Phuket to Hatyai …

Dah nak balik dah.

Macam biasa pukul 7 dah bangun semua. Dorang ni memang kalau bercuti je, memang awal pagi dah bangun. Pastu tanya nak breakfast pukul berapa. Sepanjang 4 hari 3 malam kami dia Deevanaa Resort And Spa, memang kiterang breakfast kat situ je. Oleh kerana kedatangan kami ni kira macam dalam kumpulan yang besar, maka segala arrangemakan minum untuk sarapan adalah halal. Alhamdulillah Allah permudahkannya. Kebetulan pulak another group from India and dorang memang vegetarian. Senang lah nak arrangekan.

Local fruit… local ok.. nenas dia manis gilerr

Spread not bad. western, Indian and local spread.  Bebudak suka lah sangat dengan Egg and pancake bar.  ulang alik lah dorang makan. I suka dgn local spread dia. Orang siam ni suka makan sayur kot. Kalau mee goreng dia,Sayur lagi banyak dari mee. Masa tengah makan ada gak tanya… halal ke.. I cakap halal..ayam semua sembelih, no pork kecuali satu tempat yang tersedia hujung corner je . Pastu boleh tanya lagi..betul ke halal… I jawab ye halal..sambil makan ayam depan dia.  hahaha jahat tak?

Family Photo

Group photo

Ketua group cakap pukul 9 tepat nak gerak. Phuket Hatyai amik masa 7 jam. Jadi kalau bertolak pukul 9 , campur 2 jam berenti in total campur 7 jam, boleh sampai pukul 6lah. Tapi hampehh sebab ada jugak yang tak reti nak menepati masa. Pukul 10.30 eh pukul 11 gerak tau sbb ada yang sesat , ada yang tak take serius pasal masa… hish , nasib baik Kheirul ni penyabar, kalau I memang kena dengar ceramah lah kat walkie talkie. Lambat 30 minit boleh terima, tapi lambat 2 jam memang melampau. Memang affect satu group yang 18 biji kereta lah menunggu. Bayangkan bebudak dalam kereta yang jenis cepat bosan? Bayangkan…haaa pejam mata ok

So lepas habis menunggu kiterang gerak je…ada stop kencing kejap, lepas tu terus kan perjalan berhenti kat Big C Krabi. Berhenti Solat dan Makan. Big C adalah sebuah shopping mall. Kat sini banyak makanan halal. Kat food court dia. Kena try mee celup dia. Memang terbaik pedas berasap telinga. KFC kat sini halal as told by our friends lah. Diorang makan hot spicy chicken. Kiterang tak pi lah apa kelas makan KFC, mesti pekena local food kan…

Lepas makan gerak lagi, dah sampai hatyai berenti lagi. Kali ni ada orang siam nak belanja makan. So dinner dulu. Ada nasi, siakap sweet sour, sup , sayur and fruits. Wahh memang makan je lah kalau travel.

Rayyan yang mengada ..nak peluk je. Dia ingat dia baby lagi ke

Actually..sepanjang perjalanan pergi balik, MIL duduk depan, I duduk belakang so yang best dok belakang ialah, boleh tido kuak lentang. sebab, 7 seater kan. 2 orang satu roll. hahaha…bila dah dok belakang memang takdelah nak ganti drive kereta.  Masa berhenti makan, kiterang terjumpa satu family dari France. Dorang ni motohome travellers.

Sembang kejap. Memang bestlah travel macam ni. Tapi kalau guna RM tak cukup lah. Kena ada Euro

Dah 8 bulan on the road. Dah sampai Malaysia katanya, now pusing balik nak ke BAngkok dan seterusnya mungkin balik negara kot. Ntah dah lupa . I berbual ngan dia tanya pasal anak punya scholl, bla bla basic thing lah.. saja cari info sebab ada jugak keinginan macam ni tapi takdelah berbulan atas motorhome kan. Anak-anak dia homeschool, husband is a teacher. Memang speak good English. Wife dia gitu gitu je..

Tumpang bergambar.. amik bau amik feel

Tuan punya kereta ni lah yang belanja makan… bro kau masuk MAlaysia memang JPJ cari le

sapa nak duduk dalam boot tu tgk tv ek?

And finally, kiterang sampai hotel. Macam biasa amik 2 bilik. Kali ni kids satu bilik ngan I sebab, Kheirul penat and biarlah dia share with MIL. Sbb bebudak ni mana penat kan, taknak lah dorang kacau  Wan or papa dorang. Pukul 11 gak dorang tido selepas layan cerita kat TV tu. Tengok gambar je sbb dia cakap siam. Bangun pagi solat, pastu Kheirul datang melawat.Ajak pi breakfast .

Tengok Milo Ais dia, punya tinggi gelas

Next ..I akan cerita pasal perjalanan dari Hatyai ke Kota Bahru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.