Kalau tengok gambar asam rebus, mulut ni rasa dok kecur menahan air liur. Asam rebus, nasi panas, ikan goreng, ulam dan sambal belacan, memang complete set. Selalu mak kite buat asam rebus, dia letak nenas, kekadang kangkung. sedap. Ikan pulak guna ikan kembung,kerisi tak pun ikan selar. NI khamis lepas, belek-belek blog jumpa asam rebus abang mat gebu letak peria katak, mana nak cari peria katak kat sini, peria biasa adalah dalam fridge. So apalagi try je la.
Resepi abang mat, takde letak serai, tapi I letak sebab memang mak kite masak asam rebus letak serai, lagipun serai kat rumah berlambak, pening kepala pikir macam mana nak habiskan. Agak-agak serai buat jus boleh tak?, Serai ni bawak dari kampung. bukan main banyak dorang kasi.
Bila dah masak, yummy sedapnya, rasa pedas, rasa belasyan (read:belacan),rasa asam, rasa serai, pastu kena plak ikan kembung besar, waduh-waduh…lupa jap pasal diet.. hahahah
Resepi dia seperti dibawah ye puan puan
INGREDIENTS
- 2 ekor ikan kembung
- 1/2 biji peria -hiris , pastu cuci air garam (I tak buat pun , sbb nanti takde rasa pahit, tak best)
- 3 biji cili merah
- 7 biji cili padi
- 2 inci belacan
- 1/2 biji bawang besar
- 1 biji bawah putih
- 4-5 biji tomato ceri
- sedikit kunyit hidup (sebesar ibu jari tukang masak)
- 2 batang serai – diketuk
- 2 keping asam keping
- garam ,gula dan pati ikan bilis secukupnye
- 2 cawan air
METHOD
- kisar cili , belacan, kunyit dan bawang bersama 2 cawan air
- didihkan bersama asam keping dan serai, garam dan pati ikan bilis
- bila mendidih masukkan peria dan ikan dan rasakan dengan gula (kasi balance rasa sikit)
- Bila peria dah empuk, tutup api pastu letak je tomato ceri dalam tu, nanti dia masak sendiri
- sedia untuk dihidang
senangkan masak??? ni kalau da daun kesum sedap ni. dah macam asam pedas plak….ikutlah selera masing-masing. nanti nak try dengan nenas plak.