 untuk satu siaran perlawanan. Aplikasi ini boleh didownload secara percuma di / dan my.astroonthego.com

Astro on the go, Aplikasi mudah alih untuk saksikan siaran astro dimana sahaja

F3 Ola Bola Football Predictor ini adalah aplikasi LIVE football prediction app – maksudnya kita boleh buat tekaan dan andaikan semasa perlawanan secara langsung (eg. free kicks, corners and penalty kicks). Markah akan diberki sekiranya tekaan tepat dan kumpulkan markah sehingga akhir musim untuk menjadi juara  Football Predictor dan banyak hadiah akan dimenangi.  Aplikasi ini boleh didownload secara percuma di /

Salah satu paparan pada aplikasi Ola Bola Football Predictor

Stadium Astro Fantasy #OlaBola Edition menawarkan peminat bolasepak untuk berpeluang menjadi pengurus bolasepak dimana anda boleh membuat pasukan idaman anda sendiri. Selain daripada itu anda berpeluang untuk membeli pemain, memindahkan pemain dan bertanding kejohanan liga secara maya dan memperoleh markah. Menangi hadiah hadiah yang menarik dari pasukan fantasi anda tersebut bersama Fantasy Football Olabola edition di Fantasy.olabola.stadiumastro.com.

Stadium Astro Fantasy #OlaBola Edition… layari sekarang

Dan tidak lupa juga, sekiranya anda boleh juga mendengan siaran langsung perlawanan piala dunia ini secara langsung melalui Radio Arena, radio digital terkini yang boleh diakses melalui www.stadiumastro.com. Jadi apa tunggu lagi…. cubalah sendiri ya…. hehehe     Sebagai tetamu semasa Stadium Astro #OlaBola World Cup Party tu, saya berpeluang untuk turut serta bermain pelbagai permainan yang berdasarkan aplikasi Astro go tersebut. Disamping itu pihak penganjur juga ada buat quiz bolasepak dimana setiap kumpulan perlu menjawab soalan-soalan berkaitan dengan bolasepak. olabola4 Dalam semua apps tu… saya paling suka Astro Ola Bola Foolball Predictor… semasa siaran langsung perlawanan bola tu, korang just predict berdasarkan fakta yg disoal…ala macam corner kick, gol ker, apa apa aja la… dan sekiranya tekaan tersebut tepat akan dapat markah… semua tu akan berlangsung secara live dengan perlawanan sebenar.. hebat bukan…. kalau nak tahu.. download cepat-cepat dan jangan lupa test pada perlawanan sebenar kul 12mlm nanti or 3 pagi nanti…. olabola5 Gambar kat atas tu… group kami bertungkus lumus untuk siapkan tugasan.. tapi memang seronok… Oh Ya.. gambar kat sebelah kanan tu plak kalau korang nak tengok highlight piala dunia dan video clip hebat dari perlawanan yg telah berlangsung, korang just download apps Astro Go Fifa WorldCup dan Stadium Astro.. segala maklumat hanya pada hujung jari.. olabola6 So last sekali sampailah ke sessi penyampaian hadiah.. walaupon saya dan kumpulan saya tak memang kami cukup bertuah dapat goodie bag pon jadilah… apa-apa pon sekalung tahniah kepada blogger-blogger yang menang dan tidak lupa kepada pihak Astro yang menganjurkan aktiviti ini… lain kali jemput saya lagi ye….. dan jangan lupa korang untuk layari http://olabola.stadiumastro.com/  dan download kesemua apps dan install ke dalam smartphone korang sekarang..