Tag Archives: Thailand

Robbie Williams terkezuutt tengok Bell Nantita

http://www.youtube.com/watch?v=NSgKptX3qTk

Tergelak tengok Robbie William terkezut tengok Bell Nantita nyanyi….. ekkekeke… siap cakap tu “That’s A Guy?” hehehe.. macam tak percaya jer…

Dalam sekelip mata jer Bell Nantita nih famous satu dua dek sebab Thailand Got Talent show tu……Clip Video dia dah dekat cecah 3 juta hit beb….. Cuba bayangkan.. alangkah bahagianya kalu kita dapat hit 3 juta.. perrrhhh……

 

Komen Tok Nila: Kalu omputeh pon terkejut beruk.. ni kan plak orang kita…. hehehhe…


Please LIKE for us at MAS Traveller

Hampir 3 Juta Hits tak sampai 15 hari….

 

Hari ni saya gode-gode tengok apa hits yang paling tinggi dan terperasan ada satu video clip dari negara jiran kita… tengok hits dia… peerrrrhhhhh dah dekat 3 juta tu.. tak sampai pon 15 hari..

Kenapa Vclip dari Thailand’s Got Talent nih hangat sangat… korang tengok ler sendiri

Yang paling hebatnya, Bell Nuntita atau Nuntrita Khamproranon (transgender siam) ni telah membawa dua buah lagu tersebut menjadi begitu popular diseluruh dunia. Lagu Asal:

 

Komen dari Tok Nila: Istimewa sungguh pondan siam nih….

Explorez le sud de la Thailande

Jelajah Selatan Thailand.

Sinopsis :

  • Kenderaan : Naza Citra 2.0
  • Pit Stop : Kuala Lumpur – Hatyai – Phuket – Alor Setar – Kuala Lumpur
  • Jarak Keseluruhan : 2178km
  • Jangkamasa : 6 hari
    • Hari Pertama (26/9) : Kuala Lumpur – Hatyai
    • Hari Kedua (27/9) : Hatyai
    • Hari Ketiga (28/9) : Hatyai – Phuket
    • Hari Keempat (29/9) : Phuket
    • Hari Kelima (30/9) : Phuket – Alor Setar
    • Hari Keenam (1/10) : Alor Setar – Kuala Lumpur
  • Petrol RON 95 :RM466.00
    • 25-9-2010 : Kuala Lumpur : RM57.00
    • 26-9-2010 : Changloon, Kedah : RM81.00
    • 28-9-2010 : Khao Mai Kaeo, Sikao, Trang : RM84.00 (B31.08/liter = RM3.11/liter)
    • 30-9-2010 : Phuket : RM121.00 (B34.07/liter = RM3.41/liter)
    • 30-9-2010 :  Bang Klam, Songkhla : RM50.00 (B30.95/liter = RM3.10/liter)
    • 01-10-2010 : Alor Setar, Kedah : RM73.00
  • Tol : RM111.70
    • Jln Duta – Juru : RM38.90
    • Sungai Dua – Hutan Kampung : RM11.70
    • Jitra : RM1.40
    • <perjalanan balik>
    • Bukit Kayu Hitam (Imigresen): RM3.50
    • Jitra : RM1.40
    • Hutan Kampung – Alor Setar :RM0.40
    • Alor Setar – Sungai Dua : RM11.40
    • Juru – Damansara : RM43.00
  • Imigresen Thailand : RM25

    • White Card (RM2 x 5) = RM10
    • Passport Pergi (RM1 x 5) = RM5
    • Passport Balik (RM1 x 5) = RM5 (tapi sedekah RM10 pasal takde duit kecil)
  • Insurans Thailand : RM25
  • JUMLAH : RM 627.70

Ini adalah pengalaman kami sekeluarga mengembara ke Selatan Thailand buat kali pertama secara solo dan hanya berbekalkan  kenderaan Naza Citra kami, Garmin GPS dan doa kepada Allah SWT. Disini saya akan cerita pengalaman dalam perjalanan sahaja dan posting lain akan diceritakan dengan lebih lanjut lagi berkaitan dengan aktiviti kami disana…..

Sekalung terima kasih diucapkan kepada Lilian Chan kerana membantu memberi sedikit panduan bagi kami untuk urusan kastam dan imigresen siam.

Continue reading